24 January 2013

Assalamualaikum.. salam Maulidur Rasul, Selawat dan salam buat Nabi junjungan kita, Moga kita dapat menghayati dan mengikut sunnah baginda dalam kehidupan harian. InsyaAllah. hampir 5 bulan blog ini tidak ita pedulikan, bermula dari sibuk dengan Simple Homemade Cake sehinggalah sibuk dengan urusan pulang ke Malaysia dan sekarang sibuk dengan urusan anak-anak dan ita pun telah mula berkerja. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan untuk pengetahuan semua ita pulang dahulu bersama anak-anak ke Malaysia dan suami masih meneruskan pengajiannya insyaAllah jika semuanya berjalan lancar lagi 1-2 bulan lagi tamatlah pengajiannya dan esok dan minggu depan ada tugasan yang berat buat suami untuk diselesaikan moga dilancarkan lidah, dipermudahkan urusan seterusnya berjaya.. doa-doakan ye..:)

Betapa seronoknya apabila ada rakan blog yang bertanya kenapa ita lama tak update blog. Ada yang bertanya di facebook dan ada yang email risau jika terjadi apa-apa pada ita. Sangat terharu akan persahabatan ini. secara jujurnya ita sayang sangat dengan blog ini sebenarnya sebab ini semua kenangan dan titik tolak akan apa yang ita rasakan sekarang namun batasan waktu dan terkadang 'mood' hilang untuk menulis dek kerana kepenatan. namun jika berkelapangan dan semuanya berjalan lancar dan biasa dengan kehidupan dimalaysia akan cuba untuk menulis disini. Terima kasih semua.

Alhamdulillah setelah hampir 3 bulan diMalaysia anak-manak makin boleh menyesuaikan diri, Fateh yang dulu asyik dengan mama je dah mula bersekolah dan semakin serasi dengan guru dan rakan. Ita sangat gembira dengan perkembangannya. Fathnin yang agak kesian disebabkan agak berat dan letih dengan tugas dan jadual harian. pagi bersekolah di sekolah kebangsaan dan petang bersekolah agama pula, namun itu semua untuk kebaikannya, tambahan ita tak mahu dia jauh ketinggalan dengan murid2 di Malaysia yang pandai2 belaka.

Cukup dulu ita bercerita tentang ita, sekadaringin kongsikan beberapa info di Hokkaido sewaktu ami kesana pada bulan September 2012. Satu kenangan yang indah dan tidak tergambar dengan lensa kamera keindahan ciptaan Allah disana.


* alamak bateri nak habis sempat nak upload gambar je.. cari bateri tinggal di sekolah plak.. InsyaAllah nanti ita masukkan infonya ye ( mood baru bersemangat nak uadate blog dah bateri nak habis.. huhuhuhu)

 
Perjalanan bermula menaiki kapal terbang Air asia.. tambang semurah 4580 yen sehala. tedrapat 3 penerbangan setiap hari. Bagi kami amat selesa lebih kurang 1jam setengah ++ sahaja perjalanan dari Narita ke chitose airport. Link airasia http://www.airasia.com/jp/en/home.page
 
 
 
 

Day 1  Hill of Zerubu & hill of atom .. taman ini tepi jalan dan buka 24 jam.. kami pergi awal pagi namun masih belum beroperasi lagi. Sekadar bergamba sekitar taman ini.. di taman ini bunga matahari belum kembang lagi.. bunga lain juga belum kembang sepenuhnya. Link http://www.furano-kankou.com/english/hyperlinks/FF-Hill-of-Zerubu.htm
 






















24 August 2012

Mari kita sambung kembali entry Jalan-jalan yang sudah lama tertunggak.. Banyak sangat sebenarnya gambar dari jalan, dan masak-masak yang tidak sempat untuk kongsikan diblog. memang gagal betul dalam pengurusan masa dan mood untuk berblog dan update pun sangat merudum. Hari ini ita `clear`kan SDcard kamera sebab minggu depan kami akan bercuti ke suatu negeri di Jepun ni.. Harapnya perjalanan kami dipermudahkan..;) sebelum banyak lagi yang terperam baik kita masukkan disini sebagai kenangan dan rujukan bagi yang keinginan dan mencari info jalan2 di Jepun ni.

Kali ni ita ingin kongsikan gambar kami sewaktu kami ke Taman lavender di Kawaguchiko di area Mt Fuji. Nama taman ni Oishi Park. Masuk dan parking percuma. Sebenarnya ita pergi 2 hari ke Mt. Fuji kebetulan ita terus camping disana. Namun ita kongsikan dulu gambar lavender ni untuk tatapan rakan-rakan dan sebagai kenangan. Biarlah gambar yang menceritakan dan ita selitkan sedikit info sebagai rujukan.. Bagi yang ingin ke sini ini adalah linknya.. lavender akan ada dipertengahan bulan Jun sehingga pertengahan bulan Julai..



Waktu kami sampai waktu hujan.. disebabkan ada aktiviti seterusnya.. jadi kami redah juga.. nasib hujan renyai2 je

Nama taman ni Oishi Park selain lavender ada juga herb yang lain dan bunga2 yang lain

Waktu ni lavender belum kembang sepenuhnya.. jadi kurang cantik lagi. namun cukup buat pengubat mama yang suka bunga

sangat cantik..

Fathnin dan Lavender...

papa pegang payung sambil payungkan anak2


Fathnin ambilkan gambar mama dengan Lavender.. sangat suka dengan suasana ni

Bunga-bunga lain yang ada disini

pelbagai bunga2 yang ada.. subhaAllah cantik2 semuanya


sepatutnya berlatar belakangkan Mt. Fuji tapi sebab hujan berkabus tak nampak gunung fuji

Pelbagai bunga yang ada disana..

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat hari raya semua.. Sudah masuk 6 Syawal baru berkesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri buat semua rakan2  dan yang mengenali ita. Raya diperantauan buat ke 4 kali di Jepun dan 5 kali dalam hidup sebagai perantau tidak banyak beza dari tahun sebelumnya. Hari kedua kami sudah menjalani aktiviti seperti biasa.

Tahun ini seperti tahun-tahun yang sudah kami berkesempatan ke Embassy di Tokyo untuk bersolat sunat dan menyambut hari raya bersama kawan-kawan yang lain. Alhamdulillah seharian kami beraya dan tidak berasa kesunyian hingga ke malam dan keletihan. Ramadan tahun ini tidak banyak resepi yang dapat ita kongsikan disebabkan sibuk dengan aktiviti di Simple Homemade Cake.. Alhamdulillah semua operasi di Jepun telah pun ditutup untuk tempahan namun pages tersebut akan terus beroperasi dengan resepi2 yang ita gunakan di Simple Homemade Cake. Sekali lagi SElamat Hari Raya Aidilfitri dari kami dan maaf zahir batin dari kami di Yokohama Jepun.

27 July 2012

Kek Pisang Dua Seri

Assalamualaikum... Apa khabar semua.. Alhamdulillah sudah hampir seminggu kita berpuasa, moga puasa yang kita jalankan diterima dan kita mendapat ganjaran dan keberkatan dibulan yang mulia ini. Terima kasih buat semua kawan-kawan blog yang tidak putus memberi semangat dan memberi kata-kata semangat di ruang komen walaupun ita tak sempat untuk meninggalkan komen di dapur kawan-kawan namun kawan-kawan dengan ikhlas memberi kata-kata semangat buat ita. Terima kasih dan sangat rasa terharu...




Di Yokohama,  3 hari pertama puasa kami berpuasa dengan cuaca yang agak selesa, tidak begitu panas walaupun sekarang adalah musim panas namun sejak hari ke 4 dan sehingga hari ini, kepanasan memang menguji. Asyik nak mandi je rasanya.Tahun ini alhamdulillah cuti musim panas bermula pada permulaan puasa jadi mudah sikit untuk ita menggalakkan dan melatih  Fathnin untuk berpuasa.Di Jepun cuti musim panas lebih kurang sebulan lebih. Alhamdulillah fathnin dapat berpuasa dengan baik untuk 5 hari ini namun semalam cuaca yang agak panas tambahan dia pun kurang makan sewaktu bersahur jadi apabila dia nampak agak penat dan meminta untuk tidak berpuasa ita benarkan dia untuk berbuka. Moga Fathnin mendapat pelajaran dan memahami hikmah dan pengertian puasa itu sendiri bukan hanya penat, lapar dan dahaga sahaja.. InsyaAllah





Macam-macam menu ita lihat didapur kawan-kawan. Ita tak sempat pun nak pergi terjah lagi tapi kebanyakkan kawan blog adalah kawan-kawan di Facebook juga jadi ramai juga yang berkongsi resepi juga disana. Terliur dan seronok rasanya apabila kawan-kawan dengan ikhlas hati berkongsi resepi , tambahan sekarang ramai antara kawan-kawan yang disunting oleh majalah-majalah tempatan. Tahniah buat semua, sangat berbangga dan tumpang gembira dengan kejayaan kalian.


Hari ini ita ingin kongsikan resepi kek pisang 2 seri yang ita cuba gabungan kek pisang dan kek coklat yang dimasak secara kukus. Bagi ita kek ini amat kena dengan rasanya dan gabungan ini amat serasi. Kek pisang yang terhasil gebu dan ia mudah disediakan. Resepi ini adalah resepi  innovatif ita untuk memenuhi selera anak-anak yang gemarkan kek coklat sebagai asasnya..:)








Kek Pisang Dua Seri 
Bahan-bahan 
Lapisan bawah 
1 cawan tepung gandum 
1/2 cawan serbuk koko 
1 sudu kecil serbuk penaik 
1/2 sudu kecil soda bikarbonat 
1 1/4 cawan susu segar 
1 sudu kecil esen vanilla 
1/2 cawan minyak masak sayuran 
 secubit garam 


Lapisan atas 
 2 cawan tepung gandum 
¾ cawan gula 
4 biji telur 
1 sudu kecil serbuk penaik 
1 sudu kecil soda bikarbonat 
1 sudu kecil ovalette 
I cawan pisang dilenyek 


Cara-cara 
1.Panaskan air dalam periuk pengukus. Tutup penutup pengukus dengan kain supaya air kukusan tidak menitik diatas kek. 
2. Ayakkan tepung bersama serbuk penaik, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata 
3.Masukkan minyak masak dan esen vanilla. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.Kacau hingga sebati. 
4.Masukkan kedalam loyang bersaiz 9 inci dan kukus selama 10 minit. 5.Sementara lapisan bawah ikukus sediakan lapisan atas.Putar telur dengan pengadun elektrik hingga kembang. Masukkan ovalette dan putar lagi hingga betul-betul kembang. 
6.Didalam bekas berasingan ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan serbuk penaik. 
7.Masukkan pisang lenyek, minyak kedalam adunan telur tadi dan putar lagi hingga sebati. 
8.Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan putar setelah itu tambakan esen pisang. 
9.Setelah lapisan bawah habis dikukus, masukkan adunan pisang ini diatasnya an kukus 40 minit. 10. Setelah siap sejukkan dan boleh dihias mengikut kegemaran masing-masing.

23 July 2012

Kek Di Simple Homemade Cake

Assalamualaikum.. Alhamdulillah dah nak masuk 3 hari berpuasa.. moga amalan puasa an kebaikan yang  kita lakukan diterima olehNya. Mencari-cari masa yang sesuai untuk menulis disini, namun masih belum berkesempatan, ada resepi baru yang sempat diambil gambar untuk dikongsi disini ada yang di cuba juga tapi tidak sempat untuk diambil gambar.. InsyaAllah dilain kesempatan boleh dikongsikan disini.


Alhamdulillah dengan perkembangan Simple Homemade Cake, tempahan kek tidak putus setiap minggu mesti ada.. Syukur dengan rezeki yang Allah berikan. Namun suami selalu mngingatkan ita, bukan wang jadi ukuran tapi niat memberi pilihan makanan halal di Jepun yang lebih besar pengertiannya. Tambahan selain itu ia juga tempat ita menyalurkan minat ita yang mndalam dalam bidang ini. Walaupun begitu masih banyak yang perlu  ita dipelajari dan perbaiki dalam bidang ini. Untuk kenangan ingin ita kongsikan juga disini sebahagian kek yang ita hantarkan kepada pelanggan.

















;;

Share it

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG