27 May 2009

Nasi Impit Kuah Kacang


Nasi impit ni buat sebab ada lebih kuah kacang semalam..ita saja ikut resepi ctma buat nasi impitnya.. Makan dengan serunding daging sedap... Saja ulamkan dengan timun walaupun tak de sate.. Bukan tak nak buat sate terlupa plak beli lidi sate nya.. lain kali leh buat sate plak.. yum yum..

Bahan-bahan ( 2-3 orang )
3 cawan beras (bukan beras jepun)
8 cawan air
sehelas daun pandan - optional
sehelai plastik ziplock berukuran 18x20 cm

Cara-cara
1.basuh beras seperti biasa
2.tanak beras dengan 8 cawan air dan daun pandan. Ct guna rice cooker je, x plu kacau
3.setelah nasi masak, kaup dan masukkan dalam plastik ziplock sementara masih panas. 4.Menggunakan jarum atau objek tajam yang bersesuaian, lubang-lubangkan plastik tersebut sambil di tekan untuk memampatkan nasi.
5.sejukkan dan bolehlah dipotong dan dimakan bersama kuah kacang dan sate

0 Comments:

Post a Comment



There was an error in this gadget

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG