Dah beberapa hari blog ni sepi je.. pandang pun tak sempat ita.. mana taknya sibuk dengan macam-macam aktiviti hari jumaat hari tu buat majlis baca yassin dan birthday fateh.. tak sambut besar-besar pun .. maaaf warga Yokohama yang tak dijemput sebab ita buat kecik-kecik je maklum la rumah pun kecik.. Ajak adik2 YNU kebetulan memang kat sini setiap dua minggu kami buat usrah dan bacaan yassin jadi minggu ni buat kat rumah ita terus buat birthday fateh sekali.
Menu malam tu biasa2 je nasi beriani, dalca daging dan sayur, ayam goreng berempah, Acar nenas timun, lasagna, popiah goreng bersira, taufu fa, butir nangka , peach cheese tart dan biskut coklat. Thanks to Adnin jiran ita sebab tolong masak beberapa masakan.. sedap plak tu.. heehhe.. to aisha terima kasih bawa biskut coklat tu sedap sangat.. Kali ni ita buat kek Death by chocolate cake dari mrsdayat tu. tapi ita letak pisang kat tengah dia diantara whipping cream tu.. sedap rasanya.. tapi deco kali ni tah apa2 je bentukknya.. sebab badan dah penat jadi idea pun kurang.. jadi la deco kek yang comot itu.. hehehe..papa kata deko kek yang hampir hampa.. hehehe
Lepas birthday tu sempat la kami sembang-sembang lama juga sampai pukul 11 lebih malam.. hari pun hujan jadi makin rancak la bersembang.. ini gambar diantara tetamu yang hadir pada malam tu.. terima kasih kerana hadir dan membawa hadiah masing-masing.. Fateh suka sangat..
Labels: Aktiviti
ramai tetamu .. eppy bday buat anak ita ...
alhamdulilah tu pun ada yg tak dapat datg dan tak ajak semua warga yokohama hehheh