18 May 2009

Mini Pizza Anpanman


Pizza Anpanman ni saja buat lepas tengok cerita anpanman kat Tv dengan anak-anak.. tiap-tiap hari anak-anak ita mesti tunggu cerita tu sebab best kata Fathnin.. dalam kartun ni ada juga sesi kreativiti jadi hari ni sensei tu ajar buat pizza anpanman.. kebetulan memang tengah onkan breadmaker nak buat garlic bread jadi buat sikit pizza ni untuk Fathnin.. Kreatif juga.. sebab kat jepun ni kalau bento sekolah memang cantik2.. heheheh.. ita je anak tak g sekolah so tak sibuk buat bento kalau tak.. macam2 kena belajar..

Bahan-bahan
roti ( ita pakai resepi ni je untuk buat base)
120ml susu segar
50g telur
300g tepung roti
3 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
60g butter
1 sudu kecil dry yeast
****************
topping
sosej potong bulat
sos tomato/sos pizza
pizza cheese
kismis untuk mata
capsicum untuk kening dan mulut

cara-cara

1. Masukkan semua bahan untuk roti ke dalam breadmaker.tekan on.
2. Setelah dough siap buat bentuk bulat jgn besar sangat dan canai.
3. Letakkan sos tomato dan pizza cheese.
4. Bakar 180 selama 6 minit atau cheese cair.
5. Letakkan sosej tiga sebaris sebagai hidung dan pipi.
6. Letakkan kismis sebagai mata.
7. Potong capsicum letak di kening dan sebagai mulut.
8. Bakar kembali 190 selama 10 minit.

0 Comments:

Post a Comment



There was an error in this gadget

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG