28 August 2009

Homemade Air soya



Soya minuman yang berkhasiat dan sering dibeli dibulan ramadan jika ke pasar ramadan di Malaysia dulu. Jadi untuk melepaskan rindu pada air soya hari ni ita buat sendiri. Alhamdulilah tidak sia-sia usaha membuat air soya ni.. sedap.. lepas la tekak nak minum air soya..

Bahan-bahan

200 g kacang soya
gula secukupnya
2 inci gula melaka
2 helai daun pandan

Cara-cara
1. Rendam kacang soya lebih kurang 5-6 jam bersama 3 gelas air.
2. Setelah itu basuh dan tos.
3. Blender kacang soya dengan sukatan 1 cawan kacang soya 2 cawan air. Jika ada fruit juice blender yg boleh asingkan hampas dengan air lebih baik.
4. Jika tiada, tapis airdan hampas soya dengan menggunakan kain kasa.
5. Masak air soya tadi dengan daun pandan dan sedikit gula melaka. Gunakan api yang perlahan sehingga mendidih.
6. Setelah mendidih boleh lah ditutup dan di tambah dengan gula mengikut citarasa masing-masing.

Ikan bakar sumbat kelapa



Abaikan muka ikan yang tak cun sebab kepanasan selepas dibakar.. hihii.. yang penting sedap.. cicah dengan air asam sedap rasa.. bila berbuka menu macam ni yang dicari baru rasa lega anak tekak setelah seharian berpuasa..


Bahan-bahan

3 ekor ikan sederhana besar
4 sedu besar kelapa yang diparut ( ita guna kelapa kering je)
1 biji cili merah (nak pedas boleh tambah cili burung)
1/2 biji bawang besar.
2 ulas bawang putih
1/4 inci kunyit hidup
sedikit garam


Cara-cara
1. Tumbukkan semua bahan tadi kecuali ikan.
2. potong belakang ikandan lumur dengan serbuk kunyit dan garam dan masukkan sambal tadi di belakang ikan tersebut.
3. Dan bakar menggunakan pembakar ikan.


26 August 2009

Bingka Pisang


Juadah pemanis mulut untuk berbuka puasa. Saja buat sebab nampak pisang dah mula nak menopous.. jadi baik la buat sesuatu sebelum dingap oleh tong sampah.. sedap bingka ni.. senang nak buat..resepi dari kak zana.. thanks ye kak.. ita c&p ye

Bahan-bahan
1 sisir pisang kapas ( 10 - 13 biji).. di lenyek.. mmg byk tau
1 cwn tepung*
3/4 cwn gula*
1 cwn santan*
1 cwn susu sejat/cair*
1 biji telur*
2 sudu besar butter*

Cara-cara
1. Blender semua bahan*
2. Tuang adunan ke dalam mangkuk berisi pisang lenyek dan di gaul rata.
3. Masukkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan butter
4. Bakar 180C selama 1 jam.. or lebih untuk dapatkan kerak yang hebat.
5. Sejukkan.. baru di potong.. masuk peti ais lagi bestt..

25 August 2009

Ikan Masam Manis



Pergi pasar hari ahad baru ni jumpa ikan agak besar juga.. tapi ita tak tahu nama ikan ni.. Murah la seekor besar 350 yen .. tapi tak beli banyak sebab takut tak sedap.. jadi semalam buat masak masam manis.. Sedapnya ikan ni.. rasa ikan kerapu.. so sebabkan besar makan 2 orang dapat la meratah semalam.. manis isinya dan lemak-lemak rasanya..

Bahan-bahan

seekor ikan di gaul dengan kunyit dan garam dan digoreng
*1 1/2 biji cili merah ( ikut kepedasan masing2)
*1 biji cili hijau
*1 biji bawang besar
*4 ulas bawang putih
*1/2 inci halia
2 sudu sos tomato
1 /2 sudu sos tiram
1 sudu perahan lemon( air asam jawa pun boleh )
1/8 biji nenas diracik halus
1/2 batang carrot diracik halus
daun bawang untuk hiasan
1 sudu gula
garam

Cara-cara.
1. Blender bahan yang bertanda *
2. tumis dengan sedikit minyak bahan yang telah diblender
3. setelah garing masukkan sos tomato dan soso tiram
4. masukkan air jika ingin berkuah sedikit.
5. masukkan perahan lemon, nenas, carrot , gula dan garam.
6 setelah sebati dan masak tutupkan api
7. bolehlah dituang diatas ikan tadi.

ikan ita kat atas tu terlebih minyak .. jadi jangan masukkan minyak banyak sangat..

Salam Ramadan. Dah beberapa hari tak update blog sebab berbagai-bagai urusan diselesaikan termasuklah mengadakan majlis berbuka puasa dirumah. Ita buat hanya untuk kawan-kawan di area rumah sahaja. Nak ajak ramai, rumah comel nanti tak muat nak solat terawih dan berbuka dengan selesa. Hari ni baru ada masa lapang sikit nak update new story jumaat lepas sehari sebelum puasa.

Disebabkan student malaysia ramai yang balik malaysia sempena cuti musim panas tak de solat jumaat diadakan di universiti. Abang kena pergi ke Yokohama city untuk solat. Jadi abang ajak ita ikut memandangkan nanti nak puasa takut kurang aktiviti berjalan-jalan. Tapi kali ni special sikit ita pergi city naik basikal. Mula rasa tak yakin sebab ita tak penah pergi city naik basikal. Abang ada la 2 -3 kalipergi naik basikal. Abang kata dekat je dalam 20 minit je. Ita pun cuba la. Kami pergi ke area sakuragicho sebab abang solat jumaat kat situ. Memang best naik basikal sebab kat jepun ni ada lorong untuk basikal jadi amat mudah dan selesa. Tambahan abang hadiahkan ita basikal elektrik untuk ita. Ini adalah hadiah ke dua yang ita janji nak ambil gambar tak tunjuk2 tu.. ehhehe.. tak sempat ni baru berkesempatan... thanks abang sebab susah-susah habiskan duit untuk basikal ni. Alhamdulilah tak penat kayuh basikal sebab kalau kita rasa tak larat nak kayuh nanti basikal ni tolong.






Area sakuragicho


Sementara tunggu abang solat ita jalan-jalan Nishimatsuya dan Sekichu. Lepas abang habis solat abang tunggu ita solat dan abang ajak pergi Cosmo World di Minatomirai. Dekat je dari sakuragicho ni. Sempat la kami main beberapa permainan dan dulu ita pernah datang tapi tak sempat nak main semua. jadi hari ni maian lagi yang tak pernah main. Seronok sangat.













Sambil jalan-jalan area tempat mainan tu nampak bunga matagari yang dah kena kopek. Jadi ita saja ambil gambar bagi yang tak pernah tengok susunan koci dalam bunga matahari. Macam ni susunan koci tu.



Bila dah penat kami lepak di World Porter sambil jamu mata. lepas tu jalan-jalan area depan world porter tu sambil tengok bot dan permandangan di situ.








Cantik pemandangan disini


Lepas solat asar je kami balik. Rasa seronok sangat jalan haritu. Abang janji nak bawa lagi kami nanti naik basikal ke area yang dekat dengan kawasan tu. InsyaAllah.

21 August 2009

Salam semua...
Malam ni kita dah nak start solat terwaih kan? Ita buat dgn Cik Abang jelah...minggu depan baru start nak buat majlis berbuka & terawih dgn kawan2 kat sini.
So, kat sini Ita nak share sikit bacaan solat terawih & makna untuk kita sama-sama amalkan ya...selamat beramal & berterawih....selamat berpuasa!







Bacaan Tasbih dan Selawat (selepas rakaat 4,8,12,16,20)


20 August 2009

Salmon Butter Lemon



Tengok salmon dalam peti sejuk tu terfikir nak masak apa dengan salmon ni. Selalunya salmon ni ita buat sushi je. Dah boring makan sushi dengan salmon ita cuba Salmon butter lemon ni. Resepi dari kak yani myr.. thanks ya

Bahan-bahan ( 2 orang )

* 2 slices salmon
* 2 + 1 sudu besar olive oil
* 1 sudu besar butter
* 1/2 sudu besar jus lemon
* 4 sudu besar air
* garam secukup rasa
* lada hitam secukupnya(3 kali pusing kalau guna bekas lada hitam)
* daun bawang untuk hiasan( ita tak de guna parsley kering je)
* tepung gandum/ corn starch

Cara-cara

1.Kerat 2 salmon dan buang kulitnya. sapukan dengan tepung gandum.
2.Panaskan 2 sudu besar olive oil. Bila olive oil panas, besarkan api dan masukkan salmon.
3.Bila bahagian bawah salmon dah nampak kuning, balikkan dan masukkan pula 1 sudu besar olive oil lagi. Masukkan garam, dan lada hitam. Kemudian balik-balikkan salmon sehingga garing.
4. Keluarkan salmon dari kuali, masukkan pula air, butter dan jus lemon. Panaskan sehingga air meruwap dan sos lemon melekat kat sudu.
5. Tuangkan sos lemon ke atas salmon dan taburkan dengan daun bawang.
6. Kalau nak lagi sedap, sebelum letak salmon tu pinggan tu panas sekejap dgn microwave. Lepas tu bolehlah letak salmon dan sos lemon di atasnya.

19 August 2009

Pajeri Nenas


Sambil tengok fathnin mewarna ita sempat juga upload gambar ni jap.. kalau hari biasa ajar matematik atau menulis memang tak leh nak mengulat macam ni.. heheh tapi hari ni subjek mewarna boleh la mengulat jap.. heheheh.. ok saja nak share resepi pajeri nenas ni alhamdulilah suka sebab sedap.. hehehehe.. ( masuk bakul angkat sendiri)

Bahan-bahan

1/2 biji nenas
1/2 biji bawang besar*di tumbuk halus
3 ulas bawang kecil*di tumbuk halus
1/2 inci halia*di tumbuk halus
sedikit bunga lawang dan kulit kayu manis*
1 sudu kerisik
1/2 paket santan
3 sudu besar minyak masak
garam dan gula
2 sudu serbuk kari ikan

Cara-cara
1. panaskan minyak dan tumis bahan bertanda *. hingga naik bau.
2. masukkan serbuk kari dan kacau.
3. masukkan kerisik dan kacau lagi.
4. Masukkan santan dan nenas yang dipotong.
5. setelah itu masukkan garam dan gula

untuk mendapatkan pajeri yang sedap dan cantik minyak kena banyak. selamat mencuba

Enoshima Aquarium



Sebenarnya belum habis lagi cerita jalan-jalan musim panas ni.. Pada hari ahad yang sama ita juga sempat ke Enoshima aquarium di Shonan beach.. Cantik kawasan ni dan banyak aktiviti yang boleh dilakukan tambahan ita pergi waktu cuti ramai pengunjung yang datang. Cadang nak mandi laut tapi tengok lautnya panas memang tak sesuai rasanya.. tapi japanese suka .. tu patut kalau jalan-jalan waktu summer ni nampak ramai yang kulit nampak "tent".




tengok pantainya penuh dengan pengunjung



Di aquarium ni banyak la spesis laut yang ada. tak terketinggalan juga show yang dibuat. Berkejar juga sebab nak booking tempat untuk lihat show dolphin dengan pengunjung yang ramai tambahan nak berehat sembahyang dan berehat. Bila musim panas ni badan cepat la letih dan tekak mula la haus.. tu yang banyak rehat sambil jalan-jalan.



sewaktu show dolphin

18 August 2009

Dari kak Ct delima

Banyak sungguh award yang ita tak kutip dari rumah kawan-kawan... sebenarnya busy sekarang ni nak kutip dan gantung kat rumah tak de masa... dapat update blog pun sekarang ni dah cukup bagus untuk merehatkan minda yang ada.. ok la ini semua award dari kawan-kawan yang ita sempat kutip kalau ada yang tercicir maaf la ye.. bukan tak sudi ambil tapi mungkin dah lupa agaknya.. thanks kawan-kawan sebab ingat kat ita...



dari love..

dari sue

award dari mama hawa

dari kak mizan


dari kak ieta

dari kak intan

dari kak mimieloma

Nasi Jagung



Nasi jagung menu berbuka hari ni.. Saja buat puasa sunat hari ni untuk biasakan diri berpuasa tambahan jepun sekarang musim panas takut nanti terkejut plak badan. Sedap nasi ni.. makan dengan daging ala thai dan pajeri nenas memang kena.. lepas tu goreng keropok..resepi dari zara kelate. Thanks ye..

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

* 1 tin jagung whole kernel (yg biji²) - ditoskan airnye
* 4 cawan beras basmathi
* 4 cawan air (campuran air biasa + air jagung)
* ½ cawan susu cair
* ½ cawan gajus/badam yg telah dikisar
* 2 biji bawang besar*
* 3 ulas bawang putih*
* sedikit halia*
* 2 sudu besar mentega
* 2 sudu besar minyak
* 2 helai daun pandan disimpul
* sedikit garam
* kisar bahan yg bertanda *

Cara-cara

1. basuh beras hingga bersih. dan rendam dlm lebih kurang 20-30 minit.
2. panaskan mentega dan minyak dlm periuk. kemudian tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia yg telah dikisar. tumis hingga wangi dan garing.
3. masukkan campuran air dan daun pandan serta garam. didihkan.
4. stelah mendidih, masukkan susu, gajus/badam yg dikisar dan beras. kacau rata dan didihkan lagi.
5. stelah nasi hampir kering, masukkan jagung. balik² kan nasi dan tutup periuk. kecilkan api nye dan masakla hingga tanak.
6. ***kalo tak suke jagung, leh digantikan dgn sayur campur. hidanglah nasi dgn bawang goreng, kismis atau badam/gajus yg telah digoreng dulu.

;;

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG