12 May 2009

Sambal Tempe


Sambal tempe adalah diantara makanan kegemaran ita dan keluarga. Mula rasa macam sedih je sebab tak dapat makan sambal tempe... Tengok kat Halalhouse ada tempe... Alhamdulilah dapat makan... Tapi harga jangan cakap la mahal.. kalau convert duit Malaysia tak makan rasanya.. heheheeh.. tapi sebab suka ketepikan lah.. ini resepi tak ceduk mana-mana sebab dah pandai masak.. heheheh


Bahan-bahan

1 ketul tempe dipotong nipis dan digoreng
1 cawan ikan bilis digoreng
2 biji kentang dipotong nipis dan digoreng
1/2 cawan kacang tanah

bahan menumis
6 tangkai cili kering
1/2 biji bawang besar
3 biji bawang putih
#kisar bahan diatas
sedikit gula
sedikit garam
sedikit sos tiram


cara-cara
1. Goreng bahan yang perlu digoreng dan ketepikan
2. tumis bahan yang telah dikisar
3. Setelah garing masukkan gula, garam dan soso tiram
4. masuukan bahan yang telah digoreng tadi dan kacau rata.
5. siap untuk dihidang.

0 Comments:

Post a Comment



There was an error in this gadget

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG