20 May 2009

Mee bandung


Masak mee bandung sebab terliur tengok mee bandung kat dapur kak hana.. Mula nak buat mee nyonya tapi apakan daya tak de daun kesum jadi buat mee bandung je la.. so resepi ni dari dapur kak hana.. thanks kak.. nanti ita bagi laporan ye.. heheeh..

Bahan-bahan
1 peket mee kuning
4-6 ekor udang basah
1-2 ekor sotong potong ring
50g udang kering ( blend )
1/2 biji bwg besar
3 ulas bwg putih
5 tangkai cili kering-
suku cwn kacang tanah goreng (tumbuk/blend) - klu tk nk letak pon tkpe tp lebihkan udang kering utk memekatkan kuah.
4 biji telur
sawi

tauhu goreng.
bawang goreng
Hirisan cili merah
Air rebusan daging
Gula
Garam
hirisan daging
limau kasturi / limau nipis

Cara-cara
1.Celur mee kuning
2.Blend bwg besar,bwg putih,cili kering. Panaskan minyak dan tumis hingga cili masak.
3.Masukkan udang kering yang telah diblend hingga naik bau.
4.Kemudian masukkan air rebusan daging,kacang dan udang basah, hirisan daging dan juga sotong. Didihkan.
5.Masukkan pula gula dan garam secukup rasa.*rasa mee bandung manis2 pedas.
6.Kecilkan api. Pecahkan telur sebiji2. Jgn kacau supaya telur tidak pecah.Biarkan telur masak/separuh masak (terpulang)..
7.Akhir skali masukkan sawi.
Tutup api. Curahkan di atas mee. Dan hiaskan dengan bawang goreng, tauhu goreng, hirisan cili dan limau kasturi. Siap utk dimakan

2 Comments:

  1. umi_e said...
    bila dok di negara orang.. semuakena buat sendiri kan...

    * kak e bila teringin, beli je ;)
    Juwita Jamaludin said...
    memang kak e.. tu la semua jadi pandai.. tambahan sekarang zaman dah canggih taip kat komputer keluar semua respi..

Post a Comment



Share it

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG