11 June 2011

Puding jelly Oren


Saja ambil gambar baru ni..:)



Salam semua. Selamat berhujung minggu. Semalam ita cuti masak lunch sebab ada kawan bagi set nasi tomato yang sedap.. jadi kami anak beranak makan nasi tomato semalam. Sekali sekala makan air tangan orang masak sedap rasannya, kalau tak asyik makan air tangan sendiri je.. hihiihihi.. jadi petangnya fathnin minta nak jelly.

Ita nampak oren tergolek-golek dalam peti sejuk tu tak tahu nak buat apa. Ita cuba usahakan untuk buat jelly oren ni. Cari punya cari tak jumpa pun yang berkenan dihati jadinya cuba la buat sendiri jelly oren mengikut pengalaman sendiri dah banyak buat puding dan jelly. kalau nak buat jelly kena pastikan kandungan air mesti lebih dari agar-agar sebab ita suka jelly yang lembik-lembik gitu. Tengok dibelakang plastik jelly tu dengan 4g serbuk jelly tu guna 500g air jadinya ita cuba buat ikut sukatan tu... hanya bila nak melapis tu disebabkan jelly ni tak keras macam agar2 kena bersabar kalau nak melapiskan nya secara berselang.. jadi ita buat sikit je secara berselang dalam gambar tu yang lain tu buat 2 lapis je.. hihihihi so terhasil la puding jelly oren yang dibawah ini jom kita tengok resepi..




Puding Jelly Oren

Lapisan Jernih
4 g serbuk agar-agar
500 ml air
5 sudu besar gula ( mengikut kemanisan masing-masing)
sebiji oren diperah airnya( dalam 50 ml)
sedikit pewarna kuning

cara-cara
  • Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar didalam periuk.
  • Setelah sebati masukan perahan oren yang telah ditapis dan pewarna kuning.
  • ketepikan

lapisan puding
4 g serbuk agar-agar
200 ml air
300 ml susu
5 sudu besar gula ( mengikut kemanisan masing)
sebiji oren diperah airnya( dalam 50 ml)
sedikit pewarna kuning


Cara-cara
  • Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar didalam periuk.
  • Setelah sebati masukan, susu, perahan oren yang telah ditapis dan pewarna kuning.
  • Masak sebentar dan ketepikan
cara-cara untuk melapis.
  • sediakan bekas yang sesuai.
  • masukkan lapisan puding dahulu biarkan sejuk hingga lapisan tersebut keras kemudian masukkan lapisan jernih buat kaedah yang sama sehingga habis.
  • Boleh la disimpan didalam peti sejuk sehingga benar2 keras
  • Jika ingin dipotong sila kurangkan kandungan air bagi jelly ini kerana jelly ini agak lembik.



Saja letak gambar yang baru diambil ni..:)

22 Comments:

  1. izahdaut said...
    laa cantiknya... nak tiru jugakkk.. hehehee.. agak2 tuko ngan nenas sedap tak... eh buah oren pun ada dlm peti ais tu.. ishh cantik tuu
    Sheila Shafeareen said...
    salam slmt pagi di sana
    wah menarik ni mmg suka dessert cam ni akk mmg suka sagat..mkn puding..leh masuk list
    Antan Bertingkah said...
    Cantiknya akak tengok puding tu...
    CT Delima said...
    As'salam Ita

    rajinnya...sukalah tengok puding jelly ni. cantik jer lapisannya, tertip betul ita ni. kalau hidang untuk tetamu lagi sesuai kot. kalau musim panas2 amat lah sesuai :D
    aitotyati said...
    gigihnye akak.

    best best
    Yatie said...
    uwaaaa...cantik leerrrr puding tu..nak..nak...nak rasa...hehehhe...adik akak baikkan....nak 2 gelas ya..
    ☆♥L@dy @yU♥☆ said...
    memula ingat bekas tue yg berbelang rupanyer pudding ngan agar2 ....ai likeee dessert leh try biler cuaca betul2 panas....
    cucu nenek di liverpool said...
    Ish mcm janji je Kita ni tp kp nyer guna nenas tp of cousela xsecantik yg ita punya ni. Elegant gitu :)
    Love2cook Malaysia said...
    Cantik puding Ita...mintakkkk ;)
    ijayuji said...
    Salam kak ita! baru balik niiii tgh meronda2 sampai sini dpt pulak hidangan puding jelly tuuu sedappp! nyaman jerrrr, cantek laks tuuu, buat periasa lain sedap nii maklomlah oren kat sini takai! hihihi
    Nur Ede said...
    Assalamualaikum Ita... Singgah umah Ita pepetang nie..ada puding jelly oren pulak tu... aiikk langkah kanan ler... rezeki jangan di tolak kann Ita.. akak nak bekas yang depan skali tu.. sebab ada 6 layer puding aci tak mcm tu itaa...
    E-na Zarina said...
    nak juga puding lembik2...e-na suka!!! cantik lah...
    Juwita Jamaludin said...
    izah.. boelh kut izah lagi sedap kalau pakai nenas..

    kak shila thanks singgah blog saya.. tula kami pun suka puding
    Juwita Jamaludin said...
    kak antan.. thanks ye.. biasa je jelly tu

    kak Ct.. tu la memang panas2 makan jelly sedap
    Juwita Jamaludin said...
    ti.. tak la gigih suka j masak2 ni

    kak yati.. dah abis la kak anak ita makan banyak sekali ... nanti datang lagi ye
    Juwita Jamaludin said...
    ayu.. tula waktu panas2 makan sedapkan..

    kak pi.. tu la ita suka je.. sama ke kak..
    Juwita Jamaludin said...
    love.. yes it's yummuy

    ika.. tula boleh tukar rasanya nenas atau mangga
    Juwita Jamaludin said...
    kak eda.. tula sedap juga.. dah abis la kak.. hihihihi

    kak ena.. thanks ye
    Anonymous said...
    comelnya nampak agar tu macam kat kedai.
    Yani said...
    ita.. angkat tangan kaki ni nak tanya.. bila oren tu campur dgn susu dia taj jadi berketul2 ke?
    Ummi said...
    Assalam Ita, waaaah mmg cantik...nnt akak try eh..menggoda tul tengok belang2 tuh..thanks for sharing ya Ita...akak angkut resepi dulu..bila la nak buat ntah...berjela2 dah list nih..hehe
    AZLINA said...
    Assalamualaikum Juwita..Akak dtg dr blog kak Nor Secubit Garam..Mmg tersangat geram tengok puding jelly oren ni..dah tentu rasa pun tersgtlah sedap...

Post a Comment



About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG