12 May 2009

Butter Roll


Semalam abang request nak makan butter roll. Jadi ita cuba buat. Alhamdulilah menjadi gebu rotinya. Butter roll ni lembut dan sedap makan panas-panas. Resepi dari kak yani. Bagi yang kreatif boleh pipekan krim kastad atau coklat di dalam. .

Bahan-bahan ( 12 biji )
120ml susu segar
50g telur
300g tepung roti
3 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
60g butter
1 sudu kecil dry yeast
*******************
telur untuk sapu

Cara-cara
1.Masukkan semua bahan-bahan ikut turutan dari atas ke bawah ke dalam breadmaker.. ON kan dan tunggu siap.
2.Keluarkan dari breadmaker. Bahgiakan kepada 12 bahagian dan buatkan bentuk bulat. Rehatkan 10 minit.
3.Kemudian buatlah biar jadi bentuk kon
4.Canaikan biar jadi panjang lebih kurang 30-35cm. Kemudian gulungkan.
5.Biarkan naik 2 kali ganda. Sebelum dibakar sapukan dengan telur
6.Bakar selama 10-12 minit pada suhu 180C.
7.Jika roti belum perang, biarkan roti dalam oven selama lebih kurang 5 minit sebelum dibawa keluar

Ada lebihan doh saja ita canaikan dan taburkan kismis, gula dan kacang. Ita gulung dan potong. kemudian bakar.. sedap juga..

3 Comments:

  1. sakuraiman said...
    cantiknyerr roti k.ita.nmpk gebu2 n berkilat..k.ita, nk tnye la.emi klo guna BM, kua2 BM jer mesti msih melekat2 adunannyer. sukat bhn semua da btul da..agk2 knpe yer..tension je kne uli blik pas msuk BM.
    Juwita Jamaludin said...
    to emi.. kadang memang macam tu.. tapi akak memang suka tambahkan lagi 10 g tepung jika adunan kata 250g akak buat 260g sebab kadang ralat waktu menimbng.. sejak akak buat macam tu ok je rotinya... lagi satu nak bentuk tu akak guna tepung sikit lagi supaya tak lekat kat menguli dan papan uli..
    emilia said...
    o yke..ok..time ksih bg tips:)

Post a Comment



There was an error in this gadget

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG