08 February 2012

Kek Black Forest


Salam semua. Ini adalah auto publish post. Semalam selepas je masukkan entry Tart Buah-buahan tu ita terus masukkan entry ni juga untuk di siarkan hari ini. Nak tunggu masa yang betul-betul free tak tahu bila jadinya ita masukkan sebelum banyak lagi gambar dan resepi yang ingin dikongsi tidak dimasukkan.

Hari ini tuan rumah tak de InsyaAllah dah sampai ke Yeti Snow town di kawasan gunung Fuji. Hujung minggu lepas suami ita ajak pergi dia kata nak main ski walaupun bulan 12 hari tu dah pergi Hakuba tapi disebabkan rasa nak main lagi suami ajak ita pergi tempat bermain ski yang dekat dengan Yokohama iaitu dalam 2 jam perjalanan menaiki kereta. Yang menariknya kawasan ini dibelakangi permandangan gunung Fuji. Cantik jika hari cerah boleh ambil gambar dengan jelas. Sebenarnya waktu kawan ita dari Malaysia datang tempohari kami nak bawa kesini tapi tak kesampaian disebabkan waktu tu kereta kami tak tukar tayar untuk salji. Jadinya terpaksa la kami main salji di kawasan rehat sahaja. Bagi yang berada diJepun yang ingin bermain salji sambil melihat keindahan gunung Fuji bolehla ke sini.:)



Berbalik kepada resepi yang ingin ita kongsikan hari ini. Kek ini adalah kek tempahan dari Ida yang menempah untuk harijadi suaminya. Suami ida diYokohama ni dan Ida di Malaysia. Kebetulan kami di Yokohama ada buat majlis ilmu dan perpisahan untuk beberapa adik dan rakan-rakan yang ingin pulang terus ke Malaysia jadi Ida minta untuk membuat kejutan buat suaminya. Berdebar juga ita untuk menjalankan amanah orang tambahan orang jauh. Alhamdulillah dipermudahkan dan seronok bila suaminya happy dan ramai yang menyatakan amat beruntung suami kerana mendapat isteri yang mengingati dan tidak lupa menggembirakan suami walaupun berjauhan. Terima kasih ida kerana percaya pada Akak..:)

Kek ini adalah kek Black Forest. Sedap kek ini. Ita kongsikan disini resepinya. Walaupun ita ada menerima tempahan bagi ita resepi yang kita gunakan tidak perlu dirahsiakan tambahan kita juga mengunakan resepi orang lain...:) Bagi ita jika mampu boleh buat sendiri tapi kalau tak cukup masa dan mungkin kemahiran belum cukup ita boleh tolong buatkan..:P kek ini bagi ita sedap gabungan kek coklat dan jelly blueberry serta taburan buah blueberry dan coklat chip membuatkan kek ini tambah sedap.

Untuk resepi ini boleh la lihat di Blog kak Ena Lovely Kitchen. Ada step by step disitu. Ita juga lihat di blog kak Azlita sebagai panduan.Terima kasih ye kak. Sedap kek ini boleh cuba bagi yang mengemari kek coklat.



Kek Black Forest


RESEPI CHOCOLATE SPONGE CAKE
(Loyang Kek 18cm / 7 inci)

BAHAN A:

* 3 biji kuning telur
* 100 gram gula castor
* 120 gram tepung kek
* 50 ml minyak masak
* 1 sudu kecil esen vanila
* 1/2 sudu kecil baking powder
* 1/2 sudu kecil soda bikarbonat

Cara-cara:

1. Campurkan semua Bahan A ke dalam mangkuk adunan.
2. Kacau rata menggunakan senduk kayu. Ketepikan.


BAHAN B:

* 30 gram serbuk koko Van Houtan
* 120 ml air panas.

Cara-cara:

1. Satukan bahan B.
2. Kacau sehingga serbuk koko hancur.
3. Masukkan Bahan B ke dalam mangkuk Bahan A dan kacau rata. Ketepikan.


BAHAN C:

* 3 biji putih telur
* 60 gram gula castor
* 1/4 sudu kecil cream of tar tar
* Loyang kek 18cm / 7inci



Cara-cara:

1. Sapu dasar dan keliling loyang dengan marjerin. Alas dasar loyang dengan cooking sheet.
2. Panaskan oven dengan suhu 170 degree.
3. Dengan menggunakan mixer, pukul putih telur bersama cream of tar tar selama 2 minit.
4. Masukkan gula sedikit demi sedikit sehinggan gebu dan bertanduk. Adunan tidak tumpah walaupun diterbalikkan mangkuk pengadun.
5. Campurkan adunan kuning telur ke dalam adunan putih telur.
6. Kaup balik adunan supaya sekata. Jangan terlebih kacau.
7. Masukkan adunan ke dalam loyang.
8. Bakar dengan suhu 170 degree selama 50 minit atau sehingga kek masak.
9. Sejukkan di atas redai.


CARA MENGHIAS KEK BLACK FOREST

Bahan-bahan:

* Whipped Cream (200ml) ( ita guna 300 ml)
* 25 gram gula halus
* Chocolate Syrup Hershey's
* Jem blueberry ( ini ita tambah)
* Dark Pitted Cherry / apa2 jenis buah pun boleh je
* Buah cherry bertangkai secukupnya
* Chocolate parut
Cara-cara:

1. Bila kek sudah sejuk, potong kepada 3 lapis.
2. Pukul whipped cream bersama gula sehingga pekat, ringan dan gebu. (depends pd jenis whipped cream, mungkin ada yang tidak perlu tambah gula)
3. Sapukan chocolate syrup Hershey's di atas lapisan pertama. Ita sapukan blueberry jem yang dicairkan sedikit.
4. Kemudian sapu rata whipped cream di atas jem blueberry tadi.
5. Susun Dark Pitted Cherry. ita gunakan buah blueberry segar dan taburkan juga coklat chip.
6. Tutup dengan satu lapisan kek.
7. Kemudian ulang langkah 3 - 6 untuk lapisan kedua.
8. Selepas tutup dengan lapisan ketiga kek, sapu whipped cream di seluruh kek.
9. Tabur chocolate parut di tepi kek.Jika tiada gunakan coklat rice pun boleh.
10. Paipkan cream putar rosset bulat di atas kek dan letakkan cherry diatasnya.
11. Boleh tulis wording jika mahu atau hias ditengahnya.


16 Comments:

  1. ☆♥L@dy @yU♥☆ said...
    cantek sgt kek bufday nuar ni kak...
    bertuah org gi mkn2 tue leh rasa ngeeee...oishii so
    wahhh best gi jejln la....enjoyyyy
    Cendana Kasih said...
    lawa kek nyer?? dh macam SR dah....
    Qasey Honey said...
    cntik la akak deco kek ni...kek berkenan sgt tgk...rasa tntu sedap...
    cik cek said...
    Cantikkkkk.....:)
    ummiaisyah said...
    salam kenal...cantik kek awak..keknya dah sah2 sedap..
    Mieza said...
    cantik sesangat kek ni..akan kucuba satu hari nanti..sedappppppp!
    Yatie said...
    rajinnya adik akak sorang ni mengekek...cantik sangat2..kalau depan mata ni, akak ngappp je walau tak di pelawa..he3..
    Gee® said...
    gojes!!
    rahel said...
    Salam,canteknya Black forest cake ni,suka tengok...nyum nyum nyum..
    εïзmmyHazaεïз said...
    cantek... tentu sedap ni.. :)
    mizz-siti said...
    ita, cantik sangat kek ni...
    bile la ita nk blk m'sia, boleh tempah hehehe
    Unknown said...
    sungguh cantk n menyelerakan kemas gitu.....
    Unknown said...
    Sedapnya lah
    Nina Farhana SuperStar Shaklee said...
    Duk cari idea nak hias kek simple2 je utk kek anak. Gitu nak buat sendiri hrp2 menjadi lah ye ��
    Anonymous said...
    hi sis, boleh tumpang tanye??? Anchor brand whipping cream yang ni dpt gune utk wat black forest cake ke ?

    https://www.anchorfoodprofessionals.com/global/en/products/whipping-cream/whipping-cream.html
    Unknown said...
    salam sis. i nk tnye untuk bahan B,boleh tak saya tukar 120ml air panas ke 120ml buttermilk atau susu panas

Post a Comment



About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG