Salam semua. Hampir 10 hari ita tak sempat nak masukkan entry baru. Gagal rasanya menguruskan masa sejak akhir-akhir ini tambahan bila ita buka laptop je Fateh dan Fathnin tentu nak berebut juga disebabkan satu laptop dah rosak.. huhuhu.. jadinya bila diorang dah tidur baru mamanya boleh nak bersenang-senang dilaptop. Selalunya kalau waktu nak tengok Facebook atau jalan-jalan blog kawan-kawan waktu siang tu ita tengok guna iphone je...:(
Mungkin kena uruskan waktu dengan betul dan malam bila anak-anak dah tidur boleh la mamanya nak menaip disini. Terima kasih buat kawan-kawan yang sudi singgah disini dan ita mohon maaf kerana masih belum lagi sempat pergi ke setengah-setengah blog kawan-kawan yang lain. InsyaAllah jika diberi kelapangan ita akan datang melawat dan meninggalkan komen.
Dalam minggu ini juga ada sesuatu yang ita dan suami tubuhkan. Kami menubuhkan pages di dalam facebook iaitu page " Simple Homemade Cakes". Penubuhan pages ini sebenarnya dah lama di rancang dan digalakkan oleh suami ita, hanya ita je yang tak yakin dengan kebolehan sendiri. Setelah ita mendapat beberapa tempahan dari kawan dan ada kawan-kawan yang bagi galakkan jadinya ita cuba buat pages ini sebagai menyebarkan atau memberi pilihan pada kawan-kawan dijepun untuk membeli kek, pastry atau 'frozen food'. Ita juga mengenakan bayaran bagi penghantaran disekitar Yokohama dan Tokyo dan kos bagi penghantaran mengikut lokasi penempah. Niat ita dan suami sekadar memberi pilihan bagi mereka yang mencari makanan halal, moga ia juga boleh dianggap sebagai fardu kifayah. InsyaAllah...
Alhamdulillah minggu ni kami juga menerima tempahan kek hari jadi dari kawan di Yokohama untuk hari jadi suaminya. Kek yang ditempah iaitu 'chocolate indulgence cake' tapi topping putihnya menggunakan cheese disebabkan suami penempah menyukai cheese dan meminta untuk menghias secara ringkas dan menulis dengan tulisan berwarna biru. Terima kasih sangat atas kepercayaan pada kami untuk membuat kek tersebut. Alhamdulillah penempah amat berpuas hati dan bagi diri ita, ita amat bersyukur dan gembira bila hasil kerja disukai. Ita tak sempat nak ambil gambar secara cantik, tapi ambil gambar biasa-biasa je untuk kek tersebut jadi tak dapat nak kongsikan disini. Selain itu minggu ni juga ita dapat tempahan karipap dari seorang kakak dan kawan-kawannya sebanyak 100 keping karipap. Ita buat karipap sardin, ayam dan daging.Terima kasih kak, atas kepercayaan pada kami. Alhamdulillah diatas 'feed back' yang positif yang diberikan.
Karipap Sardin
Bahan-bahan ( 20 biji )
Btw, karipap bulat2 tu cantik jer Ita..comel mcm tuan yang membuatnya jgk...hehee,muaahhsss!
tahniah berbangga akak dengan perkembangan ita tu..kira sesuatu yang baguskan,akak selalu berkira kira nak buat cam ita,buka fb tapi berjualan gitu,tapi tak mampu lagi takut laa..hihihi cantik karipap tu,akak pun suka buat bolat bolat gini...Tahniah yer dek..semuga akan lebih sukses,...amin
tengok karipap kak ita buat ni tiba2 rasa macam dah lama betol x makan karipap...nanti2lah nk buat ni...
But akak if nk pos kek pun blh
Just pilih cake then suruh letak tmpt sejuk
Caj ikut posto la
Best org Yokohama leh mkn air tangan akak ngeee
Hope leh rasa gak b4 akak back for good nnt
rasanya pun pasti sedap kan..
sebab inti sardin.. maklong suuuka..
Cantik karipap bulat2 ni...!
tahniah atas kemunculan Page Simple Homemade Cake! Kena yakin pada diri, itulah sebenarnya kejayaan Ita.
Cantik karipap bulat tu, kreatif sungguh!
Lama tak singgah sini. Singgah makan karipap ni, sedap nampaknya
karipap ni pun nampak sedaap sgt...... inti sardin plak tu..feveret ni :)
selamat maju jaya^^~~
tahniah buat Ita sekeluarga..akak doakan moga Ita terus maju jaya dlm bidang yg baru di ceburi ni...
tgk karipap tu mmg comel sgt... suka akak tgk.. :)