Salam semua. Salam tahun baru 2012 rasanya walaupun sudah terlambat untuk mengucapkannya disini diharap moga tahun baru ini memberikan seribu kebaikan buat kita serta keluarga InsyaAllah. Terlalu lama tidak menaip disini disebabkan bercuti dan kesihatan yang tidak mengizinkan. Ingin dikongsi beberapa perkara namun mengikut kemampuan juga disebabkan kesihatan yang kurang memuaskan.
Selepas entry pau bunga ita sibuk menghadiri program di luar Yokohama, iaitu di Hakuba, Nagano. Program anjuran Isma, Jepun iaitu program "Jalinan Ukhwah Musim Sejuk'. Program ini amat bermakna tambahan ia bukan sahaja dibuat di kawasan bersalji namun 'makanan rohani' yang disampaikan benar-benar mengingati diri akan tujuan kita dilahirkan. InsyaAllah akan dikongsikan disini nanti ceritanya. Balik sahaja dari program tersebut ita terus tak sihat. Pening kepala dan selsema, nak buat kerja pun tak selesa. Kepala rasa berat sangat.Alhamdulillah anak-anak sihat dan ceria. Moga mereka diberi kesihatan yang baik. . Hingga pada hari pertama tu memang dapur tak berasap langsung suami ajak makan diluar je.. hari ini ada dah kurangnya, dapat masak masakan keluarga dan menaip disini walaupun baki-baki tidak selesa dan berat kepala tu masih ada. Jangan ada yang salah sangka pula, ita bukan kena penyakit buatan orang (mengandung) tau.. hihihihihi InsyaAllah belum lagi masanya buat masa ini.
Terima kasih bagi yang sudi singgah dan insyaAllah ita akan balas kunjungan kalian bila kesihatan mengizinkan kelak..:)
Labels: Aktiviti
IA golden week nnt kot
Patut akak diam rupanyer x cihat
Byk kn rest ekk....TC now mmg musim x cihat
moga tahun ini menjanjikan sesuatu yang lebih bererti buat Ita sekeluarga.
mmm.. patutlah senyap je.. tak sehat rupanya.. semuga ita cepat sembuh seperti sedia kala..
akak suka baca blog juwita, banyak juga resepi-resepi akak cuba buat, alhamdulillah sedap jugak. Harap Juwita sekeluarga sihat di negara Matahari Terbit.
akak suka baca blog juwita, banyak juga resepi-resepi akak cuba buat, alhamdulillah sedap jugak. Harap Juwita sekeluarga sihat di negara Matahari Terbit.
semoga ita cepat sembuh yer...
selamat tahun baru juga buat ita sekeluarga.. ita x sihat ker? makan ubat tau.. rehat secukupnya yer... akak doakan moga ita cepat sembuh dan sihat sejahtera hendaknya.. Amin..
Selamat tahun baru buat akak dan famili. Harap belum terlambat ye... semoga akak dan semua sihat2 selalu :)
Best nyer dpt main salji..