12 May 2009

Tepung pelita


Tepung pelita ni memang lama dah nak makan.. tapi tak terbuat sebab abang tak suka kuih yang manis-manis sangat.. Petang tadi anak-anak tidur ita cuba buat.. tapi takut banyak nanti tak de siapa yang nak makan lagi satu takut tak jadi.. heheeh so buat 1/4 adunan sahaja.. Dapat la 4 remekin putih ita ni.. disebabkan takde kapur makan ita tambah tepung jagung sikit.. Alhamdulilah tidak mengecewakan menjadi.. Dulu mak suka buat tepung pelita ni..Kalau mak buat mesti letak gula kat bawah.. jadi ita kurangkan gula didalam dan letak kat lapisan yang bawah.. best.. tapi ita tak pernah buat pun sejak kahwin kuih ni.. Kat nihon ni semuanya rindu tambah dengan mak.. huwaaaaa... kalau mak tahu ita pandai buat kuih ni tentu tak percaya ..hehehehehe.. resepi ni dari kak yani myr... thanks kak..saya C & P ye...


Bahan-bahan ( 12 cups- bergantung pd saiz bekas )
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 sudu besar tepung beras(ratakan)
1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
sedikit kapur dan sedikit garam

Cara-cara
1.Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati. ( ita tambah tepung jagung sebb tak de kapur)
2.Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat
3.Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
4.Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
5.Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
6.Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
7.Sejukkan

0 Comments:

Post a Comment



There was an error in this gadget

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG