18 May 2009

Zoorasia, yokohama Japan.


Hari sabtu baru-bru ni hari yang amat meletihkan. Mana taknya seharian berjalan dari pagi sampai ke malam. Pagi tu ita dan keluarga berpeluang join program sekolah anak-anak kak Maas dan Aliza melawat ke Zoorasia, yokohama Japan. Thanks kak Maas dan Aliza kerana susah-susah tolong cakap kat cikgu sekolah tu yang kami pun nak join sama. Dapat la fathnin pergi ke zoo dengan murid-murid tadika yang lain.


Menariknya zoo ni banyak kemudahan yang memudahkan pengunjung untuk melihat binatang-binatang. Selain tu kalau nak lihat dari atas atau nak naik sesuatu level ada elevator.. jadi senang la kalau nak bawa stroller tak payah nak mengangkat stroller kalau anak2 tidur.. Kawasan zoo ni besar satu hari kena jalan baru puas.. lagi satu ita suka ada banyak tempat rehat yang menarik dan tempat yang sesuai untuk berhenti makan.











Lepas pergi zoo kami ke Hodagaya Sport Center untuk main badminton. lama kami main badminton 4 jam.. tapi bilangan orang yang datang tak ramai jadi memang puas la main.. sampai letih dibuatnya...

0 Comments:

Post a Comment



About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG