27 July 2012

Kek Pisang Dua Seri

Assalamualaikum... Apa khabar semua.. Alhamdulillah sudah hampir seminggu kita berpuasa, moga puasa yang kita jalankan diterima dan kita mendapat ganjaran dan keberkatan dibulan yang mulia ini. Terima kasih buat semua kawan-kawan blog yang tidak putus memberi semangat dan memberi kata-kata semangat di ruang komen walaupun ita tak sempat untuk meninggalkan komen di dapur kawan-kawan namun kawan-kawan dengan ikhlas memberi kata-kata semangat buat ita. Terima kasih dan sangat rasa terharu...




Di Yokohama,  3 hari pertama puasa kami berpuasa dengan cuaca yang agak selesa, tidak begitu panas walaupun sekarang adalah musim panas namun sejak hari ke 4 dan sehingga hari ini, kepanasan memang menguji. Asyik nak mandi je rasanya.Tahun ini alhamdulillah cuti musim panas bermula pada permulaan puasa jadi mudah sikit untuk ita menggalakkan dan melatih  Fathnin untuk berpuasa.Di Jepun cuti musim panas lebih kurang sebulan lebih. Alhamdulillah fathnin dapat berpuasa dengan baik untuk 5 hari ini namun semalam cuaca yang agak panas tambahan dia pun kurang makan sewaktu bersahur jadi apabila dia nampak agak penat dan meminta untuk tidak berpuasa ita benarkan dia untuk berbuka. Moga Fathnin mendapat pelajaran dan memahami hikmah dan pengertian puasa itu sendiri bukan hanya penat, lapar dan dahaga sahaja.. InsyaAllah





Macam-macam menu ita lihat didapur kawan-kawan. Ita tak sempat pun nak pergi terjah lagi tapi kebanyakkan kawan blog adalah kawan-kawan di Facebook juga jadi ramai juga yang berkongsi resepi juga disana. Terliur dan seronok rasanya apabila kawan-kawan dengan ikhlas hati berkongsi resepi , tambahan sekarang ramai antara kawan-kawan yang disunting oleh majalah-majalah tempatan. Tahniah buat semua, sangat berbangga dan tumpang gembira dengan kejayaan kalian.


Hari ini ita ingin kongsikan resepi kek pisang 2 seri yang ita cuba gabungan kek pisang dan kek coklat yang dimasak secara kukus. Bagi ita kek ini amat kena dengan rasanya dan gabungan ini amat serasi. Kek pisang yang terhasil gebu dan ia mudah disediakan. Resepi ini adalah resepi  innovatif ita untuk memenuhi selera anak-anak yang gemarkan kek coklat sebagai asasnya..:)








Kek Pisang Dua Seri 
Bahan-bahan 
Lapisan bawah 
1 cawan tepung gandum 
1/2 cawan serbuk koko 
1 sudu kecil serbuk penaik 
1/2 sudu kecil soda bikarbonat 
1 1/4 cawan susu segar 
1 sudu kecil esen vanilla 
1/2 cawan minyak masak sayuran 
 secubit garam 


Lapisan atas 
 2 cawan tepung gandum 
¾ cawan gula 
4 biji telur 
1 sudu kecil serbuk penaik 
1 sudu kecil soda bikarbonat 
1 sudu kecil ovalette 
I cawan pisang dilenyek 


Cara-cara 
1.Panaskan air dalam periuk pengukus. Tutup penutup pengukus dengan kain supaya air kukusan tidak menitik diatas kek. 
2. Ayakkan tepung bersama serbuk penaik, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata 
3.Masukkan minyak masak dan esen vanilla. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.Kacau hingga sebati. 
4.Masukkan kedalam loyang bersaiz 9 inci dan kukus selama 10 minit. 5.Sementara lapisan bawah ikukus sediakan lapisan atas.Putar telur dengan pengadun elektrik hingga kembang. Masukkan ovalette dan putar lagi hingga betul-betul kembang. 
6.Didalam bekas berasingan ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan serbuk penaik. 
7.Masukkan pisang lenyek, minyak kedalam adunan telur tadi dan putar lagi hingga sebati. 
8.Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan putar setelah itu tambakan esen pisang. 
9.Setelah lapisan bawah habis dikukus, masukkan adunan pisang ini diatasnya an kukus 40 minit. 10. Setelah siap sejukkan dan boleh dihias mengikut kegemaran masing-masing.

23 July 2012

Kek Di Simple Homemade Cake

Assalamualaikum.. Alhamdulillah dah nak masuk 3 hari berpuasa.. moga amalan puasa an kebaikan yang  kita lakukan diterima olehNya. Mencari-cari masa yang sesuai untuk menulis disini, namun masih belum berkesempatan, ada resepi baru yang sempat diambil gambar untuk dikongsi disini ada yang di cuba juga tapi tidak sempat untuk diambil gambar.. InsyaAllah dilain kesempatan boleh dikongsikan disini.


Alhamdulillah dengan perkembangan Simple Homemade Cake, tempahan kek tidak putus setiap minggu mesti ada.. Syukur dengan rezeki yang Allah berikan. Namun suami selalu mngingatkan ita, bukan wang jadi ukuran tapi niat memberi pilihan makanan halal di Jepun yang lebih besar pengertiannya. Tambahan selain itu ia juga tempat ita menyalurkan minat ita yang mndalam dalam bidang ini. Walaupun begitu masih banyak yang perlu  ita dipelajari dan perbaiki dalam bidang ini. Untuk kenangan ingin ita kongsikan juga disini sebahagian kek yang ita hantarkan kepada pelanggan.

















11 July 2012



Assalamualaikum.. selamat pagi dan haapnya semua sihat-sihat semuanya. Jika perasan entry ita dari bulan lepas akan berselang seli diantara entry jalan-jalan dan resepi disebabkan banyak sangat gambar yan masih terperam didalam kamera. Ita kongsikan disini bertujuan ada antara kawan-kawan yang ingin melawat yokohama atau ke tempat2 menarik yang ita pernah pergi akan dapat maklumat dan untuk pengetahuan kawan-kaan di luar khususnya.. jalan-jalan dijepun ni, kena tahu tarikh yang sesuai supaya tidak terlepas dengan aktiviti yang menarik pada satu tarikh tu.. yelah negara 4 musim banyak sangat aktiviti berlainan yang berlangsung sepanjang tahun.




Alhamdulillah tinggal beberapa bulan je ita nak pulang ke Msia jadinya memang tak mahu melepaskan peluang untuk pergi ketempat2 berdekatan dengan kekangan masa dan perbelanjaan yang ada. ita kongsikan disini untuk kenangan dan rujukan bai kawan-kawan. moga ia bermanfaat insyaAllah. Pada bulan June lepas kami sempat ke Odawara iaitu masih dalam Kanagawa ken dan dari rumah ita hanya 1jam 30 minit sahaja tengok pada keadaan traffik pada waktu tu. Di Odawara ada beberapa tempat menarik yang boleh dilawati tapi kami memilih untuk ke Odawara Castle dan Miyuki no hama Beach, tambahan sebenarnya pada waktu ini berlangsung " hydrangea dan Iris festival" disini. Bunga hydrangea atau bunga  bulan atau bunga siti zubaidah dalam bahasa malaysia nya amat cantik disini. Geram sangat dengan bunga ini... ita memang suka dengan kecantikkan warna warn bunga ini disini.
kami masuk ke dalam istana ini.. kami dapat tiket diskaun 380 yen seorang




Selain dari bunga ini tarikan utama castle ini adalah tempat untuk menyewa baju maharaja dan mahari jepun pada zaman dahulu dan boleh bergambar dengan pakaian tersebut disekeliling taman ini.Sewanya pun murah 200 yen untuk dewasa dan 100 yen untuk kanak-kanak. Seronok sangat.. tambahan ita pergi bukan berseorangan kami pergi dengan ramai kenalan dan berpiknik sekali disini. Alhamdulillah ia menjadi kenangan terindah kami.Untuk ke Odawara castle linknya disini









Ini adalah permandangan bunga-bunga ajisai dan iris di taman yang berdekatan.. aktu kami pergi tu ada gerai yang menjual pelbagai barang dan ada hiburan nyanyian untuk menghiburkan pengunjung yang datang









Info tentang bunga 3 bulan atau ajisai dalam bahasa jepun ini ita ambil di wikipedia. 

"Pokok Bunga Tiga Bulan adalah spesies Hydrangea yang berasal dari negara Jepun. Nama-nama biasa yang lain termasukBigleaf HydrangeaFrench HydrangeaLacecap HydrangeaMophead HydrangeaPenny Mac dan Hortensia. Ia ditanam secara meluas di banyak negara lain di dunia dan dalam pelbagai iklim. Di Malaysia, pokok ini juga dikenali sebagai Pokok Bunga Siti Zubaidah."
Hydrangea macrophylla telah ditanam sejak sekian lama sebagai satu tumbuhan hiasan di Jepun, dan sejak 150 tahun lepas, juga telah ditanam dengan meluas di negara beriklim sederhana di seluruh dunia. Lebih 600 tanaman telah terpilih untuk digunakan di dalam taman, dengan warna bunga yang berbeza-beza. Tukang kebun seringkali mengawal warna bunga dengan menambah kapuratau aluminium sulfat bagi mengubah tahap keasidan di sekitar tumbuhan. Bunga-bunga ini juga boleh memiliki warna-warna pelangi sekiranya Na2CO3 ditambah dengan berhati-hati di tanahnya.
Hydrangeas menyukai tanah gembur, kaya lembapan tetapi mempunyai saliran yang baik di bawah cahaya matahari sederhana. '




 Selain bunga ajisai ni ada juga bunga iris yang sedang kembang.. alhdmulillah cantik sangat permandangan ini tambahan dengan seri jambatan merah yang menghubungkan antara istana dan taman bunga ini.



Sebelum pulang kami ke miyuki no hama beach berhampiran istana ini..














09 July 2012

Chawan Mushi



Assalamualaikum.. Moga hari ini ceria-ceria buat kita. Alhamdulillah sempat juga ita taipkan entry ni selepas ita masukkan entry sebelum ini dan ita buat auto publish sahaja. Chawan mushi adalah salah satu makanan yan popular di Jepun. untuk mengetahui apa itu chawan mushi atau dalam bahasa inggerisnya "tea cup steam" or "steamed in a tea bowl". Ini adalah peneranan yang ita ambil di wikipedia bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut.


'is an egg custard dish found in Japan that uses the seeds of ginkgo.[1] Unlike many other custards, it is usually eaten as an appetizer. The custard consists of an egg mixture flavored with soy saucedashi, and mirin, with numerous ingredients such as shiitake mushroomskamabokoyuri-ne (lilyroot) and boiled shrimp placed into a tea-cup-like container.[1] The recipe for the dish is similar to that of Chinese steamed eggs, but the toppings may often differ.'






Disebabkan dijepun ni banyak chawan mushi yang dijual ita amat ragu dengan bahan-bahannya kerana ia selalunya mengandungi sake dan mirin jadi ita  cuba buat sendiri. Tambahan pernah ita makan bersama kawan jepun ita sempena jamuan makan tengahari unuk tadika fathnin satu ketika dulu dan kawan jepun ita menasihati untuk tidak memakan chawan mushi kerana kebanyakannya mengandungi mirin dan sake. Mirin dan sake adalah arak jepun yang dicampur didalam makanan. Alhamdulillah setelah mencari beberapa resepi dan sumber ita dapat resepi yang ini. Bagi mereka yang suka kastad bertelur tentu suka akan resepi ini tambahan resepi ini dimasukkan juga bahan-bahan lain sebagai penyedap rasa dan khasiat seperti udang, ayam, lobak merah, cendawan,  dan beberapa bahan-bahan lain yang bersesuaian. Dibawah ini ita sertakan juga video untuk membuat chawan mushi yang ita ambil di blog kawan ita iaitu kak june. Terima kasih kak...:) 




Bagi mereka yang ingin mencubanya bolehlah melihat dulu video dan mencuba resepi dibawah. resepi ini juga dari blog kak june. Terima kasih atas perkongsian kak dan ita kongsikan disini pula ye ..:) bagi keluarga yang kecil untuk makan 2-3 orang lebih baik guna 1/2 dari resepi ini.


Chawanmunshi
Bahan-bahan

(4-5 orang)


3 biji telur (saiz M) 
450ml air 
11/2 sudu besar dashi ( stok ayam atau stok ikan)
@ 1 sudu besar kicap kikkoman
@1/4 sudu besar gula
@ 1/2 sudu kecil garam
100gm isi ayam
3 keping shiitake
5 keping carrot (potong nipis, terap bentuk bunga) 
5 ekor udang
Daun ketumbar



Cara


  1. Campur dashi an air bersama bahan bertanda @
  2. Potong ayam  dan rebus sebentar. Potong shiitake. Rebus sebentar carrot. Ketepikan.
  3. Pukul telur, jgn bagi berbuih. tuang kedalam 1. kacau rata, tapiskan.
  4. Didihkan air dalam kukusan yang muat kesemua bekas chawan mushi 
  5. Apabila air telah panas, masukkan bekas chawan mushi yang telah berisi ayam, udang, cendawan shiitake dan fish cake ke dlm kukusan, biarkan bekas2 itu panas sebentar (dalam 5-10 saat)
  6. Tuangkan perlahan2 campuran telur tadi kedalam bekas chawan mushi hingga 3/4 cawan
  7. Biarkan api kuat sedikit (dlm 1 minit) pada permulaan, dan perlahan api selepas ini (sila lihat video di link di atas)
  8. Kukus dalam 10-15 minit atau sehingga masak. Buka dan cucuk. Bila air jernih keluar dari chawan mushi makna ia telah masak. 
  9. Masukkan daun ketumbar dan hiasan fish fillet  (optional), tutup api.
  10. Angkat dan hidangkan. Sedap dimakan panas2.


Tips 
  • Telur jgn terlebih pukul. Kacau sekadar pecah kuning telur dan sebati shj.
  • Tapiskan campuran kuning telur dan dashi.
  • Api kukusan kuat untuk 1-2 minit pertama dan kemudian perlahan api (api yang kecil) kukusan hingga masak.
  • Buka sedikit tutup kukusan seperti di link video.
  • Jika gunakan periuk kukus, balut penutup dengan kain.






Assalamualaikum.. alhamdulillah dah masuk bulan Julai dan hampir 1/3 bulan juga berlalu tapi masih belum sempat untuk menulis dan mencoretkan sesuatu disini. Pagi ini cuba untuk berkongsi sesuatu dan menyambung semula kerja yang tertunggak tempohari memasukkan gambar yang banyak di Dalam SD card kamera ita. Gambar-gambar ini ita ambil tahun ini, namun disebabkan kesibukkan ita tak sempat untuk berkongsi disini. Jadinya untuk tujuan kenangan dan memberi maklumat bagi mereka yang ingin ke tempat2 menarik yang ita pergi boleh lah dijadikan rujukan.



Pada bulan Mei tempohari ita berkesempatan ke Tochigi untuk ke Ashikaga Flower Park disana. Mulanya memang cadang nak pergi terus ke rumah Ayu, sebab memang lama sangat nak jumpa laga pipi dengan ayu tapi disebabkan ayu ada hal pagi tu dan ita pun pergi bukan seorang tapi ramai nanti kesian plak Ayu nak melayan rombongan kami ni. Jadi insyaAllah jika berkesempatan kita jumpa ye Ayu dilain kesempatan.


bunga wisteria warna ungu yang dah hampir kecut..


ini lah bunga wisteria yang berwarna kuning


Dari yokohama ke Tochigi lebih kurang 2 jam perjalanan melalui highway dengan menaiki kereta. Ita ke Ashikaga flower park ini untuk melihat bunga Wisteria. Memang cantik sangat bunga ini berjuntai2 dan pelbagai warna tapi malangnya bunga ini cepat sungguh kecutnya. Waktu ita pergi tu yang warna purple dah hampir kecut dan yang tinggal hanya warna kuning sahaja. Mungkin panas agaknya. Sedih sangat tapi nasib baik ada bunga kuning yang masih segar dan bunga rose pun sedang kembang. 









Ditaman ini ada bayaran dikenakan dan  bayaran yang dikenakan mengikut musim dan boleh dilihat disini. Waktu ita pergi waktu tu tiket yang ita perlu bayar 1300 yen seorang untuk dewasa dan 500 yen bagi kanak-kanak. Ditaman ini banyak sangat bunga dan ada juga kedai menjual souvenir dan makanan. tempat rehat juga disediakan.Alhamdulillah taman yang cantik dan seronok dapat bersama Maz dan Shyra berjalan bersama-sama. 











Sebelum balik ke yokohama kami sempat singgah ke Sano premium outlet 15 minit sahaja dari taman tersebut. Setelah selesai menjamu mata dan poket kami pulang ke yokohama.

;;

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG