04 September 2011




Salam semua. Tentu semua kawan-kawan di Malaysia sedang sibuk dengan aktiviti rumah terbuka yang ingin dihadiri atau diadakan. Bagi ita di sini, semalam kami warga Yokohama berkumpul dan bersama-sama di majlis rumah terbuka. InsyaAllah nanti ita kongsikan cerita dan gambar-gambarnya disini.

Belum sempat nak BW rumah kawan-kawan lagi dan balas komen di blog ni. Masukkan entry pun sekadar ingin memenuhi permintaan kawan-kawan yang ingin mencuba resepi tart yang ita buat kelmarin. Tart adalah antara menu kegemaran ita. Ita suka cuba resepi tart atau berbentuk pastry. Tapi akhir-akhir ini lebih gemar untuk membuat tart bersaiz besar berbanding yang kecil sebab senang nak tekan tak perlu tekan banyak-banyak kali dalam satu -satu bekas kecil.


Kali ini tart yang ita gunakan masih menggunakan resepi "crust" yang sama hanya ita ikut resepi ini untuk 'topping'nya sahaja. Bagi ita tart ini adalah tart yang sedap dan mudah bagi yang gemarkan cheese cake tentu menggemari tart ini. Rresepi adalah dari kak yani Myresepi. Tapi dalam resepi tu gunakan mangga jadi sesiapa yang gemar mangga boleh gunakan mangga dan bagi yang tiada bagi ita buah peach amat sesuai. Jika ingin resepi asal boleh lihat disini , resepi dibawah telah diolah oleh ita sendiri. Minta izin ita kongsikan disini ye kak..:)


Peach Cheese Tart


Bahan-bahan

Lapisan Crust - base

284 gram tepung gandum
45 gram Gula kastor
180 gram mentega

cara-cara

1. Pukul mentega dgn gula hingga kembang atau putih
2. Masukkan tepung gandum yang telah di ayak dan gaul hingga adunan menjadi doh
3. Tuangkan adunan ke dalam loyang
4. Canai adunan ke dalam loyang dan cucuk-cucuk dengan garfu
5. Bakar selama 20 minit dgn suhu 160'c.
6. Keluarkan doh setelah masak
7. Bila sejuk sikit.

Tips : Doh agak melekat2 ditangan sewaktu menekan didalam acuan ita sapukan tangan dengan tepung untuk memudahkan untuk menekan didalam loyang.

Crumble

1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
3/4 cawan mentega- yang sejuk dipotong kecil2


Cara-cara

1. Gaulkan tepung dengan gula dengan rata
2. keluarkan mentega dari peti sejuk dan masuk sedikit - sedikit kiub2 kecil dan gaul dengan tangan mentega dan adunan tepung tadi untuk menhasilkan crumble yang cantik. Jika tidak habis mentega itu pun tak pe .. Jangan uli seperti doh hanya gunakan hujung jari sahaja.

Filling
250g philadelphia cream cheese
1 biji telur
1/4 cawan gula
beberapa titik esen vanila
1 tin buah peach( boleh ganti dengan mango/apricot)

Cara-cara

1. Panaskan oven ke 200degree
2. Sapu butter pada seluruh acuan tart
3. Make a crust. Masa tekan kat acuan, jangan tekan kejap sangat.
4. Make a filling. Masukkan semua bahan untuk filling kecuali buah ke dalam food processor. Pukul rata sehingga smooth. Kemudian curah ke atas crust tadi.( ita pukul dengan mixer)
5. Aturkan peach yang dipotong memanjang ke atas cream tadi.
6. Kemudian tabur dengan crumble yang disimpan tadi.
7. Bakar dalam api 200C selama 10 minit. Turunkan ke 170C dan bakar lagi selama 20 minit
8. Keluarkan dari oven. Sejukkan lebih kurang 20minit. Keluarkan dari acuan.



24 Comments:

  1. ☆♥L@dy @yU♥☆ said...
    dah agak masa tgk pics yg murni upload tu nmpk peach cheese tart mmg agak ayaq tangan akak...gomen ne akak x dpt join smlm angin ngan hujan lebat la....insyaAllah nnt ayu terjah yokohama jmpa akak sendiri la senang...:))
    Amie said...
    Assalam Ita,
    masih dalam mood raya ke... apa pun kita sebulan beraya..., memang Ita rajin buat pelbagai jenis makanan ye...sedap nampak PCT tu...
    Cheq Sue said...
    mesti sedap kan tat ni makan sejuk2...
    Sheery Dream Cakes said...
    Assalamualaikum ita...
    cantiknya ...n nampak sedap .. akak x perna lg buat tart keju buah peach nie.. kalu daughter akak tgk nie pasti dia tertarik nak buat nie.. mmg nampak sgt sedap...
    kurus said...
    wah2 sgt2 sedap bila tgk nie ..
    rajin tul ju nie .. bertuah anak2 dan hubby ..
    dikk hows ur aidilfitri ?? :)
    Yatie said...
    Slmt Hari Raya Maaf Zahir dan Batin Ita....uwaaa rajin adik akak masak yg sedap2..mai bagi akak rasa sikit..hehehehehe..
    LindaLittle said...
    SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KAK JUWITA...:)

    linda suka makan tart...tapi belum try buat sendiri..:)

    sedapnyer nampak tart peach ni...
    Jue said...
    sedap..sedap..sgt sedap.. :)) tq kak ita bwk tat yg sedap ni..
    Asmara said...
    nmpak enak dan sedap! cara buat pun mcm senang je kan. leh try la. :D
    E-na Zarina said...
    Selamat Hari Raya Ita...maaf zahir batin ye...E-na baru ni nak berjalan raya umah kwn2 maya...hihiii...sedap tu tart...leh try nnt...ni malas nak salin resepi lg...nnt nak wat kena dtg selongkar dapur yokohama...he he
    Cendana Kasih said...
    tengok pun dh sedap..akak salin respi dulu yer...sure nk buat ni...TQ Ita
    CT said...
    Selamat hari raya :)

    http://batulesung.blogspot.com/
    dZana said...
    sedap nya ita.. bila la akk nk rajin2 mcm ita ni..
    Deliah's Deli said...
    cheese tart je pun dah sedap dgn peach tu lagi bertmbah2 sedap. :)

    comeynyer tuan rumah kat pic bwh tu. :)
    Anonymous said...
    akak...sedapnye peachhh
    Gee® said...
    Wadduh!! sedapnya cheese tart buah peach...
    Juwita Jamaludin said...
    ayu.. ok nanti nak datang habak mai no.. kalau masa cukup leh masak macam2 untuk ayu.. hihihih

    kak amie.. ni buat untuk majlis raya kat sini ni.. hihihih
    Juwita Jamaludin said...
    cheq sue.. hihi sedap bagi ita kalau tak sejuk pun ok rasanya sebab guna cheese

    kak diana.. tula bagi ita sedp ita dah banyak kali buat dah
    Juwita Jamaludin said...
    kak ieda.. beraya 2 hari je kakka.. biasa la diperantauan..

    kak yatie.. mana rajin kak buat untuk majlsi makan2.. hihiihi
    Juwita Jamaludin said...
    linda.. cuba la senang je tu akak suka.. ramai yang suka tart ni

    jue.. alhamdulillah akak kalau buat kena buat waktu majlis kalau tak mahu mok2 makan sendiri hahahah
    Juwita Jamaludin said...
    as..sedap as.. bagi ita suka ramai yang suka as tart ni

    kak e-na..boleh2.. nanti try la.. yang blueberry hari tu dah try dah ke
    Juwita Jamaludin said...
    kak noorma.. cuba kak sedap tart ni..

    Ct.. thanks singgah blog saya ye
    Juwita Jamaludin said...
    kak dzana.. mana rajin nya kak buat untuk makan2 dengan kawan2..

    del.. thanks.. ye. sedap tart ni del cuba la
    Juwita Jamaludin said...
    sue.. sedap sue cuba la resepi ni

    kak gee bagi ita sedap boleh cuba kak

Post a Comment



About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG