19 May 2009

Cendol


Hari ni saja cuba buat cendol.. mana taknya lama teringin nak makan.. heeehe.. tapi buat sikit je.. nak bagi orang pun tak dapat sebab sikit sangat separuh adunan.. bukan tak nak buat banyak.. takut tak menjadi.. alhamdulillah sedap.. tapi jenuh jugak nak buat cendol tu panjang tak boleh sebab acuan tu lubang nya kecil agaknya.. ok la .. yg penting rasa.. heeheeh resepi dari siti mariam... ita C & P je..

Bahan-bahan ( 4-5 orang )
1 cawan tepung beras
3 cawan air pandan
secubit garam
1 sudu kecil air kapur
sedikit pewarna hijau (option)
Cara-cara
1.masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga kental dan berkilat
2.kacau selalu supaya tidak hangit
3.sediakan bekas yang berisi air sejuk
4.masukkan cendol ke dalam acuan muruku dan tekan ke dalam air sejuk
5.kalau tak ada acuan muruku tekan di atas senduk yang berlubang
6.simpan sekali dengan airnya di dalam peti ais....

0 Comments:

Post a Comment



There was an error in this gadget

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG