Salam semua. Semoga hari ini seceria sang mentari yang memancarkan cahayanya. Minggu ini Yokohama sangat baik cuacanya walaupun dalam kesejukkan. Matahari yang memancar memudahkan proses untuk menjemur pakaian. Alhamdulillah dengan setiap nikmat yang Allah kurniakan.. sebagai hambanya rasa amat bersyukur.
Dua tiga hari ini ramai kawan-kawan di blog yang menunjukkan hasil membuat roti ini. Ita tidak ketinggalan untuk membuatnya disebabkan teruja dengan komen dan hasil yang ditunjukkan menyatakan roti ini amat sedap. Bagi ita ianya benar.. memang sedap.. tambahan ia lembut dan manis tambahan bau serbuk kayu manis yang ditabur menyemarakkan lagi selera untuk menjamahnya. Betul kata kawan-kawan yang telah mencubanya bau yang terhasil sewaktu dibakar membuatkan tidak sabar untuk merasa roti ini. Ini adalah roti kali kedua yang ita buat. Roti pertama habis dimakan oleh anak-anak sewaktu panas.
Sewaktu roti ini siap diadunan, teksturnya lembut dan lembik sedikit. ita gunakan sedikit tepung untuk membentuk roti. Bila sudah dimasak ia akan naik dan gebu betul...:) Tapi ita tak la potong banyak bahagian roti ini dalam 16 keping sahaja tak silapnya.. jadi roti ita nampak seperti dalam gambar-gambar tu. 2 kali buat jadi macam tu juga.. kalau nak roti yang berlapis-lapis rapat canai lebih nipis dan potong banyak keping lagi ye... Terima kasih buat Joy the baker yang berkongsi resepi. Ita kongsikan resepi yang diambil dirumah kak Nor. Terima kasih kepada semua ye..:)
CINNAMON PULL APART BREAD
Bahan untuk doh
2 3/4 cawan + 2 tbs tepung
1/4 cawan gula kasar
2 1/4 sudu kecik yeast
1/2 sudu kecik garam
4 tbs mentega
1/3 cawan susu penuh krim
1/4 cawan air
2 biji telur (size A)
1 sudu kecil Vanilla extract
Untuk isinya
1 cawan gula kasar - ita letak 3/4
2 sudu kecil serbuk kayu manis (cinnamon)
1/2 sudu kecil serbuk buah pala (nutmeg) - ita tak letak sebab tak de
4 tbs butter - dicairkan sehingga menjadi brown
Cara:
- Dalam mangkuk yang besar, campurkan 2 cups tepung, sugar, yeast, and garam. Ketepikan
- Pukul telur, ketepikan
- Dalam periuk kecil, campurkan susu dan mentega, panaskan sehingga mentega cair. Ketepikan dan masukkan air dan vanilla extract.
- Biarkan seketika sehingga adunan menjadi suam2 kuku.
- Tuangkan adunan susu dan mentega tadi kedalam bahan kering, kacau dengan senduk.
- Masukkan telur dan kacau lagi. Add 3/4 cawan tepung, dan uli sehingga sebati.
- Adunan agak lembik sedikit.
- Masukkan doh kedalam mangkuk besar yang telah di gris dengan butter/minyak.
- Tutup dengan kain atau cling wrap, biarkan sehingga dough naik 2 kali ganda.
* ita menggunakan Bread Maker jadinya ita masukkan semua bahan cair dahu kemudian baru bahan kering dan tekan butang doh. Tunggu hingga siap doh berkenaan sebelum di canai.
peringatan: doh yang telah naik, boleh disimpan di dalam peti semalaman, dan diguna keesokan hari.
Sementara menunggu dough naik, campurkan gula, serbuk kayu manis dan serbuk buah pala di dalam mangkuk.
Untuk mencanai doh
- Ambil doh dan canai senipis yang disukai, Ita buat agak tebal.
- Letakkan mentega yang telah dicairkan diatasnya dan sapu rata.
- Tabur campuran gula dan serbuk kayu manis tadi secara rata.
- Potong berbentuk segiempat sama semua doh yang telah dicanai tadi
- Bolehlah disusun didalam acuan kesukaan, ita menggunakan acuan roti buku.
- Disebabkan cuaca agak sejuk di sini untuk menaikkan 2 kali ganda ita masukkan ke dalam oven dan bakar dalam suhu 100 c selama 10 minit kemudian bakar 180 c selama 20 minit.
- sedap dimakan sewaktu panas..:)
*utk kaedah membentuk roti ni sila rujuk/klik pada link Joy OF Baker atau Shidah.
biler nk try plak ni
kena tgk mood gak
lately mood pemalas jer
apa nak jadi ni issyyy
maklong gak yang ketinggalan.. jamu mata ita punya roti pun jadilah..
selalu beli roti yang pitpot2 bawak je.. hehe..
nampak sgt sdp la roti ni..teringin nk cube..tpi merajuk buat roti tak jadi hari tu belom hilang lagi..hehe..
mungkin bile dah cuti skolah nnt kne paksa diri cube buat..
*Ita, nmpk cinnamon stick tu, beli kat sini ke bwk dr msia? besar dn pnjg2 kan!
sedap kan :)
Akk terima kasih doakn ank2 sy ye..harap ank2 kita semua sntiasa sihat.)
sy buat nipis2 dpt 2 bekas roti yg kecik..lembut n sedap. wangi plak tu.. tq!