18 May 2009

Tau fu fa ekspress


Hari ni malas nak masak.. hahaaah.. mana taknya cik abang puasa sunat... jadi petang nanti je nak masak sup untuk abang... itu yang abang minta buatkan.. lagi pun dia agak busy tak sempat nak makan.. ita kalau tinggal sorang malas nak masak sangat nanti tak de orang nak makan.. Anak-anak ita buatkan bubur je... itu lebih berselera untuk diorang... so harini buat taufu fah ekspress si ros tu.. ehhehe.. sedap.. makan tu je rasa kenyang.. hahahahaha...so ros akak dah buat thanks ye resepinya... akak C & P tau..

Bahan-bahan
2 paket kecil taufu
3 sudu besar gula melaka
2 sudu besar gula
1 ikat daun pandan
2 cawan air

1. Mula-mula cincang halus gula melaka
2. Kemudian masukkan air, gula melaka,gula daun pandan.biarkan air mendidih, selepas itu potong toufu pada 4 bahagian atau klu nak lebih kecil lagi potong 6, masukkan dalam air gula yang mendidih tadi.
3. Biarkan taufu tadi direbus dalam air gula lebih kurang 10 hingga 15 minit, tutup api dan sejukkan, bila dah sejuk masukkan dalam peti ais dan sedia untuk dihidangkan.

2 Comments:

  1. kyo_9 said...
    Assalamualaikum..gula melaka ngan daun pandan bawa dari Malaysia ke?
    Juwita Jamaludin said...
    beli dari baticrom.. gula melaka kat halalhouse...

Post a Comment



Share it

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG