13 October 2011

Talapia bakar Berempah Woku



Salam semua. Moga hari ini memberikan keceriaan dan kegembiraan buat kita semua. Sekarang ni dijepun dah beralih musim ke musim luruh. Bila musim luruh ni cuaca agak selesa je dirumh. hanya kadang kala saja agak sejuk juga tapi minggu ni cuaca dan suhu amat selesa. Bila berada di negara 4 musim ni memang perlukan perancangan yang rapi tentang barang-barang keperluan dan baju. Minggu lepas ita sibuk simpan semua baju dan peralatan musim panas dan bersedia dengan barang-barang untuk musim luruh dan musim sejuk. Senang bukan apa diJepun ni rumah nya kecil je jadi tak boleh nak letak semua benda jika barang itu tak diperlukan boleh la disimpan di stor atau kotak.. kalau tak nanti habis ruang dalam rumah nak duduk pun tak de tempat..:P



Okla hari ini nak kongsi resepi Talapia Bakar Berempah Woku. Menu ni pun sebenarnya menu 2 minggu lepas kalau tak silap.. lama dah.. hihiihi..Ita beli talapia ni bukan yang segar macam di Malaysia tu senang dapat, ita beli yang frozen je. Memang dah beli minggu tu waktu order ayam dan daging halal tetiba nampak talapia ni terus beli sekali. Bila nampak je resepi ni dirumah Mas duniaku terus rasa nak buat. Alhamdulillah sedap ikan bakar ni.. suka ita dengan resepi ni.. Kalau guna ikan segar lagi manis dan sedap...:)

Bagi yang nak cuba boleh la cuba resepi ini.. memang berbaloi.. resepi asal dari dapur kak ummi dan kak ummi ambil di majalah sedap.. terima kasih semuanya.. ita kongsikan disini pula ye..:)



Talapia Bakar Berempah Woku

Resepi : Kak Ummi
Sumber : MasDuniaku

Bahan : (akak wat sukatan untuk seekor ikan)
  • 2 ekor (550 gm) ikan siakap - dikelar-kelar -
  • 2 sudu teh air perahan limau nipis
  • 1 sudu teh garam
# Lumur ikan siakap dengan limau nipis dan garam. Perapkan 15 minit. Bersihkan dan ketepikan.
  • 8 helai daun limau purut - buang tulangnya dan hiris halus
  • 4 helai daun pandan - hiris halus
  • 2 helai daun kunyit - hiris halus
  • 3 batang serai - ambil putihnya dan hiris halus
  • 5 tangkai selasih - diambil daunnya
  • 2 biji tomato merah - potong dadu
  • 250 ml air
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula pasir
  • 2 tangkai daun bawang - dipotong-potong
  • 3 sudu makan minyak masak untuk menumis
Bahan Kisar :
  • 12 biji bawang merah
  • 7 biji cili padi merah
  • 5 biji buah keras - bakar kejap
  • 3 cm kunyit hidup - bakar
  • 2 cm halia
Bahan Pelengkap :
  • Daun senduduk secukupnya
  • 1 biji timun - dipotong serong
  • 4 tangkai selasih
  • 6 biji cili padi merah hiris untuk tabur




Cara Memasak :
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar, daun limau, daun pandan, daun kunyit dan serai sehingga terbit aroma.
  2. Masukkan tomato dan kacau hingga layu.
  3. Masukkan air, gula pasir dan garam. Masak sehingga matang dan mendidih.
  4. Masukkan daun selasih dan ikan siakap. Masak sehingga kuah menyerap.
  5. Sediakan alluminium foil yang telah digriskan sedikit minyak dan letak angkat ikan tadi di atas alluminium foil.
  6. Tuangkan juga semua kuah pekat tadi rata-rata menyaluti ikan.
  7. Bakar selama 30 minit dengan suhu ketuhar 180C sehingga ikan masak.
  8. Hidangkan bersama pelengkapnya dan bahan taburan cili padi hiris.
  9. Selamat menjamu selera!!! Hingga menjilat jari uuuuu...


29 September 2011

Gulai Tempoyak Perak cara mak.



Salam semua. Terima kasih pada kawan-kawan yang datang ke blog ita dan mengucapkan dan mendoakan sempena hari jadi Fathnin. Ita amat menghargainya. Alhamdulillah.. InsyaAllah hari ini akan BW sekejap untuk melihat menu2 menarik dirumah kawan-kawan..:) Sebenarnya semalam seharian kami di Disneyland. Jadi hari ini penat sangat rasanya. InsyaAllah akan share ceritanya disini untuk kenangan dimasa depan.

Hari ini nak share resepi ikan masak tempoyak resepi mak ita. Rindunya nak makan masakan mak...:( kalau kita lihat macam-macam resepi gulai tempoyak mengikut negeri masing-masing. Tapi resepi ini adalah resepi gulai tempoyak negeri perak. Hanya bila ita lihat kebanyakan resepi gulai tempoyak dinegeri Perak ada yang letak bawang merah tapi mak ita tak letak. Ita ikut cara mak ita tak letak.




Memang gulai tempoyak ni kegemaran kami sekeluarga dan stok tempoyak ada je dalam peti sejuk mak ita tu. kalau mak mertua ita pun suka juga gulai tempoyak hanya kalau mak ita suka masak guna ikan kembung atau ikan patin tapi mak mertua ita suka masak guna ikan jelawat. Yang pasti sedap dan ita suka. Waktu balik Malaysia awal tahun mak ada bagi sikit tempoyak pada ita. Rasa rugi plak ambil sikit. Tapi tula mula ingat takut nak bawa tempoyak banyak takut nanti salah atau tak lepas ke tengok-tengok ok je. jadi nya tinggal sikit sangat tempoyak tu rasa nya cukup sekali je lagi nak menggulai tu...:(



Gulai Tempoyak Perak cara Mak

Bahan-bahan

2 ekor ikan kembung besar- ita guna ikan dijepun ni tak tahu nama apa..:P
3 biji cili merah ditumbuk
2 biji cili padi - jika ingin pedas
1 sudu kecil serbuk kunyit
3 sudu besar tempoyak
sebatang serai
Timun - dipotong memanjang.
sedikit garam
sedikit gula
air secukupnya


Cara-cara

  1. Tumbuk cili merah dan cili padi hinngga lumat.
  2. Masukkan kedalam periuk bersama-sama tempoyak, kunyit, serai dan air untuk kuahnya.
  3. Masak sehingga semua bahan sebati kemudian masukkan ikan dan timun. masak hingga mengelegak dan nampak timun dah layu serta ikan dah masak.
  4. Perasakan dengan garam dan gula.
  5. Jika mengunakan tempoyak yang baru agak tidak sesuai untuk diletak gula selalunya kena masukkan sedikit tempoyak yang lama atau sekeping asam keping.


19 August 2011

Ikan Bakar Sumbat Kelapa



Salam semua. Ramadan semakin hampir berganjak ke penghujungnya. Semakin hari semakin sibuk kita dengan persiapan semakin kita diuji dengan berkurangnya melakukan amalan yang perlu direbut dibulan yang mulia ini. Moga sentiasa teguh hati-hati ini mengaut semua pahala yang dijanjikan NYA.

Akhir-akhir ini banyak jemputan berbuka yang perlu dihadiri. Hampir setiap hari. Kelmarin ita mengajak kawan-kawan berhampiran rumah berbuka bersama-sama dirumah.Semalam ada majlis di Universiti suami belajar dan hari ini ada jemputan dirumah kawan disini. Esok juga jemputan telah menanti untuk diberi jawapan. Alhamdulillah meriah sungguh Ramadhan kali ini. Jadinya beberapa hari tak pegang kamera..:)masa nak mengupdate pun berkurangan disebabkan balik dari berbuka dirumah kawan kepenatan jadinya tak sempat nak masukkan entry. Moga diberi sedikit masa yang boleh dicuri untuk dimasukkan entry disini.

Okla ikan bakar sumbat sambal kelapa ini adalah menu yang ita bawa ke rumah kawan minggu lepas untuk berbuka bersama. Alhamdulillah ramai yang suka dengan resepi ini. Ita pun suka jika dibandingkan dengan ikan bakar sumbat sambal, resepi ini bagi yang gemar kelapa mungkin lebih mengemarinya. Ita tambah santan sedikit disebabkan ita guna kelapa kering. Kaedah masih sama ita bakar diatas kuali grill je dan ditutup dengan aluminium dan kali ini baunya lebih terasa disebabkan dibalut dengan daun kunyit pemberian mak yang baru tiba minggu lepas...

Oklah resepi ini dari dapur tanpa sempadan siapa yang tak kenal dengan cik mat gebu kita tu.. Resepinya tak terkejar macam-macam. Menjadi je masakannya...:) Terima kasih ye ita kongsikan disini pula..:)



Ikan Bakar Sumbat Kelapa

Bahan-bahannya
3 ekor ikan kembong hijau (jenis besar)

Bahan dikisar halus:-
4 ulas bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
2 batang serai
2 biji buah keras- ita tak letak
1 cm halia
1 cm belacan- ita gantikan dengan ikan bilis segenggam
1 camca teh ketumbar biji
1.5 cm kunyit hidup

Bahan lain:-
1/2 cawan kelapa parut putih- ita masukkan sedikit santan sebab guna kelapa kering
1/2 camca teh jus pekat asam jawa
1 camca teh gula
1/4 camca teh garam
2 camca besar cili kisar
1 helai daun kunyit, dimayang halus

Cara membuatnya:-
1- Potong muncung ikan, tarik keluar insang dan isi perut ikan, berhati2 jgn perutnya terbelah. Kemudian belah belakang ikan perlahan2 hingga menjadi seakan2 poket. Cuci bersih, toskan dan lumur dgn sedikit garam dan kunyit. Ketepikan.

2-Satukan bahan2 kisar dan bahan2 lain dan gaul hingga semua sebati dan mesra. Sumbat bahan2 tadi ke dalam ikan sehingga habis. Ikat dgn tali di tiga bahagian badan ikan (gunakan tali jenis cotton dan redam dalam air terlebih dahulu) seperti dalam gambar diatas. ( ita tak buat guna benang ni.. ita balut dengan dun kunyit je)

3- Bakar dalam oven pada suhu 190C, selama 20 minit. Lepas 10 minit terbalikkan ikan dan bakar lagi 10 minit. Buang tali pengikat sebelum dihidangkan.(ita guna kuali grill dan tutup atasnya dengan aluminium foil sehingga masak, terbalik-terbalikkan ikan tersebut.)

18 August 2011

Ikan Tempra Nyonya




Salam semua. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk meneruskan rukun islam ketiga ini dengan baik.Moga hari ini lebih baik dari semalam dan hari-hari seterusnya akan bertambah baik InsyaAllah.

Kelmarin ita ke Pasar Matsubara di kawasan rumah lama ita. Jadinya jumpa ikan 500 yen seekor besar tau. Jadinya beli dan fikir nak masak apa dengan ikan ni. Dalam list dah lama sebenarnya nak buat resepi Ikan tempra Nyonya hanya ikan yang sesuai je yang tak jumpa. Hajat dihati nak tunggu jumpa ikan yang besar macam ikan siakap atau kerapu tapi pergi memang takde ikan-ikan sebegitu disini. Susah betul nak jumpa. Jadinya guna la ikan ni.

Bagi ita dan suami resepi ni amat sedap. Tambahan kami berdua suka masakan sambal-sambal merah ni. Resepi ni memang kena sangat dengan selera kami. Nampak bahan ringkas je dan cara masaknya berbeza sikit dari masak ikan sambal tapi rasanya cukup sedap. Bagi yang suka masakan sambal atau merah-merah macam ni adalah digalakkan untuk mencuba..:)

Okla resepi ini dari kak Diana. Kata kak Diana resepi asal dari buku "Nyonya Recipes". Terima kasih kak Diana atas perkongsian ini.. Ita kongsi disini pula ye.



Ikan Tempra Nyonya

Bahan-bahan
4 ekor ikan selar atau ikan kembung _ di bersihkan
Daun bawang
Garam
Gula
Asam jawa
Air secukup kegunaan
Minyak
Perencah pati ayam / Kiub pati ayam -Tak bubuh pun tak apa

Bahan A ( Di goreng garing )
12 ulas bawang merah _ d hiris
12 ulas bawang putih _ d hiris

Bahan B
5 - 8 biji cili padi
3 batang serai dititik
2 biji cili merah dipotong menyerong

Cara²

1. Lumurkan ikan bersama garam dan asam jawa.. Goreng di dalam minyak yang banyak dan panas sehingga garing.. Angkat dan ketepikan.
2. Tumiskan bahan B sehingga wangi.
3. Kemudian masukkan air asam jawa, sedikit air, perencah pati ayam / kiub pati ayam, gula dan garam secukup rasa.
4. Setelah mendidih bolehlah d masukkan ikan goreng dan renih selama 5 minit d atas api kecil.
5. Masukkan 1/2 bawang merah goreng dan 1/2 bawang putih goreng. Gaul rata dan tutupkan api.
6. Semasa menghidang taburkan 1/2 lagi bawang merah goreng dan 1/2 bawang putih goreng d atas ikan. Taburkan daun bawang juga.



Nak letak kad hari raya dari ayu yang kreatif ni. Rajin buat kad raya dan rajin tukar header blog..:) cantik-cantik semua. Terima kasih ayu .. terima kasih ye...

02 August 2011

Ikan Sumbat Sambal


Salam semua. Alhamdulillah da sehari kita berpuasa. Moga Puasa yang dilakukan diterima oleh Nya dan mendapat manfaat yang sebaiknya. Semalam seharian tak dapat 'Online' kerana kesibukan rumah tangga. Moga diberikan kelapangan masa yang sesuai agar dapat dicuri untuk jalan-jalan dirumah kawan-kawan.

Bercerita tentang berpuasa diperantauan bagi ita ini adalah kali 4 ita berpuasa diperantauan dan InsyaAllah juga kali ke 3 untuk berpuasa dan beraya disini. Jika tentang juadah berbuka ita akan masak seperti biasa je seperti hari2 biasa hanya agak sibuk kerana perlu membuat kuih muih juga. Jika di Malaysia mungkin boleh masak 'main' menu sahaja dan kuih boleh juga dibeli jika tidak cukup masa.. tapi disini semua menu perlu di masak sendiri. Biasanya kalau mood rajin ita akan buat 2 jenis kuih sebab suami ita suka makan kuih muih sebelum makan yang berat2. Jadi kalau tak buat rasa serba salah dan tak seronok bila lihat suami makan seperti tak lengkap.

Hari ini ita nak share menu ikan sumbat yang ita buat semalam. Ita dan suami kalau berbuka suka masakan yang panas baru rasa seronok dan ringkas seperti ini. Jadi menu ikan selalu menjadi pilihan hanya ikan disini amat terhad untuk buat menu masakan seperti diMalaysia tu. Jadi ikan saba yang ita beli ini sesuai untuk dibuat ikan sumbat.



Resepi ini amat mudah dan sedap bila dimakan. Alhamdulillah suami sungguh berselera untuk makan ikan ini. Hilang penat memasak semalam. Ita gandingkan juga dengan Udang masak lemak cili api tapi tak sempat untuk share resepinya disini disebabkan kepenatan nak mengambil gambar..:) InsyaAllah lain kali jika berkesempatan ita kongsikan disini ye.

Okla resepi ini ita ambil dari rumah kak Ina KL.. Terima kasih kak atas perkongsian resepi yang sedap ini. Ita buat lebih sambal tu dan lumur sekali pada ikan juga.




Ikan Sumbat Sambal
sumber: kak ina KL


Untuk Sambal
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 6 tangkai cili merah keriting
  • 1/2 biji tomato
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula kabung
  • 5 tangkai cili padi
  • 1 bji limau-ambil jus-seeloknya limau purut
  • 1 sudu besar belacan- ita tak letak tapi ganti dengan ikan bilis
  • sedikit minyak
Cara menyediakan sambal
1. Panaskan sedikit minyak, goreng cili, bawang dan tomato.
2. Setelah semuanya hampir garing, masukkan belacan, Toskan semua bahan gorengan dan tumbuk lumat bersama gula dan garam.
3. Akhir sekali perahkan jus limau purut/kasturi/nipis. Pastu sumbat dalam ikan guna sudu.

Bahan utama

5 ekor ikan cencaru di belah belakang.( ita guna ikan saba)

Daun kunyit secukupnya

Cara hendak membuatnya
  1. Bersihkan dan perap dengan jus limau kasturi sebentar dan toskan.
  2. Lumur dengan serbuk kunyit dan garam.( ita lumurkan pada ikan sambal yang lebih)
  3. Masukkan sambal ke dalam ikan dan alas dulu dengan daun kunyit dulu baru di bakar dalam suhu 180 C dalam masa 30-40 minit.( ita bakar atas kuali dalam gambar tu dan tutup atas kuali dengan aluminium foil.)
  4. Enak di makan panas

*Untuk pencicahnya ni style ita Bawang merah dimayang, tomoto dipotong nipis, cili hijau, cili padi, asam jawa satu sudu diramas hingga pekat dan dibuang bijinya, sedikit gula, sedikit garam dan sedikit kicap serta 2-3 titik perahan limau/lemon. semua digaul sekali.




06 September 2010

Ikan Masak Stim


Tempohari pergi pasar nampak ikan ni macam ikan merah tapi tak tahu la nama apa kat jepun ni..:p.Balik terfikir nak masak apa la dengan ikan ni. Kalau kat rumah ni ikan yang dibakar memang cepat je licinnya.. tapi dah selalu pula buat jadi hari ni tukar buat stim tapi resepi stim ni sedap dan amat mudah resepi dari kak dayang jack.. Thanks kak amat kena dengan selera kami.. nak buat pun mudah..

Bahan-bahan ( 1 hidangan )

  • 1 ekor ikan segar (ape2 je jenis ikan yg digemari. dyg prefer ikan Red Dragon sb rasanya sedap, xde bau dan harga pun xlah mahal sgt)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 1/2 inci halia (diketuk)
  • 1/2 inci lengkuas (diketuk)
  • 3 ulas bwg putih (diketuk)
  • 5-7 biji cili api (diketuk)
  • 1 sb sos tiram
  • 1/2 sb sos ikan
  • 4 sb jus limau campur (limau nipis + limau kasturi)
  • 4 sb susu cair
  • 1 biji tomato (dibelah 4)
  • 1 labu bwg besar (dihiris)
  • sedikit daun sup & daun bawang (dihiris)
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • sedikit garam
  • 1-1½ liter air
  • sedikit cendawan dan bunga kobis
  • 1 sb tepung jagung (dibancuh dgn sedikit air)
ita tambah 2 keping asam keping..

Cara-cara

  1. Didihkan air di dalam kuali. Masukkan serai, bawang putih, halia, cili api dan lengkuas. Kemudian masukkan ikan. Gunakan api sederhana.
  2. Kemudian masukkan bawang besar, sos ikan, sos tiram, cili merah, cendawan, bunga kobis, daun sup dan daun bawang. Kacau dgn perlahan.
  3. Akhir sekali, masukkan susu cair, jus limau, garam, tepung jagung dan tomato. Biarkan merendidih seketika. Tutup api, dan hidangkan.

13 August 2010

Ikan Bakar Berempah


Buat ikan bakar berempah semalam. Bulan2 puasa ni ikan ni bakar memang laku di rumah ni. Dah biasa sangat buat ikan bakar jenis sumbat hari ni tukar selera sikit.. resepi dari dapur kak ummi.. thanks kak ummi..


Bahan:-
1/2 ekor ikan
3 biji bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk ketumbar
2 sudu teh cili boh
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk cili
1 sudu teh serbuk kari ikan
1/2 sudu teh garam
1 - 2 helai daun limau purut - hiris
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar madu
Cara Memasak:-
Ikan dikelar dan perapkan dengan semua bahan. Balut dengan daun pisang/foil. Bakar hingga masak.

03 September 2009

Ikan Bakar Tomyam


Dirumah ni untuk masak ikan bulan ramadan ni ikan bakar yang laku dimakan. Jadi try resepi k. Hanieliza.. tapi ita copy resepi ni dari dapur kak hana.. bolehkan kak.. hehehe

Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap (dibersih dan dikelar)
2 sudu besar pes tomyam
5 helai daun limau purut
1 sudu besar jus limau nipis ataupun kasturi
1 biji tomato (potong 6)
Aluminium foil

Bahan Kisar
2 biji cili merah
3 biji cili api
3 batang serai (ambil bahagian putihnya)
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih


Cara Memasak

1.Gaulkan semua bahan yang dikisar serta pes tomyam dan tuangkan ke dalam alluminium foil. (*jangan masukkan garam kerana pes tomyam selalunya dah masin)
2.Letakkan ikan, daun limau purut dan tomato. Kemudian bungkus kemas ikan tersebut.
3.Letakkan di dalam kuali (non-stick pan) dan bakar di atas api sederhana selama 30 minit (ita buat stail kak hana dan ijan, bakar dalam oven dengan suhu 200 selama 30min atau sehingga masak).
4.Tutup api dan perah air nipis/kasturi semasa menghidang

28 August 2009

Ikan bakar sumbat kelapa



Abaikan muka ikan yang tak cun sebab kepanasan selepas dibakar.. hihii.. yang penting sedap.. cicah dengan air asam sedap rasa.. bila berbuka menu macam ni yang dicari baru rasa lega anak tekak setelah seharian berpuasa..


Bahan-bahan

3 ekor ikan sederhana besar
4 sedu besar kelapa yang diparut ( ita guna kelapa kering je)
1 biji cili merah (nak pedas boleh tambah cili burung)
1/2 biji bawang besar.
2 ulas bawang putih
1/4 inci kunyit hidup
sedikit garam


Cara-cara
1. Tumbukkan semua bahan tadi kecuali ikan.
2. potong belakang ikandan lumur dengan serbuk kunyit dan garam dan masukkan sambal tadi di belakang ikan tersebut.
3. Dan bakar menggunakan pembakar ikan.


25 August 2009

Ikan Masam Manis



Pergi pasar hari ahad baru ni jumpa ikan agak besar juga.. tapi ita tak tahu nama ikan ni.. Murah la seekor besar 350 yen .. tapi tak beli banyak sebab takut tak sedap.. jadi semalam buat masak masam manis.. Sedapnya ikan ni.. rasa ikan kerapu.. so sebabkan besar makan 2 orang dapat la meratah semalam.. manis isinya dan lemak-lemak rasanya..

Bahan-bahan

seekor ikan di gaul dengan kunyit dan garam dan digoreng
*1 1/2 biji cili merah ( ikut kepedasan masing2)
*1 biji cili hijau
*1 biji bawang besar
*4 ulas bawang putih
*1/2 inci halia
2 sudu sos tomato
1 /2 sudu sos tiram
1 sudu perahan lemon( air asam jawa pun boleh )
1/8 biji nenas diracik halus
1/2 batang carrot diracik halus
daun bawang untuk hiasan
1 sudu gula
garam

Cara-cara.
1. Blender bahan yang bertanda *
2. tumis dengan sedikit minyak bahan yang telah diblender
3. setelah garing masukkan sos tomato dan soso tiram
4. masukkan air jika ingin berkuah sedikit.
5. masukkan perahan lemon, nenas, carrot , gula dan garam.
6 setelah sebati dan masak tutupkan api
7. bolehlah dituang diatas ikan tadi.

ikan ita kat atas tu terlebih minyak .. jadi jangan masukkan minyak banyak sangat..

20 August 2009

Salmon Butter Lemon



Tengok salmon dalam peti sejuk tu terfikir nak masak apa dengan salmon ni. Selalunya salmon ni ita buat sushi je. Dah boring makan sushi dengan salmon ita cuba Salmon butter lemon ni. Resepi dari kak yani myr.. thanks ya

Bahan-bahan ( 2 orang )

* 2 slices salmon
* 2 + 1 sudu besar olive oil
* 1 sudu besar butter
* 1/2 sudu besar jus lemon
* 4 sudu besar air
* garam secukup rasa
* lada hitam secukupnya(3 kali pusing kalau guna bekas lada hitam)
* daun bawang untuk hiasan( ita tak de guna parsley kering je)
* tepung gandum/ corn starch

Cara-cara

1.Kerat 2 salmon dan buang kulitnya. sapukan dengan tepung gandum.
2.Panaskan 2 sudu besar olive oil. Bila olive oil panas, besarkan api dan masukkan salmon.
3.Bila bahagian bawah salmon dah nampak kuning, balikkan dan masukkan pula 1 sudu besar olive oil lagi. Masukkan garam, dan lada hitam. Kemudian balik-balikkan salmon sehingga garing.
4. Keluarkan salmon dari kuali, masukkan pula air, butter dan jus lemon. Panaskan sehingga air meruwap dan sos lemon melekat kat sudu.
5. Tuangkan sos lemon ke atas salmon dan taburkan dengan daun bawang.
6. Kalau nak lagi sedap, sebelum letak salmon tu pinggan tu panas sekejap dgn microwave. Lepas tu bolehlah letak salmon dan sos lemon di atasnya.

17 July 2009

Ikan Masak Sambal


Hari ni terkejar-kejar sikit. Mana taknya banyak kerja yang menanti sementara Fateh tidur ni ita upload entry untuk hari ni.. Petang ni nak bawa Fateh pergi klinik. Jadinya banyak urusan rumah tangga yang perlu diselesaikan.. huhuhuh.. so hari ni masak simple je.. sebab dah pening nak masak apa tak tahu dengan ikan ni.. Jadi masak ikan masak sambal je.. ini adalah resepi yang ita suka bila dah tak tahu nak masak apa.. Kalau nak tahu ita paling suka masak sambal-sambal macam ni..

Bahan-bahan ( 2 orang )

* 4 ekor ikan kembung
* 4 biji bawang putih di blender
* 1/2 biji bawang besar di blender
* sedikit air asam jawa
* 4 sudu besar cili kering yang dibelnder
* sedikit sos tiram
* sedikit gula dan garam

Cara-cara

1. Lumurkan ikan dengan garam and kunyit
2. Goreng ikan hingga garing dan ketepikan
3. Panaskan minyak...tumis bawang yang telah dikisar bersama cili kering.tunggu sehingga pecah minyak
5. Masukkan soso tiram , gula, air asam jawa dan garam.
6. Masukkan ikan gaul dan siap.

09 July 2009

Keropok Lekor Jiya



First time buat keropok lekor.. tapi banyak yang kena improvekan lagi.. sebab blend ikan tak cukup halus.. huuhuhuu.. patut kena halus baru sedap.. tapi blender dah tak mahu nak pusing dah.. hehehe.. anyway lepas la tekak nak makan keropok lekor.. Thanks to mak yung jiya atas resepi ni.. mudah dan ringkas.. hehehe nanti leh buat lagi...Akak c & P ye .. hehehe

Bahan-bahan

* 1kg ikan selayang/ kembung ( ita guna ikan tamban)
* 5-10 ulas bawang putih
* 1kg tepung ubi/kanji
* 2 cawan tepung gandum
* 1 sudu kecil baking powder
* Garam secukup rasa
* Perasa
* Air

Cara-cara

1. Asingkan isi ikan dari tulang.
2. Kemudian blender isi ikan bersama bawang putih dan sedikit air. Terpulang samada nak blender kasar atau halus kemudian tuang kedalam bekas.
3. Masukkan sedikit garam, perasa, serbuk penaik dan tepung. Gaul sehingga tidak lekat pada tangan. Kalo lekat, tambah tepung kanji lagi. Adunan jangan terlalu keras dan jangan terlalu lembik. Sedang² ler asal boleh uli...
4. Sapukan tangan dengan sedikit minyak. Ambil sedikit adunan dan hempaskan ke atas meja bersih agar adunan mampat dan lembut (kalo ada yang nak release tension bleh la sambil²... Hehehehe). Barulah uli bentuk memanjang. Kalo ada mesin adunan yang sesuai tak perlu la hempas yer...
5.Dalam periuk, didihkan air bersama sedikit minyak agar keropok lekor tidak lekat antara satu sama lain. Kemudian masukkan keropok lekor tadi. Keropok lekor akan terapung di permukaan air apabila dah masak.
6.Bila dah timbul angkat dan tos. Sejukkan dan potong ikut citarasa memasing. Goreng dan siap untuk dihidangkan.

17 June 2009


Menu ni memang ita selalu buat.. tapi semalam tengok ros buat baru ita nak masukkan entry.. Proses ros buat dengan ita sama je.. jadi ita ikut resepi ros pula kali ini.. hanya ada juga menderhaka sikit sana sini.. gomen ya ros.. hihihiiihi.. sedap ikan tempura ni macam rasa keropok lekor sikit.. Hubby ita memang suka beli ikan ni.. walalupun agak mahal sikit.. sebab dah siap dibersihkan dan dipotong agaknya... Hubby ita siap tunjukkan macam mana kat kedai jual suruh ita buat macam tu.. dia suka tebal2 breadcrumbnya.. Fathnin pun suka.. asyik minta je buat ikan ni.. hehehehe..

Aji Fry
Bahan-bahanye
1 ekor ikan selar dibelah dua dan dibuang tulang. ( mcm fillet ikan)
3/4 cawan breadcrumbs
1 biji telur ( ita tak letak )
1/2 cawan tepung gandum ( ita guna tepung tempura)
sedikit lada sulah
sedikit garam
ita tambah kunyit

sos mayonis
2 sudu besar mayonis
1 sudu besar plain yogurt
sedikit hirisan daun pasley ataupn daun calery ( tak letak lupa la plak )

Caranya

1. Bersihkan ikan dan buang kan tulang yang ade pada isi ikan itu, potong dua jika bahagian ikan terlalu panjang.
2. gaul ikan dengan sedikit garam dan lada sulah, biarkan sebentar, dalam 5 minit, selepas itu golekkan ikan di atas tepung gandum ( pastikan ikan di salut tepung sepenuhnya).
3. Akhir sekali salut ikan tadi dengan breadcrumbs ( ita ulang 2 kali bagi tebal sebab hubby suka )dan goreng di dalam minyak panas sehingga perang. Angkat dan terus hidangkan, sedap dimakan bersama sos mayonis dan sedikti perahan lemon. Selamat Mencuba kawan-kawan

;;

Share it

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG