30 November 2009

Cheese cake


Malam hari raya Aidiladha kami kat sini sempat buat sambutan hari raya di rumah Adnin. jadi tengok cream cheese ada dalam peti sejuk ita cuba buat cheese cake ni.. ita buat sehari sebelum tu sebab cheese cake kena simpan sehari dulu baru sedap. ita guna loyang 22 cm tu yang rendah sikit kek nya.. sebab resepi guna loyang 18 je.Amat mudah resepi ni dan sedap plak tu.. resepi asal resepi cheesecake biasa saja ita tambahkan blueberry sause kat atas kek tu. sedap jadinya.. resepi dari biduri .. thanks ye

Bahan-bahan ( 18 cm )

  • 250g cream cheese
  • 200cc/ml fresh cream/plain yogurt
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 90g gula
ita buat base sebab senang nak potong

70g butter dicairkan
200g biskut tiger dihancurkan

untuk topping ita guna blueberry sause.

Cara-cara


  1. Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak pun ok(oven paper)
  2. Gaulkan biskut yang telah dihancurkan dengan butter yang telah dicairkan dan tekan dengan padat ke dalam loyang. setelah itu simpan didalam peti sejuk.
  3. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream
  4. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit
  5. Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.
  6. Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap
  7. 2 jam sebelum makan boleh la di letakkan blueberry sause tersebut.

Nasi dagang dan gulai ikan


Hari raya aidiladha baru-baru ni sempat la ita buat Nasi dagang. itu pun berasnya diberi oleh Adnin lama dah sampai tak ingat. Malam sebelum tu terfikir -fikir nak masak apa jadi tengok dalam almari ada beras nasi dagang jadi cuba la buat. Renyah juga rupanya ye.. tapi ita buat cara mudah je.. tak kukus pun beras tu masak macam nasi lemak je.. sedap alhamdulilah... resepi mamadzie69.. thanks ye..

Bahan-bahan ( Untuk 25 orang makan )

  • Untuk nasi:
  • 1 gantang(2.7kg) beras wangi (eg: brand Sunwhite) dibasuh dan direndam selama 8 - 9 jam
  • Segenggam bawang merah setelah dimayang ( lebih kurang 12 ulas)
  • 1 - 2 inci halia (dihiris halus-halus panjang)
  • 1 - 2 sudu besar halba
  • Santan dari 3 biji kelapa ( santan pekat satu cetong(lebih kurang 900ml) dan santan cair satu setengah cetong)
  • 1 sudu besar gula
  • segenggam garam
  • Untuk lauk:
  • 4 ekor ikan tongkol yang besar direbus bersama satu keret besar nisan, segenggam asam gelugur dan garam secukup rasa, air rebusan disimpan untuk dimasukkan dalam masakan kuah nanti
  • Untuk Kuah:
  • 1 senduk nasi penuh serbuk ketumbar
  • 1/2 senduk nasi serbuk jintan manis
  • segenggam lengkuas setelah dihiris
  • 1 inci kunyit hidup (atau 1 sudu besar kunyit serbuk)
  • 1 labu bawang putih (yang besar)
  • 2 inci halia
  • 3/4 kilo bawang merah lebih sedikit
  • 1 1/2 bungkus cili boh yang RM1.20 sebungkus
  • kerisik dari 1/2 biji kelapa
  • 4 keret besar nisan
  • santan dari 4 biji kelapa ( kepekatan biasa, jangan cair)
  • 2 inci kulit kayu manis
  • Untuk Acar: 3 biji timun 1 batang karot 3 biji cili merah besar 2 potong nenas 1/4 kobis (setelah dipotong-potong digaul bersama garam gula dan cuka secukup rasa)
  • Telur rebus: 12 - 13 biji

Cara-cara

  1. Cara-cara memasak kuah: semua bahan untuk kuah di'blender' kecuali kerisik, nisan, santan dan kulit kayu manis.
  2. masak santan hingga naik minyak sedikit barulah dicampur bahan-bahan yang diblender, kerisik, nisan dan kulit kayu manis.
  3. masak biar lama (api perlahan) bila santan surut separuh diisi air lagi hingga paras yang pertama, step ini diulang lagi selepas air surut separuh lagi baru letak ikan yang direbus bersama air rebusan dan separuh dari asam gelugur yang diguna untuk rebus ikan, air ditambah lagi sehingga paras pertama dan dimasak api perlahan sehingga kuah pekat dikacau sekali-sekali.( masak kuah makan masa lebih kurang 7 jam, dengan yang demikian kuah menjadi warna gelap dan tulang ikan reput macam sardin di dalam tin)
  4. Cara-cara memasak nasi: beras yang direndam 8 jam dibasuh dan dikukus kosong sehingga masak, kemudian diangkat dan digaul rata dengan santan cair, bawang merah yang dimayang dan halba.
  5. kukus sekali lagi hingga masak dan diangkat dan digaul bersama santan pekat (diperolehi dengan memerah santan menggunakan air masak)yang sudah dicampur gula dan garam. Nasi sudah siap.
  6. Bagi siapa yang kesuntukan masa boleh ikut cara saya memasak kuah, tapi kuahnya tak segelap yang original dan tulang tak sempat menjadi lembut.

Makaroni Guratan


Tengok dalam kamera ada juga gambar makaroni guratan ni.. ini buat breakfast 3 hari lepas. menu ni memang menu wajib setiap minggu rasanya sebab anak2 suka sangat tambah fateh. Jadi asyik tak sempat2 nak share kat sini hari ni baru sempat nak upload gambar nya. Kali ni ita cuba resepi Ros tokey roti.. sedap.. thanks ros akak letak kat sini ye..

Bahan-bahan
1 cawan makaroni yang belum direbus
1 keping dada ayam ( leh ganti ngan udang. lala atau sotong)
1/4 batang carrot
beberapa cendawan
1/4 batang saleri
sedikit daun bayam
sedikit mix cheese untuk ditabur atas macaroni
daun parsley kering

untuk sos putih
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar marjein or butter
1 cawan susu segar
sedikit lada sulah
sedikit garam


1. Mula-mula rebus makaroni ikut lah arahan pada paket tu, 7 minit ke 6 minit ke, lepas tu angkat dan letakkan 1 sudu besar olive oil, kacau sebati, ketepikan.
2. Potong dadu carrot dan hiris halus caleri dan cendawan. rebus carrot dan caleri tadi separuh masak. angkat dan boleh lah dicampur dengan makaroni tadi. letak sedikit garam dan lada sulah.
3. Buat Sos putih, masukkan semua bahan sos dan kacau hingga pekat. glis cookware ceramic yang bentuk oval tu dengan marjerin dan letakkan campuran makaroni dan sayur tadi, kemudian curah sos putih, akhir sekali tabur mix cheese dan sedikit hirisan daun saleri, bakar pada suhu 180 darjah selama 25 minit atau sehingga permukaan guratan perang. Ok dah siap,

Mee rebus


Mee rebus ni memang dah lama buat.. minggu lepas rasanya.. jangan minta yek.. ni saja pos kat sini sebab resepinya amat la kena dengan selera kami.. sampai abang kata mee rebus yang sedap pernah ita buat.. resepi asal dari kak fa tapi ita ambil dari dapur kak hana yang amat kreatif dan rajin itu...

Bahan-bahan

  • mee kuning - celur n toskan.
  • 1/2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 5 batang cili kering - nk pedas leh tmbh lagik
  • segenggam udang geragau@udang kering- basuh dan blend
  • 300g daging - direbus then potong nipis.air rebusan ketepikan
  • 5+ ekor udang segar - direbus separuh msk n air udang ketepikan -
  • 2 sudu sos tomato - leh ganti ngan air asam jawa.
  • 2 biji keledek sederhana - rebus dan blend
  • garam
  • gula - gune gula melaka@nisan lg sedap.
  • air - secukupnyer, jika kuah pekat sgt.
Cara-cara
  • bwg besar n bwg putih, lada kering potong2 then goreng sekejap.
  • blend bwg n lada kering td masukkan juga halia dan lengkuas.
  • panaskan minyak. tumis bhn blend hingga pecah minyak. masukkan sos tomato n udang geragau.
  • masukkan air rebusan daging,rebusan udang, daging n keledek.perasakan ngan garam n gula. then didihkan.kuah mestilah pekat baru kaww! tp klu pekat sgt tmbhkan air skit. last sekali baru masukkan udang. tutup api.
  • dah siap! hidangkan mee ngan telur rebus, tauhu goreng, taugeh , limau kasturi/nipis, daun bwg, bwg goreng, jeruk chili/jeruk lada.

25 November 2009

Autumn 2009 Hodogaya Park


Semalam bangun tidur je papa kata hari ni papa nak rest .. jadi papa plan nak bawa ita dengan anak-anak jalan. Tapi nak pergi mana ye.. disebabkan nak rest otak je setelah papa sibuk sejak akhir-akhir ni jadi papa ajak pergi taman. Kami pergi taman yang dekat dengan rumah senang naik basikal dah sampai.. dulu kami pernah ke sini juga tapi kali ini saja nak jalan-jalan lagi sambil tengok pemandangan ditaman ni... layan la gambar2 ni ye..


Seronok fateh dapat berlari kesana sini

Fateh dipimpin papa

Suasana ni nak beransur senja


Jumpa 2 -3 pokok momiji ni.. dapat la mama bergambar



masih banyak yang hijau ada sikit je yang merah


suka tengok gambar papa dan anak2 ni.. sayang korang

22 November 2009

Meron pan



Hari ini rasa lapar je.. jadi fikir apa nak masak. Sebabkan Meron pan ni dah lama dalam list jadi hari ni nak buat .. disebabkan tekak nak makan roti boy aka mexican bun jadi satu adunan buat 2 jenis roti... Bukan apa kalau buat dua adunan banyak sangat la plak... sedap meron pan ni rasa biskut campur roti tambah ada coklat chip tu...meron pan ni memang glamour dijapan ni sebab sebelum ni kat malaysia tak pernah plak jumpa.. tapi ita tak pernah beli meron pan yang jual dijapan sebab tak tahu yang mana leh makan jadi cuba buat sendiri je la.. resepi ni dari myresepi.. ada juga buka cookpad tengok lebih kurang je jadi ita buat guna resepi ini.

Bahan-bahan ( 10 biji )

  • >> ROTI<<
  • 125ml air
  • 30g telur
  • 250g tepung roti
  • 25g gula
  • 12g susu tepung
  • 4g garam
  • 25g butter
  • 4g dry yeast
  • >>COOKIE<<
  • 150g tepung gandum
  • 45g gula halus
  • 4g baking powder
  • 30g butter
  • 50ml telur
  • 20g chocolate chips

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan-bahan untuk roti le dalam breadmaker. Pilih menu untuk buat doh. On kan. Tunggu siap.
  2. Disamping tu sediakan cookienya. Pukul butter sehingga jadi bentuk cream. Kemudian masukkan gula.. pukul sehingga putih.
  3. Masukkan telur. Kacau biar sebati dengan butter.
  4. Ayak tepung dan baking powder ke dalam mangkuk butter tadi. Kacau biar jadi doh. Kemudian bahagikan kepada 2.
  5. Satu bahagian letaklah chocolate chips
  6. Dan 1 bahagian lagi tanpa chocolate chips
  7. Kemudian balutkan dengan plastik pembalut (plastic wrap). Simpan dalam peti sejuk sementara nak digunakan sekurang-kurangnya 20 minit.
  8. Keluarkan doh roti dari breadmaker. Tumbuk-tumbuk utk keluarkan angin.
  9. Kemudian bahagikan kepada 10 bahagian.
  10. Rehatkan lebih kurang 10~15 minit dengan meletakkan kain lembab di atasnya.
  11. Keluarkan cookie dari peti ais. Bahagikan kepada 10 bahagian. 5 utk chocolate chips dan 5 utk yg tanpa chocolate chips
  12. Canaikan cookie
  13. Letakkan cookie ke atas roti
  14. Celupkan bahagian cookie ke dalam gula
  15. Potong bahagian cookie seperti dalam gambar.
  16. Biarkan naik 2 kali ganda atau boleh penaik dgn oven pada suhu 30C selama 35~40 minit.
  17. Bakar dalam oven selama 10~12 minit pada suhu 180C


Laksa Penang


Laksa ni buat dua hari yang lepas.. jangan nak minta ye.. tengok gambar je ..... hiihhi baru hari ni sempat nak upload gambar laksa ni.. rasa sedap sangat tekak dapat makan laksa ni.. alhamdulilah menepati citarasa tekak ku ini tak sia2 pergi turun dengan Fateh pergi beli ikan. Tapi malang juga sebenarnya sampai je bawah lupa hari rabu pasar ikan tutup.. nasib baik kat supa berhampiran ada ikan saba beli la walaupun mahal sikit dari pasar.. tapi tak la beli banyak buat sikit pun jadi la asal lepas tekak ni nak makan laksa... resepi ini ita ikt resepi mak ita..

Bahan-bahan

2 ekor ikan saba sederhana besar
sebiji bawang besar yang sederhana besar( dikisar)
sebatang serai(dikisar)
segenggam daun kesum(dikisar separuh)
10-15 tangkai cili kering( ikut kepedasan masing2)( dikisar)
6 keping asam keping
sedikit belacan ( di masukkan semasa mengisar cili)
sedikit garam

hiasan
hirisan bawang besar
daun salad
timun
cili api
telur rebus

cara-cara
1. Rebus ikan yang telah dibersihkan dengan 3 keping asam keping
2. setelah ikan siap direbus asingkan tulang dan isi ikan. air rebusan ikan tadi dimasukkan kedalam periuk.
3. Blender isi ikan tadi dan ketepikan.
4. masukkan dalam periuk bahan-yang dikisar tadi dan masak 10 minit. setelah itu masukkan isi ikan yang diblender tadi bersama daun kesum dan asam keping. setelah mendidih perasakan dengan garam.
5. hidangkan bersama laksa yang telah direbus dan hiaskan dengan bahan2 hiasan.

09 November 2009

Donut salut mentega kacang



Fathnin suka sangat donut. kalau makan tiap hari pun tak pe. Jadi bagi dia makan banyak ita buatkan donut untuk dia. kali ni hanya tukar topping je. guna mentega kacang. sedap sebab rasa lemak2 kacang.. resepi dari blog kak hana resepi asal dari cookpad.

Bahan-bahan
200g tepung roti
20g gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil dry yeast
140ml susu segar
20g butter ( ita guna shorterning lebih gebu)
minyak masak untuk menggoreng
coklat bar
sedikit kacang kisar

Cara-cara
*ita guna home bakery so pilih menu dough.
1.Masukkan tepung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Kacau.
2.Buat lubang ditengah. Masukkan susu dan dry yeast. Kacaukan sedikit.
3.Masukkan pula butter
4.Uli sehingga tak melekat ditangan
5.Tutupkan dengan plastik wrap atau kain lembab. Biar naik 2 kali ganda
6.Buat finger test untuk uji doh naik ke tidak. Kalau lekat kesan jari, bermakna dah naik.
7.Bahagikan kepada 8 bahagian. Rehatkan selama 5-6 minit
8.Terap menggunakan donut cutter
9.Penaikkan lagi sehingga 1.5 kali ganda. ( kalau tak sabar tak buat step yang ni pun ok)
10.Goreng dengan api sederhana sehingga nampak perang. Sekali-sekala perlu dibalik-balikkan supaya betul-betul masak.
11. Peanut butter di panaskan didalam microwave dalam 10 -15 saat atau hingga cair.
12. celurkan peanut butter dia atas donut tersebut dan hiaskan dengan hiasan yang disukai.

Nugget Ayam




Ramai yang dah muak tengok kek coklat tu yek.. tu yang ramai tanya kemana la menghilangnya tuan rumah ni.. hiiiihii.. tuan rumah ni ada je sihat walafiat hanya kadang rasa tak sempat je nak update.. gambar masakan bertimbun dalam kamera tu tak upload.. tah apa yang busy nya ita pun tak tahu .. mungkin sebab cuaca sejuk sekarang mood nak tengok blog pun sejuk je.. thanks to kawan2 yang tak jemu jenguk ita kat blog.. ita amat menghargainya...

Hari ni buat air soya sebab tengok kacang soya yang lama terperam dalam almari tu. Ada hampas kacang soya ( okara) tu leh buat nugget. Buat banyak2 dan frozenkan. Senang sebab anak-anak ita suka.. selalu ita buat nugget guna breadcrumb je.. tapi buat guna okara ni lagi sedap sebenarnya.. resepi ni dari kak yani.. tapi ita ada tambah baking powder sikit untuk bagi kembung sikit.. sedap .. tips ni ros tokey roti yang syorkan.. tapi tak letak pun tak pe hanya nak bagi cantik je kata nya...

Bahan-bahan ( 4 orang )

* 400g isi ayam
* 4 sudu besar mayonis
* 1 sudu kecil serbuk lada sulah
* 1/2 sudu kecil garam
* 100g okara/breadcrumbs
* 2 sudu besar tepung gandum
* sedikit tepung- utk salut kat luar nugget

untuk kulitnya ita guna sebiji telur dan breadcrumb

Cara-cara

1. Masukkan isi ayam ke dalam pengisar. Kisar sampai hancur. Kemudian masukkan bahan-bahan lain. Kalau rasa kering boleh tambah mayonis.
2. Buat bentuk bulat, golek-golek dalam tepung. kemudian celup dalam telur dan salut dengan breadcrumb.Kemudian goreng dengan minyak penuh.


Setelah dimakan separuh .. sedapnya..



siap untuk difrozenkan

;;

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG