Assalamualaikum... Apa khabar semua.. Alhamdulillah sudah hampir seminggu kita berpuasa, moga puasa yang kita jalankan diterima dan kita mendapat ganjaran dan keberkatan dibulan yang mulia ini. Terima kasih buat semua kawan-kawan blog yang tidak putus memberi semangat dan memberi kata-kata semangat di ruang komen walaupun ita tak sempat untuk meninggalkan komen di dapur kawan-kawan namun kawan-kawan dengan ikhlas memberi kata-kata semangat buat ita. Terima kasih dan sangat rasa terharu...
Di Yokohama, 3 hari pertama puasa kami berpuasa dengan cuaca yang agak selesa, tidak begitu panas walaupun sekarang adalah musim panas namun sejak hari ke 4 dan sehingga hari ini, kepanasan memang menguji. Asyik nak mandi je rasanya.Tahun ini alhamdulillah cuti musim panas bermula pada permulaan puasa jadi mudah sikit untuk ita menggalakkan dan melatih Fathnin untuk berpuasa.Di Jepun cuti musim panas lebih kurang sebulan lebih. Alhamdulillah fathnin dapat berpuasa dengan baik untuk 5 hari ini namun semalam cuaca yang agak panas tambahan dia pun kurang makan sewaktu bersahur jadi apabila dia nampak agak penat dan meminta untuk tidak berpuasa ita benarkan dia untuk berbuka. Moga Fathnin mendapat pelajaran dan memahami hikmah dan pengertian puasa itu sendiri bukan hanya penat, lapar dan dahaga sahaja.. InsyaAllah
Macam-macam menu ita lihat didapur kawan-kawan. Ita tak sempat pun nak pergi terjah lagi tapi kebanyakkan kawan blog adalah kawan-kawan di Facebook juga jadi ramai juga yang berkongsi resepi juga disana. Terliur dan seronok rasanya apabila kawan-kawan dengan ikhlas hati berkongsi resepi , tambahan sekarang ramai antara kawan-kawan yang disunting oleh majalah-majalah tempatan. Tahniah buat semua, sangat berbangga dan tumpang gembira dengan kejayaan kalian.
Hari ini ita ingin kongsikan resepi kek pisang 2 seri yang ita cuba gabungan kek pisang dan kek coklat yang dimasak secara kukus. Bagi ita kek ini amat kena dengan rasanya dan gabungan ini amat serasi. Kek pisang yang terhasil gebu dan ia mudah disediakan. Resepi ini adalah resepi innovatif ita untuk memenuhi selera anak-anak yang gemarkan kek coklat sebagai asasnya..:)
Kek Pisang Dua Seri
Bahan-bahan
Lapisan bawah
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 1/4 cawan susu segar
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 cawan minyak masak sayuran
secubit garam
Lapisan atas
2 cawan tepung gandum
¾ cawan gula
4 biji telur
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil ovalette
I cawan pisang dilenyek
Cara-cara
1.Panaskan air dalam periuk pengukus. Tutup penutup pengukus dengan kain supaya air kukusan tidak menitik diatas kek.
2. Ayakkan tepung bersama serbuk penaik, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata
3.Masukkan minyak masak dan esen vanilla. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.Kacau hingga sebati.
4.Masukkan kedalam loyang bersaiz 9 inci dan kukus selama 10 minit.
5.Sementara lapisan bawah ikukus sediakan lapisan atas.Putar telur dengan pengadun elektrik hingga kembang. Masukkan ovalette dan putar lagi hingga betul-betul kembang.
6.Didalam bekas berasingan ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan serbuk penaik.
7.Masukkan pisang lenyek, minyak kedalam adunan telur tadi dan putar lagi hingga sebati.
8.Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan putar setelah itu tambakan esen pisang.
9.Setelah lapisan bawah habis dikukus, masukkan adunan pisang ini diatasnya an kukus 40 minit.
10. Setelah siap sejukkan dan boleh dihias mengikut kegemaran masing-masing.
lepas sahur kat Brunei ni akak terus terjah dapur Ita tertarik dengan kek pisang dua seri ni kebetulan ada pisang jugak kat dapur tu tak taulah jadi ke tidak macam kek yg Ita buat ni cantik dan molek sekali thanks ur idea yg menarikss insyaallah kalau ada mood hari ni akak tiru ya dan ambik resepi..
Selamat berpuasa..
Semoga Juwita sekeluarga dapat menempuhi puasa dengan tabah walaupun menghadapi musim panas di Jepun.
Di JB ni pun panas.. tak tahan rasanya sebab terik sangat nak keluar rumah pun terasa malas.. tapi kena juga keluar ambil anak pergi dan balik sekolah..
kadang2 kesian kat anak yg bersekolah sebab cuaca panas sangat..
Cantik kek pisang tu.. sangat comel dan sangat menyelerakan..
selamat menjalani ibadah berpuasa yerk..
cantikkk kek pisang tu...
semuga sihat ya...cantik ajer kek pisang tu..menunjukkan kesedapannya...
nampak sedap kek yg ita hasilkan...
suka jugak tgk hasil deko kek2 ita di bawah tu... mmg kreatif tangan ita ni tau...
dessert/kek berasaskan pisang mmg feveret kami anak beranak... cedapnye ;)
bagus fathnin,dah mula belajar puasa ye,taakpe..buat pelan2 ye.
kek ni tak penah cuba lagi kak..nnt lepas raya la kot,baru ada mood nak makan kek balik..hehe
dah jadi macam biskut lak dik
huhuhu nangis akk tgk !
mohon maaf sepanjang perkenalan kita ye dik ;)