25 June 2012

Assalamualaikum.. Salam di minggu yang baru.. Alhamdulillah moga urusan kita dipermudahkan dan berjalan lancar minggu ini. Agak sibuk balik sejak akhir-akhir ini dengan tempahan.. Alhamdulillah tempahan di Simple Homemade Cake sentiasa ada setiap minggu walaupun terkadang bila waktu sibuk tu memang sibuk sangat dan ada kala nya ada juga hari  yang lapang buat ita bila tak de tempahan. Mungkin minggu ini ada hari yang lapang insyaAllah akan cuba bagi lebih kasih sayang sikit kat blog ni nanti dan boleh BW blog kawan-kawan InsyaAllah..;) Terima kasih buat kawan-kawan yang sudi meninggalkan komen di blog ita insyaAllah akan membalasnya sedokit masa lagi.




21 Mei tempohari hari jadi anak kedua ita iaitu Muhammad Fateh yang ke 4 tahun. Alhamdulillah dah 4 tahun dah dia.. Terlalu cepat rasanya masa berlalu, moga Fateh diberi kesihatan yang baik dan menjadi anak yang soleh serta berjaya didalam hidup di dunia dan akhirat. Sempena harijadi Fateh ita tak sempat pun nak buat kek yang special disebabkan pada hari tu memang banyak tempahan. Sampaikan papa fateh perli mama, kek orang lain buat kek fateh tak sempat.Memang rasa bersalah sangat..  Alhamdulillah minggu tu ada majlis ilmu di Yokohama ni mama buatkan kek dan sambut birthday fateh dengan kawan-kawan walaupun kek tu memang simple juga. Yang pasti Fateh amat gembira dan dapat memotong kek bersama kawan-kawan.

Jika dulu dihari jadi kakak Fathnin kami ke Disneyland dan kali ni kami ke Disney Sea untuk melengkapkan jelajah kami ke taman tema yang popular ini. Ini adalah hadiah hari jadi Fateh dan yang pasti banyak permainan yang fateh dapat masuk dan main dan semua nya dia happy hanya diawal tu je yang fateh agak takut. Alhamdulillah anak mama dan papa dah besar dah berjaya melalui semua permainan yang mencabar ini dengan baik..;)





Sebagai kenangan mama simpan disini semua gambar di Disney Sea, ini je gambar yang ada disebabkan sibuk mengejar pass fast untuk main banyak game dan tak sempat nak bergambar sangat..








08 March 2012





Assalamualaikum.. Alhamdulillah diberi kesempatan dan kerehatan badan hari ni setelah sibuk dalam minggu ini. InsysAllah esok ada lagi tugasan yang menanti apabila ada hari yang rehat seperti hari ini, dapat la ita menjenguk sekejap blog kesayangan ita ini. Bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan sehingga hari ini, semoga ita akan sentiasa sabar dan bersyukur dengan apa yang ita perolehi.

Semalam adalah hari jadi ita. Seronok sangat semua keluarga, teman dan teristimewa suami dan anak-anak ita mengembirakan ita semalam. Yang paling terharu walaupun suami ita agak sibuk semalam sebab ada conference yang perlu dia hadiri dan membuat pembentangan kertas kerja namun tetap meluangkan masa untuk membuat kejutan. Terima kasih abang diatas kejutan dan hadiah. Moga abang akan sentiasa diberikan kemudahan dalam segala urusan dan berjaya dunia dan akhirat ye. Fathnin pun curi-curi tulis kad untuk mama supaya mama rasa gembira ,sama juga dengan fateh yang diajar oleh kakaknya walaupun hanya contengan sahaja tanpa huruf mama amat hargainya.

Pertama kali dalam hidup buat dan hias kek sendiri dihari lahir. Sebelum ni tak pernah pun, selalu buat untuk anak-anak je. Ita mulanya pening juga nak buat kek apa.. bila nampak noorsha buat terus nak buat dan ita cari resepinya dirumah kak noor. Terima kasih kepada Dayang jack dan Rahel benjamin diatas gabungan resepi yang sedap dan menarik. Untuk membuatkan kek ini lebih rasa coklat ita tambah coklat mousse diatasnya dan diletakkan topping diatasnya.. Bagi yang belum mencuba boleh la mencuba kerana ia amat sedap..:)


Resepi ini ita ambil didapur kak nor resepi asalnya dirumah rahel namun ita olah sedikit untuk meletakkan chocolate mousse diatasnya ye.




Bahan:
1 adunan Chocolate Cake*
SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE
resepi : DapurKu SaYang@dayangjack.blogspot.com

Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko (DJ guna Cap Kijang)
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air sejuk (air sejuk dari peti ais)
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
secubit garam
1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung ~ k.nor lebih suka guna melted butter
1 sudu kecil cuka atau jus lemon

Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek.
  2. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
  3. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
  4. Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
  5. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
  6. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.

Bahan Lapisan Keju:
250g cream cheese
70g gula kastor
20g tepung gandum
1 biji telur saiz L
1 sudu teh jus lemon
25ml air
3 sudu besar blueberry filling (tak letak pun tak apa)


Cara:
1.Panaskan air dalam periuk pengukus.
2.Adunan kek coklat dibahagi kepada 2 bahagian.
3.Ambil satu bahagian adunan kek coklat, tuang ke dalam loyang dan kukus
selama 15 minit.Angkat dan tekankan sikit dengan sudu supaya rata.
4.Kemudian pukul cream cheese,gula,tepung gandum,jus lemon dan air
sehingga berkrim.Tambahkan telur.Pukul rata.
5.Tuangkan adunan cream cheese ke dalam kek coklat kukus tadi.Ratakan.
6.Letakkan (dot2kan guna sudu kecil) blueberry filling dipermukaan adunan
cream cheese tadi.Kukus lagi selama 15 minit.
7.Kemudian tuangkan lagi baki adunan kek coklat tadi di atas lapisan cheese
dan kukus lagi selama 30 minit dengan api sederhana kuat.

pesan:
*air kukusan hendaklah betul2 mendidih sebelum mengukus kek.
*balut tudung periuk dengan tuala/kain bersih agar kek tidak terkena wap.
*tiap lapisan kek dikukus dengan api sederhana sahaja.






Chocolate mouse

2o0 ml whipping cream
2 sudu gula
3 sudu serbuk koko dibuat pes
1 sudu besar gelatin halal + 4 susu besar air sederhana panas

Cara-cara
  1. Masuk semua bahan kecuali gelatin dan pukul.
  2. Bila hampir gebu masukkan gelatin dan pukul hingga gebu.
Cara meletakkan chocolate mouse

  1. Setelah kek diatas siap dan sejuk tanpa mengeluarkan dari loyang masukkan lapisan coklat mousse. ratakan dan simpan didalam peti sejuk. ita guna loyang yang boleh dibuka dari bawah.
Ganache
200 ml whipping cream
500g cooking chocolate- ita guna 2 bar coklat meiji
1/8 cwn golden syrup- ita tak letak
4 sudu serbuk koko- ini ita tambah


cara
  1. Didalam periuk kecil atau double boiler didihkan whipping cream
  2. Dengan menggunakan api yang kecil masukkan cooking choc. kacau sebati
  3. tambahkan golden syrup( jika perlu)
  4. setelah sebati kacau dan boleh padamkan api.
Cara menghias

  1. Setelah kek yang disimpan didalam peti sejuk siap keluarkan dari loyang. kemudian tuangkan coklat ganache diatas kek tersebut. ratakan dan hias mengikut kegemaran.


21 November 2011

Strawberry Shortcake



Salam semua. Salam permulaan minggu. Semoga semua urusan kita dipermudahkan dan semakin cemerlang pada minggu ini. Hari ini adalah hari jadi kakak ita. Selamat hari jadi yong. Moga gembira selalu bersama keluarga tersayang, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan dirahmati Allah selalu. Kakak ita ni memang baik orangnya. Lemah lembut je tak macam ita yang agak kasar sedikit..:) Dulu kalau waktu ita belajar di Universiti dulu suka minta tolong dia kalau rasa duit dah hujung-hujung nyawa je... hihihiihi.. Terima kasih yong..:)


Untuk kek ini ita buat atas permintaan Fathnin yang nak makan kek ni. Tambahan ita nak kirimkan gambarnya buat kakak ita. Dulu waktu harijadi adik ita pun ita ada masukkan entry untuknya waktu tu ita buat cup cake. Sekarang ni dijepun banyak sangat gambar kek ni sebab nak krismas. Tapi ita buat bukan sempena itu, ini disebabkan Fathnin teringin nak makan nampak kek ni banyak sangat di gambar, TV dan dikedai-kedai kek. Tambahan ita jumpa strawberry yang agak murah sedikit harganya.



Bagi ita kek ni sedap. Satu keluarga pun suka. Tengok la kek ni tak sempat nak keraskan sekejap didalam peti sejuk, Fathnin dan fateh tak sabar makan jadi bila potong tak nampak strawberi kat dalam tu..ita cadangkan kek ini dibuat.. Nak buat pun mudah. Gabungan krim dan strawberi tu amat kena. Tambahan ia amat berseri dengan kehadiran strawberi. Boleh di hias mengikut citarasa sendiri , ita saja hias begini sebab nampak simple saja. Walaupun agak comot rupanya. Bagi yang ingin meraikan hari istimewa kek ini amat sesuai.


Resepi ita ikut resepi dari blog kak hana. tapi hari ni nak cari link tu blog kak hana tak leh buka pula. kalau ikutkan banyak sebenarnya resepi yang lebih kurang sama. Ita sempat salin dalam buku masakan ita didapur jika link kak hana ok nanti ita link kan ke blog kak hana.. InsyaAllah Terima kasih ye.. ita kongsikan disini resepi ini.


Strawberry Shortcake

Bahan-bahan

3 biji telur saiz M
90 gm Gula
80 gm tepung kek ( ita guna tepung gandum je)
30 butter yang dicairkan
sedikit esen vanila


Cara-cara

  1. Pukul telur dgn gula sampai kembang.( ita pukul putih dahulu sehingga merigue kemudian masukkan kuning telur satu persatu) kemudian masukkan gula.
  2. Masukkan tepung dan butter.Kacau hingga sebati.
  3. Masukkan ke dalam acuan yang telah dilapik dengan baking paper.
  4. spray permukaan kek dengan air supaya kek naik dengan elok.
  5. Bakar pada suhu 180 degree selama 30minit


Bahan-bahan untuk krim

400 ml whipping cream
30 g gula
sedikit esen vanilla
strawberi

Cara-cara
  1. Pukul whipping cream dan gula hingga kembang, masukkan esen vanilla




    1. Sediakan untuk dihias.
    2. Potong 2 kek sama besar atas dan bawah.
    3. Letakkan sedikit krim diatas kek yang pertama.
    4. Letakkan strawberi susun membulat mengikut bentuk kek
    1. Letakkan lagi krim diatas strawberi.
    2. Letakkan satu lagi lapis kek
    3. Sapukan semua krim disekeliling kek dan ratakan
    4. Hias kek mengikut citarasa masing-masing.
    5. simpan didalam petisejuk sekurang-kurangnya 2 jam sebelum dihidang.

27 September 2011



Salam semua. Alhamdulillah hari ini genap Fathnin Farisa Binti Fariz berumur 6 tahun. Mama dan papa doakan moga Fathnin jadi anak solehah, Taat pada Allah dan ibu bapa, berbakti pada agama, bijak pandai serta semua kebaikan untuk mu sayang. .. kami amat menyayangimu..




Untuk birthday Fathnin ni ita tanya dia nak kek apa. Dia kata nak kek Princess jadinya jenuh juga mama nak buat sebab ita tak pernah buat. Beberapa hari juga fikir dan ita search di Youtube.. alhamdulillah berkat galakan suami dan Fathnin akhirnya dapat juga siapkan kek ni pagi ni. Bangun pagi-pagi buat sebab semalam ita dah siapkan keknya bakar tinggal hari ni nak deco je.fathnin bangun tidur terus dia happy nampak keknya dah siap.InsyaAllah akan kongsi cara ita buat dan website youtube yang ita ikut amat membantu.




Mengingatkan kelahiran Fathnin yang amat membawa seribu kegembiraan pada kami. Sebab sebelum mengandungkan Fathnin ita dah 2 kali mengandung dan gugur. Sedih sangat dan waktu mengandungkan Fathnin ita tak boleh memandu, naik tangga dan pergi kursus. Ingat lagi banyak cabaran yang ita tempuhi. Masuk hospital pun 2 kali sepanjang mengandung sebab alahan yang teruk.. Kawan-kawan ita di Sekolah Teknik Bukit Piatu, Melaka waktu tu banyak sangat memahami keadaan ita.. Terima kasih sangat. Dirumah pun ita duduk dibawah je suami yang naik atas untuk ambil semua baju2 ita dibilik tidur..Terima kasih abang.. alhamdulillah 8 bulan mengandung baru boleh buat semua yang ita tak boleh buat pada awal tu. Disebabkan dah lebih hari ita kena induce. tapi jalan tak buka selama 22 jam dan akhir nya takut Fathnin punya heartbeart lemah ita di cadangkan untuk dibedah sahaja.. Alhamdulillah selama 3 tahun setengah penantian sejak berkahwin kami dikurniakan seorang permata hati yang amat disenangi. Moga Fathnin akan menjadi anak yang mulia akhlaknya dan berjaya dunia dan akhirat..:)

InsyaAllah petang ni nak sambut birthday Fathnin secara dalam family je. Lagi pun hari ni suami ita ada presentation D3nya.. good luck papa... kami tunggu papa balik nak potong kek sama-sama. InsyaAllah akan share gambarnya nanti untuk tatapan Fathnin dimasa akan datang..:) Sebagai hadiahnya jika esok cuaca baik nak bawa fathnin ke Disneyland sebagai hadiah harijadinya dan itu pun permintaannya juga..:) Lagipun lama dah dia minta nak ke disneyland..


04 May 2011

Dua tiga harini ada plak mood berblog.. jadi sebelum ia lari baik ita masukkan semua gambar2 yang ada dalam kamera ni sebelum hilang. Entry semalam dan hari ni pun sebenarnya buat auto publish .. sebab bukan ada banyak masa nak mengadap depan laptop je... buat kawan-kawan yang datang blog ni terima kasih sangat sebab sudi baca blog ita ni ( macam ada orang baca je..:) ) maaf ye jangan kata ita sombong plak sebab ada yang tak sempat nak buat kunjungan balas... InsyaAllah ita akan datang bila ada masa yang lapang nanti...

Sebenarnya entry ni dah basi ceritanya tapi disebabkan sayang tengok gambar2 dalam kamera tu takut nanti hilang, jadi paling tidak masukkan dalam blog ni bila rindu-rindu jepun nanti boleh la tengok balik.. mana tak nya ita tak sempat nak masukkan kan entry ni, 2 hari lepas ita balik dari tempat ni terus terjadinya tsunami dijepun ni.. syukur sangat kami dah balik ke rumah waktu tu.. pada awal bulan 3 baru2 ni kami sempat ke karuizawa Prince Grand Resort untuk main salji disini. Ini adalah antara hadiah harijadi ita tahun ni. Terima abang .. alhamdulillah kami diberi peluang untuk main salji disini. memang dah plan nak main salji tahun ni tapi disebabkan ita balik malaysia jadi suami tangguhkan percutian ni dan alhamdulillah kami jumpa pakej yang sesuai dan murah. harga bagi pakej yang kami dapat iaitu 11000 yen seorang, untuk pakej ini termasuk tiket shinkansen pergi balik, penginapan dan tiket skilift untuk bermain snowboard atau ski.


shinkansen Asama nagano


Dalam shinkansen

Bagi penginapan disini kami diberi cottage yang amat selesa. Didalamnya ada 4 katil bujang dan dilengkapi dengan meja makan, peti sejuk, pinggan mangkuk, kettle dan bilik air yang selesa. Untuk bermain ski atau snowboard pun dekat, depan cottage je. Waktu sampai saja di karuizawa ini rasa terpegun sangat dengan ciptaan Allah sebab tak dapat nak digambarkan dengan kata2 cantiknya salji yang memutih. kebetulan waktu ita pergi ni memang salji tengah turun renyai2 jadi seronok sangat main salji yang masih soft dan cantik sangat sebab ia melekat2 pada pokok.


permaindangan sambil tunggu shuttle bus


di lobi hotel


dihadapan cottage


subhanallah cantikkan..





Pada hari pertama kami main salji di depan cottage je dengan bermain sledge. Papa ambil peluang pergi ke tempat menyewa snowboard untuk bermain snowboard. Disebabkan tempat main snowboard pun depan cottage je.. papa pun berlatih main snowboarad dikawasan kami bermain sledge. Ita melayankan fathnin dan fateh yang seronok bermain sledge. .. sampaikan dengan mama diorang juga yang terlebih happy main sledge...:)Dah puas bermain salji dan dah penat kami balik ke cottage dan berehat. pada malamnya pula kami keluar ke karuizawa outlet yang terletak diluar hotel ni dengan menaiki shuttle bus yang disediakan. Memang mudah dan selesa dihotel ini kerana untuk kemana dikawasan outlet dan didalam kawasan hotel ini disediakan shuttle bus dengan percuma.





di outlet..



skilift depan cottage je

Pada keesokkan harinya kami pergi ke kid park disini dikenakan bayaran 1000 yen seorang untuk bermain salji. Seronoknya fathnin dan fateh bermain disini. Pada hari tu jega papa mencuba bermain ski pula... bila papa dah penat papa bagi mama pula cuba.. tak mudah sebenarnya untuk bermain ski ni.. sampai sakit2 kaki dan punggung sebab jatuh banyak kali.. :). setelah penat kami pun beredar ke hotel semula dan menyalin pakaian serta bersedia untuk pulang semula ke Yokohama dengan menaiki shinkansen.




Ada tempat bermain juga disini



Terima kasih abang dengan hadiah yang amat bermakna ini. moga kasih sayang abang hingga ke syurga dan tak lupa juga hadiah harijadi sampingan ini...

;;

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG