22 May 2009

Kek Epal



Kek Fateh semalam adalah kek epal.. saja nak letak resepinya disini. Untuk tambah koleksi kek. Sedap keknya.. Kek epal ni cuba pun sebab epal dah nak busuk dah. Lama dah simpan epal tu dari busuk baik buat kek. Resepi dari kak yani.. kek ni agak senang nak buat tapi time bakar tu tak leh guna api yang kuat kalau tak dia merekah.. jadi ita turunkan sebab tgk macam nak merekah kek tu..

Bahan-bahan ( 18x18 cm )
1 biji epal
100g mentega-suhu bilik
80g gula halus + 2 sudu besar gula
2 biji telur
100ml fresh cream/whipping cream
150g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder

Cara-cara
1.Bersih dan kupas kulit epal. Potong kecil-kecil lebih kurang 3mm. Gaulkan dengan 2 sudu gula.
2.Kemudian masak sehingga epal jadi lembut. Atau boleh juga masuk ke dalam microwave. Panaskan selama 3 minit.
3.Pukul mentega sehingga jadi bentuk krim. Kemudian masukkan gula, pukul sehingga putih.
4.Masukkan telur satu persatu sambil dipukul.
5.Lepas itu, masukkan fresh cream. Kacau sehingga sebati.
6.Kemudian masukkan tepung yg telah diayak dengan baking powder. Kacau sehingga sebati.
7.Akhir sekali masukkan epal+air (air yg keluar dr epal). Kacaukan. Lepas tu masukkanlah ke dalam loyang.
8.Bakar selama 35 minit dengan suhu 180C

0 Comments:

Post a Comment



There was an error in this gadget

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG