10 May 2009

Beef burger, sosej dan kentang goreng


Semalam ita pergi bersukan dengan komuniti ita disini.. Alhamdulilah Aisha pun dapat join juga.. seronok sangat dapat main badminton sama-sama.. Kali ni kami main di Hodagaya Sport Center. Jangan tak percaya sebabkan ramai kami tempah untuk 4 jam.. baru puas main... Lepas main tu on the way balik aliza ajak minum.. Gi la restoran jepun dengan adik2 YNU ni... (maaf Aisha tak ajak awak sebab kami pun rasa awak dah jauh dah perjalanan balik).. sambil duduk-duduk minum tu tengok la menu dia yang kita orang islam ni tak leh makan..( sebab daging semua tak leh makan sebab tak disembelih secara islam) .. Jadi balik buat sendiri la..tengok macam leh buat je dari gambar dimenu tu.. Alhamdulilah tidak mengecewakan rasanya... Ita pun ambil dari resepi Kak Yani myr hanya ita ubah sikit-sikit mengikut selera sendiri..

Bahan-bahan
>>Humburger<<
250g daging hancur/cincang
150g taufu ( ita tak guna ita gantikan 2 sudu tepung gandum )
1 cawan breadcrumbs(serbuk roti)
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 biji bawang besar-cincang
Sedikit cheese mozarella
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak

>> Sos Humburger <<
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan sos tiram
1/2 cawan air
1 sudu kecil serbuk lada hitam( boleh dikurangkan kalau tak nak pedas)
>> Kentang goreng <<
2 biji ubi kentang
sedikit garam
grated parmesan cheese secukupnya
minyak untuk menggoreng
>> Bahan hiasan lain <
Jagung, kacang pea dan Carrot direbus
sosej dibakar atau digoreng

Cara-cara
1.Masukkan semua bahan-bahan untuk humburger ke dalam mangkuk. Gaul sehingga sebati. 2.Bahagikan ke pada 5 bahagian. Buatlah bentuk humburger.
3.Letakkan sedikit minyak di atas kuali. Goreng humburger sehingga masak. Seelok-eloknya gunalah kuali yang tak melekat.
4.Campurkan semua bahan-bahan untuk sos. Kemudian masukkan ke dalam kuali yg diguna untuk goreng humburger tadi. Masak sehingga pekat. Kemudian bolehlah dituangkan ke atas humburger tadi.
5.Untuk kentang goreng pula. Bersih dan hiris. Goreng dalam minyak penuh sehingga kekuningan. Sejatkan minyak. Kemudian taburkan garam dan parmesan cheese yang diparut.
6.Akhir sekali letaklah humburger dan sosnya di dalam pinggan. Hiaslah dengan kentang goreng dan hiasan lain tadi..

0 Comments:

Post a Comment



There was an error in this gadget

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG