Salam semua. Moga hari ini memberikan keceriaan pada kita semua. Hari ini nak share resepi yang cantik dan memang sedap bagi tekak ita. Resepi ini ita jumpa di blog kak nor secubit garam. Sebenarnya semalam Fathnin minta buat puding strawberry. Dah lama tak memuding pun jadi pagi tu buat sekejap dan petang dia boleh makan dah.
Cerita tentang strawberry ni di Jepun buah strawberry bukan selalu boleh jumpa. Selalu disini kami makan buat ikut musim jadinya jumpa buah tertentu pada musim tertentu sahaja. Sekarang ni musim buah nashi atau pear, masih ada lagi buah peach buah -buah lain agak mahal dan jarang jumpa. Macam kiwi tu sentiasa ada sebab di dari negara luar, untuk strawberry ni pun memang susah jumpa. Kelmarin pergi costco jumpa strawberry ni jadi Fathnin nak. Dah la tinggal bekas yang akhir kalau tak ambil nanti kalau orang lain ambilkan dah rugi.. jadinya walaupun nampak harganya 'agak mahal' mama dia pejam je la mata. Lagi pun dia nak buah bukan nak gula-gula atau keropok yang tak sihat tu.. lagi pun dia memang minat.. mama turutkan juga..:)
Balik je banyak menu strawberry yang dia request.. smootie paling dia suka.. selain makan macam tu je.. ita dah minta dia sikit untuk buat french vanilla slice kelmarin .. so semalam dia minta buatkan puding pula. Nak nampak berseri ita cuba resepi dari rumah kak nor ni iaitu 'Strawberry Fruitti Crystal Pudding' . Sedap sungguh puding ni.. ita buat sikit je sebab bekas acuan ita tu kecil je jadinya ita buat 1/2 adunan resepi kak nor ni... Alhamdulillah anak-anak suka dan mama papa nya pun suka. Puding ni amat sesuai jika dihidangkan jika ada majlis-majlis makan untuk tetamu sebab memang cantik dipandang..:)
Baiklah untuk resepi ini ita ambil dirumah kak nor. Resepi asal dari puding mangga kristal. Telah dioleh oleh kak nor sendiri. Ita kongsikan disini ye kak nor resepi nya.. Terima kasih..
Strawberry Fruitti Crystal Pudding ( Puding strawberi buahan kristal)
Bahan:
Lapisan berkaca (atas)
3gm serbuk agar2
450ml air- ita kurangkan 350 ml
5 sudu besar gula
mangga, strawberi, kiwi ~ dipotong kiub
blueberiLapisan berkaca (atas)
Labels: puding
ita menarik lah puding ni, cantik dan menawan ehheheh.... pepagi masuk sini ceria je rasa jiwa...dgn warna2 yg begitu segar....mcm nak rasa je 3 potong hehhehe rajin betul adik sorg ni...
uwaaa terlioq giler
bab desert mmg lemah lutut
diet terbang jauh tetiba ni ngee
but ichigo mmg x der kat supa di sini....kena tunggu musim baru buat kot...tq k.ita share recipe yg sgt oishhi sou ni
selamat hari raya buat ita sekeluarga :)
batai pose akak nie kang :))
selamat hari raya Aidilfitri buat ita sekeluarga
Cantiknya!!!!! terasa sayang je nak makan puding tu
del.. bagi ita nak buat tak susah mana.. yang penting ada buah2an tu
kak sheila.. tak la rajin dari ngantuk tak buat apa .. buat la untuk anak2 ni
ayu sedap tula kita susah nak buat strawberry tak de akak ni pun sebab ada costco dapat la beli itu pun takai
kak ieda.. sedap kak puding ni ita suka
love,.,, thanks ye.. cuba la resepi kak nor ni sedap
nur.. yum sebab buah2an tu yang jadi warna warni
kak amie.. diotang buat puding kasih bertaut saya buat pudng cristal kak
kak ummi.. ye kak makan buah bagskna.. ini anak dara yang request ni kak..:)
cantiklah puding buah2an ni ita...akak suka tgk..meriah sekali dan mewah dgn buah2an..yumyummm
cantik nya puding akak ni...kalerful tak jemu tengok. Ada pulak model yang sangat comel tu, tambah lagi 5 star. heheh :)
Selamat hari raya akak!
Selmat Hari Raya, Maaf Zahir n batin.
mood masak lom tiba2 ni.mlz sakan.tlg bg ubat rajin...
kak zai.. thanks kak suka puding ni resepi kak nor ni sedap
kak gee.. buat la kak kat msia lagi senang dapat buah-buahan
kak anie.. jangan malas2 kak .. hihih nanti tak makan plak..
kak zana leh buat kak memang sedap