23 January 2012

Pancake



Salam semua. Dari sehari ke sehari ingin menaip disini. Banyak yang ingin dikongsikan. Gambar pun banyak juga didalam simpanan kamera, tapi peluang amat tipis nak menaip disini jika disiang hari. Sebenarnya ita dan suami ingin mengurangkan masa anak-anak duduk didepan komputer dan laptop. Jadi bila disiplinkan anak-anak dengan mamanya pun tak boleh nak sentuh jadinya bila anak-anak dah tidur baru sempat nak menaip disini. Alhamdulillah moga anak-anak terus istiqomah dan memberikan perubahan yang positif dengan usaha ini.

Simple Homemade Cake page yang ita buka pun semakin hari Alhamdulillah ramai juga yang memberi sokongan. Seronok sangat sebenarnya bila kawan-kawan memberi sokongan. Ita terkadang risau juga bila kita memegang amanah dan duit pembeli.. Setiap kali selepas order berdebar-debar juga menunggu respon pembeli. Alhamdulillah positif... Jika ada kekurangan dan kelemahan ita akan cuba perbaiki. yang pasti kami akan buat yang terbaik moga usaha ini diberkati dan dianggap sebagai ibadah.. InsyaAllah..:)



Hari ini ingin berkongsi resepi pancake yang lembut dan gebu ini. Fathnin suka sangat dengan Pancake.Jadinya ita buat frozen untuk Fathnin bila dia nak makan je ita akan masukkan sebentar dalam microwave. Memang jadi lembut dan gebu. Suka ita dengan resepi ini tambahan ia mudah disediakan. Bagi yang ada anak-anak kecil yang suka makan pancake boleh buat cara ita. Bila nak makan hanya panaskan di microwave je.

Resepi ini dah banyak kali ita cuba tapi tak pernah kongsikan disini. Mana taknya asyik tak sempat nak bergambar je. Tapi kali ini ita buat 2 adunan kebetulan ita nak frozenkan jadinya sempat la bergambar pancake-pancake ni. Ita gunakan kuali yang bersaiz 14 cm jadi sama je la saiz pancake ni. Resepi ini berasal dari Hajar Fp tapi ita ambil dirumah kak nor.. Gebu sungguh melihat pancake dirumah kak nor..:)Ita lihat juga pancake dirumah kak Ana yang telah diberikan tips.. jadinya ita kongsikan resepinya disini pula ye.


PANCAKE

Bahan-bahan
6 sudu besar butter ~ dicairkan
2 biji telur
2 1/2 cawan tepung naik sendiri- ita guna tepung gandum
2 sudu teh baking powder
2 sudu besar gula castor
2 cawan susu segar
2 sudu besar jus lemon ~ optional
secubit garam
* tambah secubit soda bikarbonat jika menggunakan tepung gandum- tips kak Ana

Cara-cara

  1. Campurkan kesemua bahan dan blend hingga sebati.
  2. Biarkan sebentar dlm 10 minit.
  3. Masak pancake seperti biasa hingga habis. Ita gunakan kuali 14 cm. Pastikan satu lapisan masak dahulu baru diterbalikkan.
  4. Hidangkan panas2.

18 January 2012


Salam semua. Alhamdulillah masih diberi keizinan untuk berkongsi cerita disini. Cuaca di Yokohama masih lagi sejuk. Terkadang bila malam dah tak sanggup nak keluar rumah sebab nak mengharungi cuaca yang sejuk. Nak kata duduk dirumah tak sejuk tak juga, tapi disebabkan dirumah memang akan pasang pemanas (heater) jadinya tak la terasa sejuknya dirumah. Berbanding dengan anak-anak suka je dengan cuaca sejuk, nampak tidak ada beza walaupun keluar malam tetap gembira berlari-lari, hanya mama diorang ni yang tak tahan kesejukkan walaupun ini adalah tahun ketiga ita di bumi matahari terbit ini.



Hari ini ita sempat membuat pau 3s yang ditayang di blog izah.Nama 3s ini adalah kerana pau ini senang, sedap dan simple.. nama ni kak Maz tuan punya pau yang beri..:) hari ini juga ita ada tempahan nasi lemak bersama ayam goreng berempah dari seorang kawan ita berpangkat kakak disini jadinya ita hantar pau ini juga. Beliau banyak sangat beri semangat pada ita tentang page 'simple homemade cake'. Terima kasih kak atas sokongan dan kepercayaan pada ita ye. Bagi ita pau ini lembut tambahan ia hanya mengunakan tepung gandum sahaja. Untuk intinya ita menggunakan kacang merah. Hanya perlu diingat adunan ini agak lembik jadi untuk membentuknya lumurkan tangan dengan tepung dan pegang adunan tersebut.

Untuk resepi ini, resepi asal dari kak Maz @ilham dapur tapi ita ambil di blog izah . Terima kasih pada kalian moga perkongsian ini memberikan kebaikan buat kita semua.



Pau 3s


Bahan-bahan

1 1/4 cawan tepung serbaguna (allpurpose flour) - tepung gandum pun boleh
110ml air sedikit suam- masuk sikit-sikit pun tak pe
1/2 sudu besar yis kering
1/2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil baking powder
3 sudu besar minyak masak
1/2 sudu kecil garam


inti secukupnya sama ada kacang merah, kelapa, kari atau apa-apa inti yang disukai.
kertas untuk melapik pau boleh menggunakan cawan kertas.


Cara
1. Dalam bekas yang sesuai masukkan air, yis dan gula. Biarkan seketika dalam 1-2 minit. -- campurkan separuh dulu air, pastu bila dh tambah tepung baru letak air sikit- sikit supaya tidak lembik.
2. Kemudian masukkan minyak masak dan kacau sikit guna garfu.
3. Satukan baking powder, tepung dan garam, kemudian tuang dalam bancuhan yis tadi sampai dikacau guna garfu dan tepung melekat pada garfu.
4. Kemudian boleh la diuli guna tangan. Kalau lembik celup je tangan dalam tepung (atau tabur je tepung sikit) dan uli sehingga doh tidak melekat pada tangan dalam 8-10 minit. Ramas-ramas manja pun ok semasa proses menguli tu.
5. Tutup bekas dengan plastik/tuala yang sesuai dan rehatkan doh selama 30-35 minit atau dah naik sekali ganda.
6. Sediakan pengukus. Amik doh yang telah naik tadi dan tumbuk sikit buang angin. Kemudian amik doh sebesar bola ping pong dan leperkan sedikit, masukkan inti dan tutup kemas. Kemudian letakkan sekeping kertas minyak dan susun dalam pengukus. Buat sampai habis dan rehakan pau selama 10-15 minit.
7. Kukus dalam air yang telah mendidih selama 8-10 minit dengan api sederhana. Pastikan penutup pengukus dibalut dengan kain/tuala agar air tidak menitis atas pau.


15 January 2012



Salam semua. Hampir 10 hari ita tak sempat nak masukkan entry baru. Gagal rasanya menguruskan masa sejak akhir-akhir ini tambahan bila ita buka laptop je Fateh dan Fathnin tentu nak berebut juga disebabkan satu laptop dah rosak.. huhuhu.. jadinya bila diorang dah tidur baru mamanya boleh nak bersenang-senang dilaptop. Selalunya kalau waktu nak tengok Facebook atau jalan-jalan blog kawan-kawan waktu siang tu ita tengok guna iphone je...:(

Mungkin kena uruskan waktu dengan betul dan malam bila anak-anak dah tidur boleh la mamanya nak menaip disini. Terima kasih buat kawan-kawan yang sudi singgah disini dan ita mohon maaf kerana masih belum lagi sempat pergi ke setengah-setengah blog kawan-kawan yang lain. InsyaAllah jika diberi kelapangan ita akan datang melawat dan meninggalkan komen.




Dalam minggu ini juga ada sesuatu yang ita dan suami tubuhkan. Kami menubuhkan pages di dalam facebook iaitu page " Simple Homemade Cakes". Penubuhan pages ini sebenarnya dah lama di rancang dan digalakkan oleh suami ita, hanya ita je yang tak yakin dengan kebolehan sendiri. Setelah ita mendapat beberapa tempahan dari kawan dan ada kawan-kawan yang bagi galakkan jadinya ita cuba buat pages ini sebagai menyebarkan atau memberi pilihan pada kawan-kawan dijepun untuk membeli kek, pastry atau 'frozen food'. Ita juga mengenakan bayaran bagi penghantaran disekitar Yokohama dan Tokyo dan kos bagi penghantaran mengikut lokasi penempah. Niat ita dan suami sekadar memberi pilihan bagi mereka yang mencari makanan halal, moga ia juga boleh dianggap sebagai fardu kifayah. InsyaAllah...



Alhamdulillah minggu ni kami juga menerima tempahan kek hari jadi dari kawan di Yokohama untuk hari jadi suaminya. Kek yang ditempah iaitu 'chocolate indulgence cake' tapi topping putihnya menggunakan cheese disebabkan suami penempah menyukai cheese dan meminta untuk menghias secara ringkas dan menulis dengan tulisan berwarna biru. Terima kasih sangat atas kepercayaan pada kami untuk membuat kek tersebut. Alhamdulillah penempah amat berpuas hati dan bagi diri ita, ita amat bersyukur dan gembira bila hasil kerja disukai. Ita tak sempat nak ambil gambar secara cantik, tapi ambil gambar biasa-biasa je untuk kek tersebut jadi tak dapat nak kongsikan disini. Selain itu minggu ni juga ita dapat tempahan karipap dari seorang kakak dan kawan-kawannya sebanyak 100 keping karipap. Ita buat karipap sardin, ayam dan daging.Terima kasih kak, atas kepercayaan pada kami. Alhamdulillah diatas 'feed back' yang positif yang diberikan.



Karipap Sardin


Bahan-bahan ( 20 biji )

  • 250g tepung gandum
  • 2 sudu besar marjerin - panaskan
  • 2 sudu besar minyak masak - panaskan
  • garam sedikit
  • air
Cara-cara
  1. Campurkan tepung, marjerin,minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup).
  2. Gaul rata gune sudu sbb panas.
  3. Masukkan garam dan air sedikit2. Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim.
  4. Ita gunakan breadmaker untuk menguli jadinya ita masukkan ke dalam breadmaker dan tekan butang uli dan uli sehingga lembut.
Inti Sardin:
  • 1 tin sardin
  • 1 biji bawang besar (hiris)
  • 1 sudu makan cili kering kisar
  • sebiji kentang - diracik halus
  • ½ sudu teh gula
  • secubit garam
  • jus dari ½ biji limau kasturi
  • 2-3 sudu makan minyak utk menumis
Cara-cara.
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis separuh dari bawang hiris.
  2. Masukkan cili kisar dan kacau lagi hingga garing.
  3. Masukkan pula sardin dengan sedikit sos tomatonya, lebihan bawang hiris tadi dan juga kentang di potong halus.
  4. Kacau rata . masukkan air sedikit untuk melembutkan kentang.
  5. Akhir sekali, masukkan garam, gula dan jus limau kasturi. Gaul rata dan pastikan inti agak kering dan tutup api.

05 January 2012

Selamat tahun baru 2012


Salam semua. Salam tahun baru 2012 rasanya walaupun sudah terlambat untuk mengucapkannya disini diharap moga tahun baru ini memberikan seribu kebaikan buat kita serta keluarga InsyaAllah. Terlalu lama tidak menaip disini disebabkan bercuti dan kesihatan yang tidak mengizinkan. Ingin dikongsi beberapa perkara namun mengikut kemampuan juga disebabkan kesihatan yang kurang memuaskan.

Selepas entry pau bunga ita sibuk menghadiri program di luar Yokohama, iaitu di Hakuba, Nagano. Program anjuran Isma, Jepun iaitu program "Jalinan Ukhwah Musim Sejuk'. Program ini amat bermakna tambahan ia bukan sahaja dibuat di kawasan bersalji namun 'makanan rohani' yang disampaikan benar-benar mengingati diri akan tujuan kita dilahirkan. InsyaAllah akan dikongsikan disini nanti ceritanya. Balik sahaja dari program tersebut ita terus tak sihat.
Pening kepala dan selsema, nak buat kerja pun tak selesa. Kepala rasa berat sangat.Alhamdulillah anak-anak sihat dan ceria. Moga mereka diberi kesihatan yang baik. . Hingga pada hari pertama tu memang dapur tak berasap langsung suami ajak makan diluar je.. hari ini ada dah kurangnya, dapat masak masakan keluarga dan menaip disini walaupun baki-baki tidak selesa dan berat kepala tu masih ada. Jangan ada yang salah sangka pula, ita bukan kena penyakit buatan orang (mengandung) tau.. hihihihihi InsyaAllah belum lagi masanya buat masa ini.

Terima kasih bagi yang sudi singgah dan insyaAllah ita akan balas kunjungan kalian bila kesihatan mengizinkan kelak..:)

;;

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG