14 May 2009

Popia Bersira Pedas


Ini minum petang ita hari ni.. ini gara-gara terliur tengok popia di blog kak hana la ni.. kak hana kalau ambil gambar leh terliur orang yang menengoknya.. hehehe.. Tak boleh jadi kena buat jugak.... untuk Fathnin ita tak sirakan popia ni.. laju je dia makan.. suka tengok di berselera sekarang.. hehehhe.. Makan popia ni sambil tengok cerita Anpanman .. hehehe.. tak ingat makan banyak.. nasib baik dah asingkan untuk abang.. kalau tak tentu sedih suami ku itu.. ahhahaah.. abang.. jangan terliur kat lab tu..heheheh. balik nanti makan tau ( en. hubby tengah busy giler .. Tah-tah tak tgk pun blog ni..hahahaahha).. tengok cerita anpanman tu bukan budak-budak je suka mak budak pun suka.. leh la juga belajar Nihongo sambil-sambil tu.. hahahaha.. dah la tak pandai nihongo.. resepi ni ita C&P dari kak hana.. malas la nak taip.. boleh ye kak...

Bahan-bahan
kulit popia secukupnya
Utk Inti
1 batang carrot - dihiris halus
1 biji sengkuang kecil -
satu mangkuk kubis yg di racik halus
taugeh - jika suka
1 biji bawang besar - potong dadu
1-2 sudu makan udang kering - rendam,toskan n blend
1 sudu mkn sos tiram
garam
perisa@gula sedikit
Utk Sambal Sira
2 sudu besar cili kisar
1 sudu makan bawang merah n putih kisar
2 sudu besar sos chili -
sedikit belacan - jika suka
sedikit air asam jawa@cuka
gula melaka@gula putih
garam
bijan sangai

Cara-cara
> Utk Inti - tumis bawang besar, masukkan sos tiram. tumis hingga naik bau. masukkan udang kering. kacau rata. masukkan sengkuang, carrot, kubis dan taugeh jika suka. perasakan dengan garam dan juga perisa@gula (jika suka). tutup api dan sejukkan. Isi ke dalam kulit popia tadi dan goreng hingga kekuningan.
> Utk Sambal Sira - panaskan minyak, tumis bahan2 tadi hingga agak2 pekat dan kering. masukkan popia yg dh digoreng tadi. kacau rata. matikan api dan taburkan bijan. siap utk dhidang

0 Comments:

Post a Comment



There was an error in this gadget

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG