26 May 2009

Pecal Perantauan


Sejak akhir-akhir ni malas je nak masak.. mana taknya penat sebab mengemas rumah sebab tukar karpet ke tikar.. Sebab musim panas dah nak tiba.. kalau pakai karpet rasa macam tak sihat je untuk budak-budak ni.. jadi tukar la pakai tikar.. kat m'sia pun pakai tikar je rumah.. jadi bila dah tukar tu banyak la keje nak mengemop dan mengemas.. bila dah penat masak pun yang simple simple je.. hari ni buat pecal.. ini pun sebab beli kangkung kat Yokohama station haritu...Kalau kat kampung mak suka buat pecal.. sebab dia tahu anak mak ni suka sangat pecal.. untuk melengkapkan pecal ni ada juga ita beli jantung pisang dari baticrom.. tapi dalam tin je.. ok la juga rasanya.. ita basuh banyak kali dan rebus.. heehehe.. Pecal ni makan dengan kuah kacang sedap.. makan begit je pun sedap selain makan dengan nasi putih..

Bahan-bahan

kangkung direbus
taugeh direbus
Jantung pisang direbus
Timun dipotong halus
Tauhu digoreng
Pucuk ubi ( ita tak de)

makan bersama kuah kacang kegemaran..

0 Comments:

Post a Comment



There was an error in this gadget

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG