21 May 2009

Creamy Coleslaw


Coleslaw ni buat untuk lengkapkan menu hari ni.. sedap memang dah selalu buat.. hari ni makan dengan bun kentang si Ros tu..memang sebiji rasa kat KFC.. mudah plak tu nak buat.. resepi dari kak yani... ita C & P je.. ye kak...


Bahan-bahan
1/4 biji kubis
1/2 biji lobak merah
4 sudu besar mayonis
2 sudu besar sour cream
2 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar fresh lemon juice
sedikit serbuk lada hitam
1/4 biji bawang besar

Cara-cara
1.Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk kecuali kubis, lobak merah dan bawang besar. Gaul biar rata.
2.Bersih kubis dan lobak merah. Potong halus.
3.Kupas bawang besar. Bersihkan. Kemudian cincang. Gaulkan dengan kubis dan lobak merah tadi.
4.Kemudian masukkan no.3 ke dalam no.1 tadi. Gaul sebati. Simpan dalam peti ais sebelum dimakan.

0 Comments:

Post a Comment



There was an error in this gadget

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG