22 May 2009

Yong Tau Fu


Yong taufu memang suka makan.. Jadi cuba buat untuk breakfast pagi ni.. buat sikit je sebab bahan ada sikit je lebihan haritu buat yong tau fu kuah sup.. sedap.. memang suka resepi minami133 ni.. thanks minami san... Main masuk je semua tu untuk jadi banyak dan tinggal buat kuah je..

Bahan-bahan ( 5-6 orang )
10 tangkai cili kering
gula melaka atau kurozato
bijan goreng
gula(kalau kurang manis)
1 s.k garam
3 cm belacan ( ita tak masuk sebab abang tak makan)
300 ml air
1 sudu besar minyak
1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air

Cara-cara
1.Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
2.setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air.
panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
3.setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
4.masukkan garam,dan gula(jika gula melaka kurang manis).
5.masukkan bijan goreng.

0 Comments:

Post a Comment



There was an error in this gadget

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG