09 May 2009

Selamat hari ibu dan roti sosej


Disana sini semua mengucapkan hari ibu.. ita pun tak ketinggalan nak ucapkan hari ibu yang pertama-tamanya pada mak ita yang mendidik ita dengan tangannya sendiri dari kecil dan bersabar dengan kerenah ita yang banyak ini, kepada mak mertua ita terima kasih kerana banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar dan menerima kekurangan diri ini. Buat kakak dan kakak ipar semua selamat hari ibu.. serta semua ibu-ibu di dunia.. bagi yang belum bergelar ibu jangan bersedih anda juga akan menjadi ibu juga suatu hari nanti.. nantikan saja saatnya.. InsyaAllah.. Ya Allah jadikanlah diri ita ni .. ibu yang sabar dan berilmu dalam mendidik anak-anak, lebih lembut dan kreatif untuk mendidik anak-anak ita supaya menjadi insan yang cemerlang dan soleh ..

so harini saja nak kongsi buat roti sosej ni.. Sedap roti ni.. Rasa ala-ala mini pizza.. kalau kat malaysia kalau pergi kedai roti mesti ada roti ni.. senang sahaja nak buatnya.. kat rumah ni roti memang laku tambah ada sosej..

Bahan-bahan
190 ml air
400 gm tepung roti
5 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 sudu besar susu tepung
1 biji telur ayam
2 sudu kecil yis
60 gm butter
**bahan2 lain**
12 batang sosej
sos cili
cheese

Cara-cara
1.masukkan bahan2 utk roti ke dalam breadmaker. tekan button on dan tunggu sehingga siap.
2.bahagikan doh kepada 12 bahagian. bulat2 kan doh tersebut dan biarkan selama 20 minit.
3.ambil sebiji doh. canaikan
4.ambil sebatang sosej dan gulung
5.hiris sosej yg digulung. jgn sampai putus..
6.tolak kiri dan kanan selang seli.
7.ulang langkah 3 hingga 6 hingga habis
8.biarkan doh selama 40 minit.
9.setelah itu, sapu sos cili dan tabur kan cheese. bakar pada suhu 180 darjah selama 12 minit.

0 Comments:

Post a Comment



About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG