25 May 2009

Lasagna Simple


Hari ni dapur ku berasap bila patang.. pagi tadi masak tapi masak yang simple sebab abang puasa jadi tak de nak masak best.. anak-anak ita buat sup dan ikan goreng je jadi mak nya pun tumpang sekali la .. so untuk berbuka abang hari ni ita buatkan lasagna, mushroom chicken soup dan garlic bread sebab ni semua favorite abang.. so resepi lasagna ni ambil dari dapur si Ros tu.. heheehe..Semalam beli barang dapur jumpa plak lasagna ni.. tapi sikit je ada dalam kotak tu.. dapat buat sekali je... tapi besar la juga bekas ita ni.. lain kali leh beli banyak sikit.. ehehhe.. so resepi ni akak C & P je la ros leh kan..

Lasagna
6 keping pasta Lasagna

-bahagian inti daging-
3/4 cawan daging cincang
1 biji bawang putih (dicincang)
1/2 biji bawang besar ( dicincang dadu)
2 biji tomato ( potong dadu)
1/2 biji carrot ( potong dadu)
6 ketul cendawan ( potong dadu)
sedikit brokoli ( ita tambah)
3 sudu besar tomato ketchup ( ita pakai tomato puri)
2 sudu besar olive oil
1 sudu kecil cili kering ( ita saja tambah nak pedas sikit)

Bahagian white source
1 cawan susu segar
1/4 cawan tepung gandum
1 sudu besar cheese powder
1 sudu kecil garam
sedikit lada sulah

Sedikit mix cheese atau mozarela cheese untuk ditabur atas setiap layer lasagna
( ita guna pizza cheese)


untuk hiasan
sedikit hirisan daun pasley kering

Caranya
1. Buat inti daging dulu, panaskan olive oil dan tumis bawang putih, bawang besar, cili kering dan tomato ketchup, biar naik bau, baru masukkan daging cincang, kemudian masukkan carrot, cendawan dan tomato, masukkan juga setengah cawan air, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam, gula dan lada sulah biar mendidih dan agak kering. angkat dan sejukkan.

2. Buat White source
campurkan tepung gandum dengan sedikit air, bancuh hingga jadi pes, kemudian curahkan dalam periuk yang berisi susu segar tadi, masukkan lada sulah dan garam, kacau higga pekat.

3. Sedia untuk melapis, ambil acuan petak, dan gliskan dengan marjerin, letakkan 2 keping lasagna tutup pemukaan dasar acuan, kemudian letakkan inti daging ,ratakan keselurahan acuan dan lapiskan dengan white source pula, tabur cheese dan ulang langkah ini sehingga semua nye habis, kiranya lapisan akan jadi 3 set lah, lapisan terakhir white source, tabur atas white source tu dengan cheese dan hirisan dry pasley. Bakar pada suhu 180 darjah selama 30 hingga 40 minit atau sehingga permukaan atas nye perang. Makan panas-panas.

2 Comments:

  1. Aymy With Love said...
    yuuhuu.. nampak marbeles nie.. dapat makan lg sodap nie... heheh..
    Juwita Jamaludin said...
    to kak ayu.. leh kak jemputa mkn.. tapi tadi wktu berbuka tu sekali hadap jedah abis

Post a Comment



Share it

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG