12 September 2011

Rich Cocoa Pudding


Salam semua. Baru sempat nak online hari ini setelah penat seharian bermain dengan anak-anak dirumah. Sekarang ni bertekad kononnya weekend je bagi diorang tengok komputer jadinya mama pun kena disiplin juga bila anak dah tidur baru boleh online secara tenang.. Kadang siang-siang ada juga curi-curi tengok dapur kawan dari iphone..:) bagi yang singgah dan komen terima kasih dan InsyaAllah ita akan balas kunjungan tersebut ye.



Hari ini nak share puding yang sedap dan kaya dengan rasa coklat ni. Ramai yang dah buat rasanya. Dulu ita pernah juga buat tapi tak makan dengan kuah tapi bila makan dengan kuah lagi la terangkat. Sedap dan ita rasa kalau tetamu datang kerumah buat puding ni pun sedap.. tambah bila dihidang sejuk-sejuk laju je masuk tekak. Sejak akhir-akhir ni ita suka juga buat puding sebab di Jepun masih lagi panas, yang kedua suami ita sibuk kebelakangan ni.. bila dibalik dah malam dari lab dan penat kayuh basikal tu dia selalunya nakkan sesuatu yang sejuk jadinya kalau buat makanan berat memang dia tak jamah sangat jadinya suami suka puding atau pemanis yang nyaman tekak bila memakannya. Tambahan bila berbuka ada puding macam ni sedapnya menyudu..:)

Okla untuk resepi ini ita jenguk di blog dapur tanpa sempadan. dapur kak azlita masam manis pun ada resepi ni. Resepi asal dari kak jun.. terima kasih semua..:)



Rich Cocoa Pudding


Bahan-bahan
4 1/4 cawan air
1/2 cawan serbuk koko, diayak
1 cawan gula pasir
1/2 cawan susu tepung, diayak
1/2 camca teh garam
4 camca besar tepung jagung
1/2 camca teh esen vanilla
10 g serbuk jelly
3 camca besar mentega



Cara-cara

  1. Satukan semua bahan2 untuk pudding kecuali mentega, kacau rata dengan whisk hingga gula larut.
  2. Tapis ke dalam periuk dan masak dengan api sederhana sambil dikacau tanpa henti hingga adunan likat. Matikan api, masukkan mentega dan kacau rata2.
  3. Tuang dalam bekas kegemaran anda, biar hilang wap panas dan simpan dalam peti ais.
Kuah ( resepi kak Azlita)
1 tin susu cair
1 gelas air
1 sudu tepung kastard - dibancuh dgn sedikit air
6 sudu makan gula - kalau tak suka manis boleh kurangkan
secubit garam - sikit aje tau!


  1. Masukkan semua bahan dalam periuk dan masak hingga didih.
  2. Hendaklah sentiasa dikacau. Kemudian sejukkan setelah itu boleh lah disejukkan dalam peti ais.

Untuk penghidangan,
  1. masukkan puding yg telah keras ke dalam mangkuk.
  2. Bolehlah letakkan buah-buahan cocktail, longan atau buah-buahan segar.
  3. Boleh juga letakkan ketulan ais kalau kuah puding tu kita buat manis.
  4. Curahkan kuah dan sedia dinikmati.


29 Comments:

  1. ☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...
    Meleleh ayaq lioq Tgk pudding akak ni
    Ayu mmg lemah bab pudding
    Sbb sekali mkn mmg ketagih
    Lepas tu ulang2 byk Kali mkn
    Sbb tu mkn kembang setmn ni
    But pudding ni ayu pernah buat Dulu mmg yummy sgt cuma beza x letak kuah jer
    Kak Sam said...
    Assalamualaikum...
    akak masih tak dapat nak bayangkan macam mana susahnya ita nak menghasilkan gambo secantik ni.
    H.J said...
    akak..serius..nampak sedap je..gambar pom lawa akak amek
    アヌム ちゃん said...
    alamakk tergoda tengok pudding k.ita ni..dah la malam2 ni kan..isk2..hari tu sy reply dekat fb akak..hubby saya bukan keja sini..baito je.heee
    Lovely Kitchen said...
    colourful! lum pernah try letak kuah kt pudding ni...

    bz kan bila jadi teacher kan umah...
    Suzi said...
    salam ita,

    selamat hari raya dan maaf zahir batin. :)
    terliur tgk puding coklat tu. makin berseri2 dgn adanya buah2 tu..
    Naz said...
    Assallamualaikum Ita..
    Hehehe..mmg kalau nk suruh anak2 disiplin, kita pun kena juga berdisiplin kan..
    Amboiii..meriahnya rich choc pudding ita tu.. Nak sebekas..
    nur easy said...
    segar je tengok.. mesti sedap mkn sejuk2 ni kan ;)
    Mas said...
    cantikknya puding..
    terliur mas tengok tau..he3
    MamaFaMi said...
    Mmmmmmm syedapnya Ita oi...
    Gee® said...
    terlioq k.gee dibuatnya...
    ieda said...
    aloor sedapnya dikkk
    bilalahhh ju balik mesia , nak merasa makan masakan ju nie ..

    OH tauu !! :))
    quinnie said...
    puding kalau makan dgn buah2 cam gini memang lagi sedap...memang rugi kalau tak makan..hehehhe
    Hanis MY said...
    yummy puding...my all time fav, bagilah perasa apa sekali pun..

    p/s: kak ita..terima kasih..hugs!
    nuwairani ismail said...
    sedapnya!!! dah lama tak makan puding cocoa mcm ni...dulu buat makan gitu aje sebab takde buah2 nk letak...
    Amie said...
    Assalam Ita,
    ada-ada saja hidangan kalau Kak Amie datang sini, memang Kak Amie balik dengan perut kenyang sebab yang dihidang semua sedap-sedap belaka! Menawan rupa paras RCP tu... terasa lembut masuk ke perut!
    dZana said...
    mewah dgn buah2nya.. bertambah sedap bila bkuah camni..
    Ida,Japan said...
    sgt cantik dan pasti lazat ni...
    Diana @ Melley Mey said...
    Assalamualaikum ita..
    wah cantiknya puding tu ita..... menarik sgt.... sedaaap sudah pasti ler kan... ;)
    Juwita Jamaludin said...
    ayu.. letak kuah lagi terangkat ayu.. akak suka puding ni makan tak jemu

    kak sam.. minat kak fotografi geram tgk gambar orang lawa.. nak juga belajar buat macam tu
    Juwita Jamaludin said...
    H.J.. thanks buat la dik sedap tau..:)

    anum.. oh yeke.. takpe2 saja je tanya.. hihihihi
    Juwita Jamaludin said...
    kak ena.. tula busy dah la panas sekarng pening rasa waktu sinag..

    kak suzi ye kak buah2 tu jadi berseri dan sedap
    Juwita Jamaludin said...
    naz.. ye kak sedap kak makan sejuk2

    nur.. sedap puding ni cuba la buat
    Juwita Jamaludin said...
    mas.. ye mas sedap puding ni mas pun dah buat kan

    mamam .. suka puding ni mama sedap
    Juwita Jamaludin said...
    kek. gee.. akak pun leh buat sedap kak tak rugi cuba

    kak ieda.. kena datang melaka la kalau nak merasa masakan ita..:)
    Juwita Jamaludin said...
    quinie.. sedap kan suka juga... puding nyaman tekak

    hans akak memang peminat puding jadi tak kisah perasa apa pun best
    Juwita Jamaludin said...
    nani.. tula letak kuah lagi terangkat nani

    kak amie.. hihi sedap kak buat la ita suka puding2 gini
    Juwita Jamaludin said...
    kak dzana.. sedap kak letak kuah nyaman masuk tekak

    kak ida.. akak pernah buat tak.. kalau belum sedp kak boleh la buat
    Juwita Jamaludin said...
    kak diana.. dah tentunya sedap kak.. akak dah buat kan

Post a Comment



There was an error in this gadget

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG