26 November 2010

Kebab Ayam


Kebab ayam.. antara makanan yang senang nak makan dan senang juga nak buat. Di japan ni banyak kali juga dah beli kebab yang dijual di kedai2 halal.. tapi di Yokohama ni tak pernah beli selalu beli jika ke Tokyo atau hari tu di Osaka. Jadi sebab tengah beli barang2 dapur online di kedai halal haritu nampak Roti pita ni, terus je order. Sebenarnya boleh buat sendiri ye.. nak resepi tengok sini tapi saja penyakit M datang plak jadi beli je la tinggal nak masukkan inti je.. yang paling seronoknya order untuk 5 keping tapi dia bagi 10 keping lepas tu harga sama untuk 5 keping.. seronok sangat..Alhamdulillah.. thanks baticrom moga perniagaan akan terus maju..

jadi nak buat inti kebab ni biasanya ita buat cara ita la.. papa suka je cara ita ni.. kalau sesiapa yang berminat nak cuba boleh cuba ye... Tapi kalau tak sedap jangan marah.. hihihhihi..

bahan-bahan ( untuk 5 biji kebab)

bahan ayam perap dan goreng
4 keping daging ayam tanpa tulang
1 sudu jintan putih
1 sudu jintan manis
sedikit kunyit dan garam
setelah digoreng di potong kecil2

bahan tumis
1/4 biji bawang besar- dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 sudu kecil cili serbuk/cili kisar
sedikit lada putih
sedikit lada hitam
2 sudu sos tomato
2 sudu sos cili.
sedikit lobak merah
sedikit kobis

bahan lain
kobis
salad
bawang besar dihiris
timun
tomato hiris
sos tomato/cili
mayonis atau apa2 salad dressing

Cara-cara
1. Tumis bahan tumis di dalam kuali. Kemudnia masukkan sos tomato dan sos cili.. kemudian masukkan ayam yang telah digoreng dan di potong kecil2 tadi.
2. setelah itu masukkan kobis dan lobak merah. setelah masak perasakan dengan garam. ketepikan
3. potong bahan2 lain dan masukkan kedalam roti pita. masukkan inti kebab tadi dan letakkan sos dan dreesing yang digemari.
4. siap..

24 November 2010

Sambung cerita di kawasan Takao tempohari. Setelah puas melihat pemandangan di kawasan gunung Takao kami ke satu lagi tarikan di kawasan ini iaitu Trick Art Museum. Untuk masuk ke muzium ini bayaran 1300 yen seorang bagi dewasa dan 500 yen bagi kanak-kanak. Setelah membeli tiket masuk kami diberi penerangan tentang muzium ini dan diterangkan bagaimana trick yang ada disebalik gambar2 yang tersedia disini. Amat menarik dan ianya betul2 menguji minda dan pandangan mata.








Bangunan muzium ini 2 tingkat jadi jika ingin ke tingkat 2 kami perlu mencari tangga yang tersembunyi supaya boleh ke tingkat 2 tersebut. Sehelai kertas diberi sebagai penunjuk arah untuk mencari tangga tersembunyi tersebut. Fathnin enjoy sangat dengan trick yang ada di muzium ini. Jika ke Takao muzium ni perlu dilawati kerana ia amat menarik.











setelah penat dan puas melihat semua yang ada di dalam muzium ini kami keluar dan diberi 3 coin yang boleh ditukar dengan air percuma. Kami duduk sebentar menikmati minuman coklat panas sambil papa mencari tempat yang sesuai untuk solat maghrib.

23 November 2010

Dah lama tunggu hari yang papa tak busy nak ajak pergi tengok Koyo ( autumn leaves). Sebab macam bunga sakura juga daun-daun yang bertukar warna ni ada masa kemuncaknya sebelum luruh. Tambahan jika selalu hujan lagi cepat luruhnya. jadi kebetulan hari ini Fathnin cuti sekolah dan memang dah plan dengan papa dah booking cuti papa hari ni nak ajak papa tengok koyo ni. kalau lagi lambat takut dah tinggal ranting je.. lagi pun lepas ni lagi banyak perkara yang papa kena uruskan tambahan sikit lagi papa ke singapura pula untuk menghadiri conference disana.

Tapi kita hanya merancang tapi tuhan menentukan tengok cuaca pada hari ni tak mengizinkan..sebab kat sini kalau nak merancang perjalanan tengok forecast weather dulu supaya tahu hari tu cuaca elok ke tak.. jadi rasa macam frust je sebab ramalan menujukkan seharian hujan.. bangun pagi pun rasa liat je sebab tak jadi pergi jalan2... tapi pada pukul 1030 pagi tgk hujan berhenti so papa kata kita pergi la bawa payung sebab nak pergi hari lain takut papa dan Fathnin tak cuti jadi kami pergi je... kami keluar lepas solat zohor pada pukul 1130 pagi .. papa ada urusan sikit di yokohama pukul 1245 kami bertolak ke Mt Takao..Perjalanan kami mengambil masa 1 jam 30 lebih kurang dengan menaiki 3 kali pertukaran keretapi.. Alhamdulillah memang tak hujan seharian sepanjang perjalanan ke sana... lebih kurang pukul 2.15 kami sampai di area Mt Takao.. memang cantik permandangan disana dan rasa seronok sangat..







Untuk naik ke Mt Takao ni ada 3 cara satu naik cable car dengan bayaran 900 yen bagi 2 hala, kedua naik chair lift dan jalan kaki.. jadi kami pilih naik cable car sebab sesuai jalan dengan anak-anak ni. Agak curam juga nak mendaki Mt Takao ni.. walaupun naik cable car tapi rasa juga kecuramannya..


setelah sampai di puncak jam menunjukan pukul 245 petang.. agak kurang bernasib baik sebab cuaca agak berkabus dan ita tak dapat nak ambil gambar permandangan yang cantik dari atas gunung tu.. Ada beberapa kawasan menarik disini yang boleh dilawati tapi disebabkan keadaan berkabus tak dapat nak ke kawasan itu.









setelah penat dan puas berjalan kami pun turun menaiki cable car dan terus ke Trick art museum. sambung di entry seterus ya..

21 November 2010

Weekend yang sibuk bagi kami minggu ini. Kelmarin ada majlis yasin bagi warga yokodai (Yokohama universiti)dirumah ita ni.Semalam ada perlawanan persahabatan badminton lelaki diantara warga malaysia di Yokohama dan di Chiba. Macam biasa kami memang main badminton setiap minggu jadi untuk meraikan kawan2 yang datang dari jauh papa suruh mama buatkan bentou sikit masak dari pagi lagi. Ingat sempat ke kelas bahasa jepun tapi tak juga sempat sebab papa pagi tu ada kelas sampai pukul 12 jadi buat bentou dan uruskan urusan anak2 dan rumah tangga .. papa balik je kata tak payah la mama ke kelas sebab takut mama penat katanya.. memang penat sikit rasa so.. poteng la ke kelas semalam.



Hari ni pagi2 dah bangun sebab Fathnin ke sekolah ada hari persembahan disekolah. Semua ibubapa datang untuk lihat persembahan anak-anak setelah penat berlatih.






nampak seronok fathnin walaupun mula2 muka waktu buat persembahan tu malu2 bila nampak mama dan papa je terus bersemangat. seronok rasa bila fathnin ada confident buat persembahan di hadapan ramai orang. Disebabkan persembahan dibuat di Dewan yang baru di tadika Fathnin ni agak kecil, ibu bapa boleh memilih untuk melihat persembahan anak2 sama ada pada pukul 940 pagi atau pukul 11 pagi, Jadi kami sekeluarga memilih untuk melihat persembahan Fathnin pada pukul 940 pagi. jadi anak2 sebenarnya kena ulang persembahan 2 kali untuk ibu bapa melihat persembahan.







waktu nak balik tu jumpa Yuka, kawan ita yang anaknya juga satu kelas dengan fathnin. Dia la satu2 kawan yang baik dan selalu tolong ita yang lain takut-takut nak cakap dengan ita sebenarnya sebab diaorng tak boleh berbahasa inggeris, dioarang nak cakap bahasa jepun pula dengan ita mungkin agak terbatas sebab ita belum boleh menguasai bahasa jepun dengan fasih. lagi satu yang ita suka sangat dengan Yuka ni dia amat peramah dan baik hati, rajin menolong dan ita senang sangat dengannya. Tapi ada berita sedih dia terpaksa pindah ke kobe dirumah maknya kerana nak menjaga maknya yang sakit. jadi mulai bulan 12 ni ita dah takde kawan dah di tadika tu.. rasa sedih sangat tadi waktu jumpa dia rasa nak menangis je sebab dia pun rasa sedih juga nak berpisah. Moga lepas ni ita kena berusaha lagi untuk belajar dan cakap bahasa jepun supaya ada mama2 kelas fathnin ni nak sembang2 dengan ita.. huhuhu..

20 November 2010

Apam mekar


Apam mekar ni kuih untuk minum petang minggu lepas... Saja buat sebab nak makan.. tambahan haritu buat apam dot2 tu anak suka sangat.. Jadi cuba resepi yang ini plak.. anak ita letakkan jem blueberry diatasnya sebab dalam apam dot-dot ada blueberry. resepi dari rumah kak hanieliza. thanks kak ita share disini ye.

Bahan
250 gm gula
2 biji telur
1 s/k esen vanilla
200 ml susu segar
300 gm tepung gandum
1 s.k ovallate

pewarna merah dan hijau
acuan kertas

Cara
1. Panaskan kukusan
2. Pukul gula dan telur sehingga kembang dan gebu.
3. Masukkan essen vanilla dan pukul lagi.
4. Masukkan tepung gandum, susu dan ovallate. Pukul lagi sehingga gebu.
5. Bahagiakan adunan kepada 3 mangkuk.
6. Masukkan perwarna merah dan hijau dalam mangkuk yg berasingan.
7. Masukkan adunan dalam pelastik piping bag setiap warna yg berlainan.
8. Picitkan serba sedikit setiap warna kedalam acuan kertas.
9. Letakkan acuan kertas dalm acuan apam dan kukus selama 15 minit.
10. Bila telah masak angkat dan hidangkan.

19 November 2010

Strawberry Cheesecake


Dah lama tak buat cheese cake kebetulan ada majlis pada malam ni dan hubby suruh buat kek untuk abang puza sempena hari jadi nya jadi ita plan nak buat strawberry cheesecake. Bahan pun ada dalam peti sejuk ni lagi pun makan cheese cake ni kena buat waktu ramai orang kalau buat untuk family je memang lambat nak menghabiskannya.. cari resepi jumpa resepi jumpa di blog kak hana.. alhamdulillah sedap kek nya..

Bahan-bahan
Bahan-bahan A:
250 gm biskut mudah hadam
125 gm mentega tanpa garam -

Bahan-bahan B:
200 ml krim putar(whipping cream) - campur yogurt
250 gm krim keju
165 gm gula kastor - buh 140g
1 sudu besar jus lemon
ita tambah 1 sudu besar jem strawberry

Bahan-bahan C:
15 gm gelatin halal
100ml air
- campurkan air dgn gelatin atas double boiler dan sejukkan selama 5 minit ( gune air panas, kacau dan sejukkan)

Bahan-bahan D
1 pack strawberry - potong jgn besar sgt, nanti berat dan jatuh ke bawah.

Topping:
150 ml jus strawberry - gune jem stoberi jerk + 1sudu mkn gelatin + air sedikit = msk secara double boiler. Suamkan seketika then curahkan atas kek.
1 sudu besar tepung jagung - x ltk

Cara-cara

  1. Hancurkan biskut sehingga jadi serbuk.Sediakan loyang acuan berukuran 8 inci.
  2. Cairkan mentega. Tuangkan mentega kedlm bekas berisi biskut tadi. Kacau rata.
  3. Tekankan adunan biskut ke dalam loyang sehingga menjadi rata dan padat.Sejukkan dlm peti ais selama lebih kurang 30 minit agar ia menjadi keras.
  4. Pukul krim putar sehingga pekat dan gebu.Ketepikan.
  5. Pukul krim keju bersama-sama gula dan jus lemon sehingga sebati.Setelah itu masukkan gelatin dan gaul lagi sehingga sebati.
  6. Kemudian tuangkan bahan ini kedlm bekas yg berisi krim putar tadi dan gaul rata dgn menggunakan whisk.
  7. Keluarkan adunan biskut dlm peti ais.Tuangkan 1/3 adunan krim cheese td keatas adunan biskut.Ratakan dan letakkan buah strawberry.Akhir sekali tuangkan adunan sampai habis. Sejukkan di dalam peti ais sekurang2nya 3 jam.
  8. Buat topping buat seperti diatas.
  9. Tuangkan jus stoberi hingga habis. Atur buah stoberi. simpan dlm peti ais skali lagi sebelum dihidangkan.


17 November 2010

Autumn 2010


Semalam balik dari sekolah fathnin ajak ketaman dekat dengan rumah ita ni. Mitsuzawa park jadi tengok cuaca pun elok jadi bawa la fathnin dan fateh ke taman selepas call papa minta izin keluar. Ita ni memang bukan jenis rajin keluar rumah sebenarnya.. kalau jalan jauh2 tu suka la tapi kalau keluar rumah dekat ni atau saja lepak2 luar rumah memang kurang sikit.. Kalau kat Malaysia pun begitu keluar rumah sekadar siram pokok bunga yang nampak kering dan nak ambik surat yang lain tu lepas balik kerja ke terus duk dalam rumah.. kalau orang tak faham tentu kata sombong ye tak...




Sekarang ni musim luruh (autumn) memang cantik permandangan di jepun ni.. Sejak balik dari Korea belum sempat berjalan untuk ambil angin lagi sebab banyak urusan kerja papa dan urusan lain yang dibuat bila ada kelapangan tak sempat nak ke taman untuk melihat daun merah. Di Jepun bila musim luruh je mula la ambil gambar daun yang bertukar2 warna sebalum ia gugur dan tinggal batang pokok je. Di mitsuzawa park ni daun dah mula gugur dan permandangan pokok nya biasa je.. sebab cari juga pokok momiji (maple) tapi tak de... waktu pergi taman tu adik nampak seronok sangat sebab dapat ke taman tapi tengah jalan je dia tidur sebab sedap agak nya ditolak dalam stroller sambil angin sejuk yang meniup. jadi kurang la sikit excited kakak nak main sebab tak de kawan. main pun sekejap je pastu main di taman kecil yang dekat dengan rumah plak.




Selamat hari raya Aidiladha.. Asyik tengok menu nasi kerabu yang dah seminggu dicerna.. hari ni beraya dirumah je sebab suami agak sibuk dengan tugasan yang perlu dilaksanakan. Jadi tak de la adegan nak gosok baju raya dan sebagai nya sebab hari ni pun Fathnin ke sekolah macam biasa. Mula tak de mood juga nak masak menu ala-ala raya tapi bila tengok orang lain kat facebook macam-macam tulis buat lemang la, ketupat la, kek la.. mood raya tu datang plak.. petang semalam terus bersilat didapur siapkan juadah yang mana ada stok dalam peti ais.. buat yang mudah-mudah je rebus nasi impit, kuah kacang sikit sebab kacang tinggal sikit, soto dan kek coklat. Jadi la menu kami hari ni.. masak pun sikit je sebab itu je stok yang ada...




ok la nak share resepi moist chocolate cake yang tentunya ramai dah cuba.. saja buat kek coklat ni sebab tengok murni, kak pi buat kek coklat jadi ita buat gak la anak-anak dengan mama dan papanya memang suka kek coklat.. Cuba resepi ni pula walaupun agak lebih kurang dengan resepi yang biasa dibuat. resepi ni ambil dari rumah kak hana..

Bahan-bahan ( doublekan adunan untuk loyang 22 cm)

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula
  • 1/3 cawan serbuk koko
  • 1sk baking soda - hana buh baking powder 1/2sk, soda 1/2sk
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan butter@ minyak masak -
  • 1/2 cawan buttermilk@ susu segar -
  • 1sk esen vanila
  • 1/2 cawan air panas
  • 1/4 cawan susu pekat -

Cara-cara
  • Panaskan oven 170 c. Griskan loyang 7x11inci dengan butter.
  • Ayak tepung dan baking soda@powder ke dalam mangkuk.Ketepikan.
  • Pukul gula dan butter. Masukkan telur dan pukul lagi.
  • Masukkan buttermilk/susu dan serbuk koko. Kacau sebati.
  • Masukkan air panas dan esen vanila.
  • Akhir sekali masukkan tepung yang di ayak tadi dan mix sebati.
  • Masukkan ke dalam loyang dan bakar lebih kurang 30-35min atau sehingga kek masak. - hana kukus.
  • Sejukkan di atas redai dan tuang topping@ganache kegemaran.

09 November 2010

Nasi Kerabu


Hari ni cuba buat nasi kerabu. Sebenarnya lama dah nak cuba resepi ni sebab selalu tahu makan je buat tak pandai.. kalau orang pantai timur tentu pandai buat nasi kerabu.Lagi bersemangat nak buat tengok plak kat blog kak pi buat nasi kerabu jadi apa lagi kuat kan semangat untuk cuba tambahan ada je bahan2 di rumah ni. Alhamdulillah percubaan menjadi bagi tekak ita ni.. buat guna resepi Yani myresepi( nak link myresipi tak leh buka plak) ni memang mudah.. lepas ni leh la buat lagi untuk dapat rasa yang betul2 sedap..

Bahan-bahan untuk 4-5 org makan

* @@ Nasi @@
* 4 cwn beras
* 1 sudu kecil garam
* 4 1/2 cawan air - macam masak nasi biasa.. nak lembik/keras kena tambah/kurangkan air
* 2-3 titik pewarna kuning
* 2-3 helai daun limau purut(optional)
* 1 btg serai-diketuk(optional)-

* @@ Sambal Tumis @@
* 5-10 biji lada kering
* 1/2 biji bawang besar
* 2 ulas bawang putih
* 1cm halia
* 1cm kunyit/ 1 sk serbuk kunyit
* 200ml/ 1/2 tin santan pekat
* 2 btg serai
* 2 keping asam gelugur
* 2 sudu besar budu / 3 sudu besar sos ikan
* garam dan gula melaka

* @@ Sambal ikan @@
* 1 ekor ikan kembung- saiz besar
* 1 cawan kelapa kering/ kelapa parut
* 2 ulas bawang putih
* 1/3 biji bawang besar (4-5 biji bawang merah)
* 1 batang serai
* 1cm halia

* @@ Kerabu @@
* kubis
* timun
* taugeh
* daun kesum

* @@ Bahan lain- optional @@
* solok lada
* telur asin
* bawang jeruk
* ayam goreng kunyit
* sambal belacan

Cara-cara

## Sediakan sambal tumis ##
-blend lada kering, bawang, kunyit dan halia sehingga lumat.
-Panaskan minyak(kena banyak siket), tumis semua bahan blend tadi sehingga pecah minyak
- masukkan santan dan budu, garam dan gula.

## Masak nasi ##

Cucikan beras dan masukkan semua bahan utk masak nasi yang lain. Masaklah seperti masak nasi biasa.

## Cara sedia sambal kelapa ikan ##
-Bersih ikan dan bakar. Sementara tu bolehlah goreng kelapa
-Goreng kelapa tanpa minyak dengan api kecil sehingga jadi perang. Kalau kelapa parut ni kasar, bolehlah ditumbuk sekejap ketika kelapa masih panas-panas.
-Asingkan isi ikan dengan tulang. Tumbuk isi ikan untuk kelihatan halus.
- Tumbuk pula bawang dan serai, sehingga lumat. Kalau guna food processor masukkan bawang dan isi ikan sekali gus ke dalam food processor .
- Campur sekali ikan dan bawang, goreng tanpa minyak sehingga agak garing.
- Campurkan ikan dengan kelapa goreng tadi. Masukkan garam dan gula. Gaul hingga sebati.

@@ Kerabu @@
-Hiris semua sayur dan gaul ratakan.
- Bila nak makan tu, ambik sikit semua bahan dan letak ke dalam nasi. Boleh juga dimakan dengan bahan lain tu.. lagi sedap

05 November 2010

Apam Dot Dot


Dah lama tak masuk entry masak-masak, asyik entry jalan-jalan je.. bukan tak masak tapi selalunya menu yang dimasak menu yang dah biasa masak pendek kata dah ingat dalam kepala.. so hari ni saja buat eksperimen di dapur dengan menu yang tak pernah masak sambil cari apa yang nak dimakan untuk fathnin dan fateh petang ni. cari punya cari berkenan dengan apam dot dot ni, nampak menarik dan ada blueberry filling dalamnya tentu fathnin dan fateh suka. Alhamdulillah diorang suka tambah rupanya yang menarik tu... rasanya sedap.. serasi rasa apam dengan blueberry tu.. resepi ni ita ambil dari blogger terkenal kak hana dan resepi asal dari lilydvalley.

Bahan-bahan

  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus - ita kurangkan 190g sebab blueberry filling dah manis
  • 150gm susu segar
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
  • Pewarna
  • sedikit esen vanilla
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit. jangan buka api besar kalau tak jadi apam mekar.


01 November 2010

Kita sambung cerita tentang korea semalam belum habis.. sebelum baca panjang lagi bagi yang tak minat nak baca jangan baca ye.. hihihi.. saya tak la rajin nak tulis panjang2 sebenarnya tapi sebab info yang saya cari semasa survey nak ke korea sebelum ni tak banyak membantu membuatkan saya nak tulis juga beberapa perkara supaya orang yang nak ke korea dapat manfaatnya... bukan apa ada yang kata saya tulis panjang di entry yang lepas..:(


Hari ketiga tu lepas sahaja saya shooping sorang di namdaemun market beli brooch saya ikut suami ke Kintex iaitu tempat conference suami berlangsung. Kami pergi pun dah tengahari jadi sampai lbih kurang pukul 2 lebih.. disebabkan suami kena buat presentation paper pukul 350 petang jadi sempat jenguk2 pameran robotik yang berlangsung juga disitu. Dah habis tengok pameran kami main2 di kawasan kintex tu sementara tunggu urusan suami selesai.





Selesai sahaja urusan di Kintex kami ke Jongno sam ga kerana Aliza mengajak untuk makan makanan korea disitu. Pergi pun dah malam jadi terus je dinner disitu dengan keluarga Aliza dan Adnin. Kami pilih restoran seafood dan makanan itu dimasak oleh kita sendiri diatas dapur yang disediakan diatas meja.. kami makan nasi goreng kimchi bersama sotong kurita dan sup makanan laut bersama sayur-sayuran. Disebabkan kimchi ni pedas untuk anak2 kami order nasi putih dan dimakan bersama sup makanan laut tadi. Pertama kali makan kimchi dan sedap rupanya. hanya agak pedas sedikit bagi yang tak biasa makan pedas.. masih teringat2 lagi kesedapan kimchi ini...




Selesai makan kami terus balik ke kawasan hostel tapi sempat juga cuci2 mata di namdaemun market sekejap kerana stesen hoehyeon adalah stesen subway terdekat dihotel yang kami tinggal dan melalui namdaemun jadi singgah la sekejap membeli buah untuk dimakan.

Pada hari ke 4 dari pagi kami ke istana Gyeongbukgung. Hajat dihati nak pakai hanbuk pakaian tradisional korea tapi disebabkan hari sabtu ramai betul pengunjung tak dapat kami nak memakai pakaian tu. Kebetulan pada hari itu juga diadakan pertunjukkan pacaragam raja2 jadi rasa macam berada di zaman raja orang korea dulu2 plak.. sebab selalu tgk cerita korea di TV jepun ni cerita raja2 korea dulu2..




Dah puas berjalan disitu kami terus ke Dongdaemun market tapi kami turun di stesen Dongdaemun hhistory and culture disebabkan diarea itu banyak menjual barang2 sukan.. jadi jalan la kaki dan terus ke Dongdaemun.. sebab areanya bersambung, macam2 ada. Rasa nak tercabut kaki berjalan tak tersempat nak jalan disemua area sebab besar sungguh jadi jalan mana yang sempat je..




Dah lapar kami ke Itaewon pula.. disini adalah tumpuan pelancong asing kerana berada disini tak rasa berada di korea sebab ramai sangat pelancong asing. Yang menariknya di itaewon ada masjid yang dibina pada tahun 1976 dan besar masjidnya. Selain itu pelbagai deretan restoran halal disepanjang jalan ke masjid ini. Sampai pening juga nak memilih yang mana.. tapi berkat sabar untuk memilih biar berpatutan dengan harga dan makanan kami memilih Foreign Restaurant kerana menyediakan hidangan secara buffet. Jadi bila ditanya tidak ada had waktu makan dan boleh makan apa sahaja jadi kami makan disitu. harga yang dikenakan juga amat berpatutan kerana seorang dewasa di kenakan sebanyak 16500 won sahaja termasuk tax. lama kami disitu menikmati makanan timur tengah yang sedap2 antaranya nasi beriani, nan, pelbagai kari, sayur-sayuran, ayam tandoori, kentang goreng,kekacang, salad, pelbagai desert dan buah. Masih teringat2 sampai sekarang kesedapan makanan disitu nasib pergi hari terakhir di seoul kalau tidak tentu esoknya berulang makan disitu juga :)





kami sempat solat di masjid itaewon dan berjumpa dengan beberapa orang rakyat malaysia yang datang melancong ke korea dan sebelum balik sempat membeli roti di kedai salam bakery untuk dibuat sarapan keesokan harinya.





Keesokkannya tak sempat kemana hanya urusan di airport untuk pulang ke Jepun.

;;

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG