Mari kita sambung kembali entry Jalan-jalan yang sudah lama tertunggak.. Banyak sangat sebenarnya gambar dari jalan, dan masak-masak yang tidak sempat untuk kongsikan diblog. memang gagal betul dalam pengurusan masa dan mood untuk berblog dan update pun sangat merudum. Hari ini ita `clear`kan SDcard kamera sebab minggu depan kami akan bercuti ke suatu negeri di Jepun ni.. Harapnya perjalanan kami dipermudahkan..;) sebelum banyak lagi yang terperam baik kita masukkan disini sebagai kenangan dan rujukan bagi yang keinginan dan mencari info jalan2 di Jepun ni.
Kali ni ita ingin kongsikan gambar kami sewaktu kami ke Taman lavender di Kawaguchiko di area Mt Fuji. Nama taman ni Oishi Park. Masuk dan parking percuma. Sebenarnya ita pergi 2 hari ke Mt. Fuji kebetulan ita terus camping disana. Namun ita kongsikan dulu gambar lavender ni untuk tatapan rakan-rakan dan sebagai kenangan. Biarlah gambar yang menceritakan dan ita selitkan sedikit info sebagai rujukan.. Bagi yang ingin ke sini ini adalah linknya.. lavender akan ada dipertengahan bulan Jun sehingga pertengahan bulan Julai..
|
Waktu kami sampai waktu hujan.. disebabkan ada aktiviti seterusnya.. jadi kami redah juga.. nasib hujan renyai2 je |
|
Nama taman ni Oishi Park selain lavender ada juga herb yang lain dan bunga2 yang lain |
|
Waktu ni lavender belum kembang sepenuhnya.. jadi kurang cantik lagi. namun cukup buat pengubat mama yang suka bunga |
|
sangat cantik.. |
|
Fathnin dan Lavender... |
|
papa pegang payung sambil payungkan anak2 |
|
Fathnin ambilkan gambar mama dengan Lavender.. sangat suka dengan suasana ni |
|
Bunga-bunga lain yang ada disini |
|
pelbagai bunga2 yang ada.. subhaAllah cantik2 semuanya |
|
sepatutnya berlatar belakangkan Mt. Fuji tapi sebab hujan berkabus tak nampak gunung fuji |
|
Pelbagai bunga yang ada disana.. |
salam kenal sobat :)
di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...
Cantiknya bunga-bunga kat sana. Tak dapat pergi sana, tengok je la bunga-bunga kat blog Ita ni ye...