25 February 2009

kek puding karamel


Hari ini saja-saja browse MYR.com sebab dalam tu banyak resepi yang best-best nak cuba. Tetiba terpandang kek puding karamel. so.. tengok bahan macam senang je dan nampak sedap je kek puding ni.. memula terfikir juga macam mana la agak nye rasa kek puding ni.. nak buat la.. so ita try buat.. lengguh juga la tangan untuk pukul telur tu bagi bertanduk ..( ini ayat kak yani.. tuan punya resepi ni).. tapi bila dah siap best sangat memang puding tu terasing dengan kek tu .. kek tu terapung dan cantik je jadinye.. bestnya.. memula tak la terfikir nak masuk dalam entry ni.. tapi sebab rasanye best dengan jadi tu yang nak share ngan semua orang.. hahhaha... to kak maas ngan aliza sorry yek kalau tak bagi sikit papa fathnin ni dah makan sampai habis la... lain kali yek..( mana tak nye bekas orang tak pulang2 lagi ni .. huhuhu).. so ini dia kek puding karamel

18 February 2009

Tarbiah Anak-anak



Tahniah sekiranya anda baru melahirkan anak @ mempunyai anak-anak kecil di sekeliling anda. Sudah pasti saat inilah saat yang paling manis kerana anak-anak sentiasa di samping kita serta gelak tawa, tangis dan kecomelan mereka menjadi penghibur hati. Memang itulah lumrah manusia. Cinta dan kasih pada anak. Rasulullah S.A.W. sendiri sangat kasih dan sayang kepada anak-anak.

Daripada Abdullah bin Amir r.a. berkata: Rasulullah pernah datang ke rumah kami dan aku pada masa itu masih kecil. Ketika aku pergi tiba-tiba ibu memanggilku: "Mari sini aku nak beri engkau sesuatu." Maka Rasulullah (S.A.W.) pun bertanya: "Apa yang nak kau berikan padanya?" Ibu berkata: "Tamar". Sabda Rasulullah: "Kalau engkau tidak memberinya nescaya ditulis bagimu satu dosa menipu."

Cuba hayati sirah di atas betul-betul. Kadang-kadang sering berlaku bila anak-anak kecil kita meragam atau nak sesuatu di shopping complex contohnya, kita cepat-cepat tarik tangannya dan beritahu "Ok, nanti mak beli coklat @ nanti kat rumah mak bagi aiskrim @ lain-lain janji" sekadar untuk memujuk anak. Tetapi ingatlah janji itu perlu ditunaikan :)

Di sini saya nak kongsikan bersama Wasiat Al-Munzir bin Al-Munzir untuk anaknya Al-Nu'man:
Daripada al-Mada'eni menyebut al-Munzir berkata pada anaknya ketika dia menyerang Ghassan (Ghassan ialah kerajaan Arab yang terletak di Syam yang berpihak pada Rom) di Syam:
1. Elakkan dirimu daripada menjauhi kawan-kawan yang baik dan daripada ilmu-ilmu yang lucu.
2. Jauhilah daripada sikap berjinak-jinak dengan raja-raja dan berlawak dengan orang-orang bodoh.
3. Biasakanlah diri dengan menyendiri. Selalulah bangun pada waktu malam, pakailah pakaian yang keras (tidak lembut sangat). Pakaian adalah yang menyempurnakan dirimu dan yang menjaga kehormatanmu.
4. Sifat malu adalah sifat baik yang pertama yang perlu ada dalam dirimu. Adakanlah ia dalam dirimu. Tawaduklah (rendah diri). Janganlah tertipu dengan harta-hartamu.
5. Diam dalam perkara yang tidak penting bagimu adalah lebih baik. Jika engkau terpaksa berkata-kata, berkatalah dengan benar dan ringkas. Engkau akan selamat.

Sesungguhnya, disebalik kegembiraan dikurniakan cahaya mata itu tergantung pada kedua ibu bapanya satu bebanan tanggungjawab yang sangat berat. Salah didikan maka menyimpanglah dia & kita akan dipertanggunjawabkan. Hari ini, ramai cenderung anak-anaknya mengikut idol yang tak sepatutnya. Maka tumbuhlah bercambah-cambah Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Mari berdansa dan pelbagai lagi rancangan-rancangan hiburan. Budaya Hedonism nampaknya di ketengahkan agar manusia alpa dan lupa pada pencipta-NYA. Lihat sahaja rancangan Tom Tom Bak terbitan Astro. Didikan yang diberikan di situ cukup merisaukan hati ibu bapa yang peka. Bak kata pepatah Melayu kalau nak melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Jadi, mulakanlah langkah pertama:) Saat anak lahir sahaja maka doakanlah dia. Atau jika ada anak-anak sekarangpun bagus diamalkan. Bacakanlah doa dan tiupkanlah ke ubun-ubunnya. Jika sukar dilakukan masa dia berjaga, laksanakanlah ketika tidur. Kita berdoa agar dia tidak digelincirkan oleh syaitan kelak. Juga bagus untuk mendoakan bayi rakan-rakan, sahabat handai dan saudara ketika menziarah mereka yang baru melahirkan anak. Rasanya, inilah 'hadiah' yang lebih bermakna berbanding baju, bedak dan pakaian-pakaian bayi tu. So, cubalah hafal kerana doanya pendek dan mudah diingati. Bersama-sama ini saya sertakan keratan gambar doa tersebut.

Sumber: Anakku Hebat Anakku Soleh
http://www.telagabiru.net.my/index/koleksi-buku-ustaz-zahazan-mohamed/koleksi-buku-ustaz-zahazan-mohamed-10-t-2.html

Gunung Fuji


SUBHANALLAH...sayup dari jauh Ita nampak gunung Fuji ni dari dari sebuah kawasan parking tak jauh dari rumah Ita. Oh, rupanya inilah dia gunung Fuji. Nampak cantik sebab gunung ni warna putih.
http://en.wikipedia.org/wiki/Mount_Fuji

16 February 2009

brownies oh brownies..


Hari ni teringin plak nak makan kek.. tetiba je teringat secret recipies kat malaysia... so try la browse kalau ada resepi kek yang senang... ita cari pun tempat rujukan resepi ku iaitu myr.com..so jumpa la resepi ni.. memang senang... boleh cuba lagi nanti...ini resepi dari kak yani

Bahan-bahan ( 20x20 cm )
70g butter
130g gula halus
2 biji telur
100g tepung gandum
20g serbuk koko
55g walnuts- potong kecil-kecil
1 bar coklat

Cara-cara
1.Panaskan oven sehingga 190C. Butter dan telur biar dalam suhu bilik.
2.Ayak tepung gandum dan serbuk koko.
3.Masukkan butter dan gula ke dalam mangkuk. Pukul sehingga putih.
4.Masukkan pula telur. Pukul sehingga kembang.
5.Masukkan bahan ayak dan walnut kacau sehingga bergaul rata.
6.Tuangkan ke dalam loyang. Bakar selama 25-30 minit.
7.Bila dan siap, keluarkan brownies dr oven. Kemudian patah-patahkan coklat bar tadi ke atas brownies.
8.Masukkan semula ke dalam oven yg masih panas. Bila coklat dah cair, keluarkan dr oven dan rata-ratakan.
9.Bila dah sejuk dan coklat hampir nak keras bolehlah dipotong.

Aktiviti hari ini

Lately ni, banyak dapat kawan-kawan melalui alam maya ni... mostly yang tinggal kat jepun la.. but area lain.. Rata-rata tengok semua yang tinggal jauh dari bumi Malaysia ni terpaksa berdikari dan terus jadi pandai itu dan ini.. ita pun fikir macam tu.. sejak tinggal kat jepun ni.. macam-macam yang ita buat dan tahu masak karipap la, pizza la berbagai resepi nak cuba ( malas nak post dalam entry takut nanti ade yang terliur..hehehhe ) tapi kalau kat M'sia jarang sekali buat.. mana taknya rasa tak cukup masa je.. sebab kerja.. siapa kata jadi surirumah ni tak penat... penat la jugak.. tapi rasa best sangat jadi surirumah kat jepun ni ( hehheh.. setakat ni la..) rasa happy sebab tak tension kerja dengan terkejar-kejar nak buat kerja rumah.. urusan anak-anak dan suami pun lebih terjaga.. dan boleh buat apa yang terfikir kalau semua kerja rumah dan anak-anak siap.. contohnya sekarang ni... anak-anak tengah tidur so sempat la nak menaip ke apa ke kalau kat m'sia tak sempat punya...tapi itu terpulang pada pandangan masing-masing kalau pandai uruskan masa mungkin semua perkara jadi sempat... tapi ita bukan orang yang sebegitu.. hari ini tugas dari pagi macam biasa.. masak awal kul 3 pagi sebab papa puasa.. so masak simple je ayam masak merah dengan bihun... dah siap masak dengan uruskan makan minum papa and after subuh ita tidur balik... ngantuk ..bangun je siapkan anak2 sambil papa siap2 pergi univ... dah siap semua g sidai baju sambil tengok pokok yang baru beli semalam... anak-anak main dalam "playground" sambil ita sidai baju..seronok tengok bunga-bunga kat sini... geram rasa.. tapi malas nak beli banyak sebab takut membazir... so papa kata beli sikit dulu sebagai percubaan.. heheh lagi satu masalahnya nak mengangkut tu... mencabar naik bukit kat rumah kami ni...








Dah siap semua kerja rumah.. bagi anak2 makan.. so menu hari ini sup ikan bersama kentang dan carrot.. fathnin ni suka buah-buahan jadi sebelum dia minta baik ita potong siap-siap buah untuk dia...so hari ni dia makan 3 jenis buah strawberry, kiwi dengan oren...



Dah abis makan semua tiba la waktu belajar fathnin.. kat jepun ni ita dah mula mengajar fathnin.. minggu lepas kelas menulis ABC so minggu ni nak start ajar kelas KIA2M fathnin.. so mengajar anak sendiri ni memang mencabar... kanak2 umur 3 tahun lebih memamg tengah banyak bertanya... so tanya itu ini.. kadang2 ita rasa susahnya jadi cikgu untuk anak sendiri ni..( walaupun ita ni cikgu tak sama ajar budak kecik dengan ajar budak sekolah menengah ni).. tambahan anak sendiri... kesian kat fathnin sebenarnya.. papa decide tak hantar fathnin sekolah kat jepun ni.. banyak faktor sebenarnya.so ita la yang kena ambil tugas tu ajar fathnin sambi ita pun dah bawa banyak bahan untuk dia belajar kat rumah.. belum abis belajar pun.. fathnin dah tertido.. fathnin ni jenis yang kuat belajar.. macam papa dia.. tapi tu la kadang2 cepat bosan atau merasakan cd yang ita pasangkan untuk dia hanya sekadar hiburan bukan pelajaran yang patut dimbil dan dipraktikkan.. yela mungkin anak ita ni belum matang lagi mungkin.. ita doakan moga fathnin dan fateh akan membesar dengan sihat dan bijak dan jadi pelajar dan muslim yang cemerlang suatu hari nanti..amin..

Konan Supaa






Konan shopping complex ni ialah pasaraya yang besar yang terdekat dgn rumah kami. Cuma sekitar 500m jer. Cuma yang bermasalah sikit ialah rumah kami terletak atas bukit, so bila nak balik tu faham-faham jelah azabnya. Tambahan pula kalau bawa barang-barang. Baru-baru ni kami beli rak buku sebab tengah offer, 780 yen. Boleh nampak kotaknya di belakang stroller Fathnin. On the way nak keluar tu plak ternampak la bunga-bunga yang cantik lagi berseri. Memandangkan harganya cuma 68yen maka akupun pantas memilih beberapa untuk dibawa pulang.

15 February 2009

Sogo in Yokohama




Sabtu, 14/2/2009 merupakan tarikh di mana Ita sekali lagi ke Yokohama City. Sempat juga kami bergambar di hadapan logo Sogo tu. Sebenarnya kami singgah sebentar di atas bangunan Sogo tu sebab papa nak bersolat Zohor. Area ni berhampiran dengan kawasan laut. Memang Yokohama ni letaknya berhampiran laut dan terkenal sebagai pelabuhan sejak dahulu lagi: http://www.city.yokohama.jp/me/port/en/

Playground Nearby






Malam semalam, jam 6.45 lepas Isya (Kat Jepun ni sekarang 5.20 dah masuk maghrib & dah gelap dah)...Fathnin dibawa berjalan oleh papanya. Asalnya mama dgn Fateh nak join tapi tetiba plak Fateh terlelap menyebabkan mama terpaksalah tinggal di rumah. Papa berhasrat nak keluar tu bukan apa, nak survey area dekat-dekat rumah, kot-kot ada convinient store ke, or shopping complex ke. Hasilnya, amat menggembirakan Fathnin kerana menjumpai kawasan taman permainan lebih kurang 100m dari rumah kami. Bukan main seronok lagi dia. Tengoklah aksi akrobatik dia tu. Semuanya gara-gara meniru aksi anak-anak nihojin masa di taman permainan Matsubara petang tadi.

07 February 2009

HOW CROWDED IS YOKOHAMA?



Yes, it is crowded especially early in the morning or weekend.
Ya ALLAH, kadang-kadang tu sampai susah nak bergerak. Especially kat Stesyen Yokohama...ni belum lagi Tokyo...kat Tokyo entah macam manalah...Entahlah kitaorg belum sampai lagi. Maklumlah, bila nak travel dengan anak 2 org ni memang la agak mencabar. Setiap kali kitaorg menunggu nak naik bas atau train, setiaptulah kami doa "Janganlah penuh sangat" Hehehe...maklumlah, dengan beg lagi, stroller lagi, barang-barang beli lagi, tak menang tangan dibuatnya.

IKEA in Yokohama






It's great! Just like in Malaysia, IKEA is also available here in Yokohama. Today, we went to IKEA by train and free shuttle bus provided by IKEA. We first went to Shin-Yokohama from Yokohama Station, and catched a free bus to IKEA from there.
Dalam pukul 11.30 pagi tadi kami bertolak ke IKEA. Bukan apa, memang dah survey dan didapati barang-barang dapur, spt pinggan mangkuk, sudu, pinggan cawan plastik memang agak murah. Barang-barang kat IKEA nipun kitaorg rasa la sama jer lebih kurang mcm harga IKEA Malaysia lepas kitaorg convert ke RM.

04 February 2009

Hari ini kami sekeluarga decide nak keluar... Nak beli beberapa benda yang agak penting juga.. so kami keluar dari pagi... pukul 10 macam tu... bayar bil dekat post office then naik train kat eki Hishogawa.. ini adalah hentian yang dekat dengan rumah kami... nak kata dekat tak jugak la.. kena la menapak turun bukit... nanti kalau ada masa ita akan amik gambar bukit yang selalu ita panjat ( perkataan yang sesuai ke .. cikgu2..hehhehe ) .. tapi sambil sembang2 dengan Fathnin dan abg.. rasa dekat plak... so sampai je yohohama station sempat ambil gambar kat train....



kedai pertama kami pergi 100 yen shop.. untuk beli barang keperluan rumah.. kedai ni jual barang dengan harga 100 yen.. macam-macam ada dari yang kecil sampai besar.. seronok pergi sini.. kala pergi mesti nak tengok satu-satu barang sebab kreatif orng jepun ni... sampai benda kecik2 pun terfikir nak reka... so selalunya kalau masuk kedai ni tak leh semua masuk.. selalu yang masuk ita la... abang duduk luar jaga anak-anak... thanks abng bagi peluang kat ita untuk membeli belah.. best...waktu bayar cashier akan mengomel dalam bahasa jepun macam-macam tapi ita tak faham so 'hai 'kan aje.. ( ya dalam bahasa jepun)ini ade gambar 100 yen ade dua ni satu kat matsubara dan satu lagi kat yokohama station...

kat yokohama station


kat matsubara market

lepas pergi 100 yen shop pergi Yodobashi.. yodobashi ni macam store barang- barang elektronik la.. so macam2 ada dari mainan, handphone, alat2 komputer dan macam-macam la.. dah habis beli barang kami balik naik bas plak.. naik bas best sikit sebab tak payah jalan jauh tiketnya 210 yen je seorang... dah sampai rumah abang ajak pergi matsubara market.. abang kata alang2 penat biar sekali lagi pun hari masih awal.. so kami pun menapak la ke matsubara market... sampai je matsubara market.. nampak sunyi je... sedihnya rupanya banyak kedai tutup.. kenapa tutup kami pun tak tahu.. jadi kami just jalan g 100 yen kat matsubara je..matsubara mrket ni best sebenarnya.. selain ikan, udang dan sotong yang berpatutan.. sayur dan buah-buahan pun murah.. fathnin suka strawberry so kat sini dapt murah jadi ita akan beli banyak strawberry kat sini... yang best tentang strawberry ni.. manis dan simpan beberapa hari pun masih manis.. tu yang best tu... waktu jalan balik tu kami sempat lagi singgah kat Saty.. Saty ni rupa nya macam Jusco la kat Malaysia.. so ita sempat la tengok barang2 dapur yang susah cari kat kedai runcit, harap ada kat sini... tak banyak yang jumpa.. tapi okla sebab dia besar macam2 department ada.. sampai malam kami berjalan.. penat sebenarnya.. tapi sebab tak tahu bila nak explore kedai2 macam ni so gagahkan jugak la... best jugak sebenarnya area rumah ita ni.. hanya kena menapak sikit je la.. naik turun bukit.. harap2 semakin hari semakin biasa dan kuat la badan ni... InsyaAllah

02 February 2009

Video Persekitaran Rumah

Rumah Saya di Yokohama






Assalamualaikum, keluarga di Malaysia selalu bertanya tinggal di Jepun bagaimana? OK ke rumahnya, luas tak mcm kat Malaysia? Mahal tak sewa? dan macam-macam soalan lagilah. So, untuk ayah, mak, opah, abang, kakak dan adik-adik dan semua saudara di Malaysia...dalam ruangan ini Ita akan upload gambar persekitaran rumah Ita.Tapi luar jelah dulu ya, dalam rumah nantilah dalam ruangan akan datang (Ops...sebenarnya kena kemas dulu, maklumlah ada adik Fateh & Fathnin tu). Kawasan rumah ni pada Ita selesalah...ada ruang luas di belakang rumah untuk bersantai...nak bermain ke, barbeque ke...nak bercucuk tanampun boleh. Backyard ni kena berkongsi 3 rumah...rumah saya, 1 rumah lagi org Jepun duduk & 1 lagi rumah kawan abg saya (Saifulza) akan menyewa. Bulan 3 ini kawan abg saya tu bersama isteri dan anaknya akan duduk. SELAMAT DATANG! Best, Ita ada kawan & Fatehpun nampaknya akan ada rakan seperjuangan. Rumah saya setingkat sahaja dan sewanya 60,000 yen sebulan. Tapi rumah kawan abg saya tu lebih luas, 2 tingkat & sewanyapun tak la mahal sangat, jsut 72,000 yen jer...
"OOKII KUTTE KIREI DESU"

01 February 2009

Lagu Favourite Fateh



Ini adalah lagu favorite Fateh.. bila kakak dia belajar dan buka lagu ini dia akan menari dan suka sangat.. tengok la video tu happy sangat dia. Fateh ni baru je belajar duduk dalam 2 minggu ni.. so sambil dia makan ita akan pasangkan lagu ni dan dia akan seronok dan makan dengan banyak.. semoga anak mama fateh dan fathnin akan membesar dengan sihat dan berguna seperti lirik lagu dalam video ni....

Kids Off, Yokohama






Memang best, murah & berbaloi...itulah ungkapan yg boleh Ita ucapkan bagi menggambarkan pengalaman membeli-belah di Kids Off petang tadi. Walaupun penat, namun segala-galanya berbaloi...setidak-tidaknya Ita berjaya membeli 'playground' yang pada asalnya Ita nak beli di Toys R Us. Memanglah bukan baru, 2nd hand tetapi kalau pandai pilih, ada yang masih elok dan masih nampak macam baru. Petang tadi Ita beli 'playground' tu cuma 3000 yen sahaja. Selain 'playground' tu Ita beli 'stroller' yang boleh duduk utk 2 orang. Ita dah ada 2 stroller sebelum ini, tapi biasanya bila nak jalan jauh, kami cuma bawa 1 stroller shj. sebab susah nak travel naik bas & train...tapi dgn adanya stroller 2 dlm 1 ni, mudahlah sikit nak tangani masalah kakaknya yg kadang2 penat bila dah banyak berjalan...sekurang2 nya taklah lagi papanya penat nak mendukung :) Oh ya, utk stroller ni asalnya 7000yen, tapi ada 20% discount dapatlah sekitar 5600yen. Yang lain tu Ita cuma beli toys kecil2 utk Fathnin & Fateh...banyak lg sebenarnya yg Ita nak beli, tapi terbatas dek kerana memikirkan kesusahan nak bawa menaiki Bas & Train. Itupun mujur ada family Ali & Aliza, Kak Maas & Abg Bidin dan Saifulza ...thanks a lot to u all...tanpa bantuan u all Fateh n Fathnin x dapat bermain dgn happynya dalam 'playground' baru (2nd hand sebenarnya) diaorg tu. Kids Off....nantikan kehadiran kami lagi nanti! Tanoshi kutte Omoshiroiiiiiii.......

Fathnin & Muhammad Fateh



Ini adalah anak-anak ita.. Muhammad Fateh dan Fathnin Farisa.. happy sangat tengok diaorang main sama-sama macam ni... so sambil anak-anak mama main boleh la ita menulis sikit...

;;

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG