Salam semua. Hari ini keputusan UPSR sudah pun keluar, seronok ita dengar kejayaan anak kawan-kawan tidak ketinggalan anak kakak Ipar ita iaitu Nur Farhana diatas kejayaan 5A dalam UPSRnya. Tahniah Farhana. Farhana cucu sulung dalam keluarga suami ita.. semoga kejayaan ini akan menjadi contoh buat adik-adik dan sepupu yang lain terutama Fathnin dan Fateh.. InsyaAllah..:)
Semakin hari semakin sejuk suhu di Yokohama ni. Kalau sejuk-sejuk ni perut asyik minta diisi je. Kadang tu saja rasa nak mengunyah. Bahaya kalau dibiarkan macam ni. Nanti penimbang pun boleh rosak macam ni.. hahahha.. jadinya baik puasa selain ianya ibadah yang mulia dapat juga mengurangkan aktiviti mengunyah disiang hari.
Untuk menu berbuka ita buat cream Puff . Lama dah tak buat. Tapi nak buat cream puff ni kena betul-betul ikut langkahnya ye sebab ita pernah sekali tak jadi disebabkan tak ikut betul-betul resepi. Nanti cream puff jadi kurang gebu dan bantat. Lagi satu bagi ita penggunaan telur juga amat penting. Guna telur saiz L dan dikacau betul-betul setelah dimasukkan telur pada langkah terakhir tu. Tadi ita kacau sampai rasa lenguh la tangan..:) Untuk intinya ita saja gabungkan whipping cream coklat dan kastad. Sedap..:) lain kali boleh buat lagi.
Baikla resepi ni ita ambil di myresepi. Resepi dari kak yani . Terima kasih kak atas resepi ini. Ita suka sangat dengan cream puff ni. Resepi ini boleh menghasilkan 8 - 10 biji cream puff yang besar.
Cream Puff
Bahan-bahan ( 10 biji )
- 100ml air
- 45g butter-suhu bilik, potong 1cm
- 60g tepung gandum- diayak
- 2 biji telur(100g)
Cara-cara
- Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih bercampur.
-
Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
-
Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
-
Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
-
Masukkan telur, kacau cepat-cepat. kacau sehingga adunan nampak licin.
-
Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang seperti dalam gambar. Anggaran diameternya ialah 5cm.
-
Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
-
Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
-
Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.
Inti
Whipping cream
70 ml whipping cream
1 sudu besar gula
1/3 sudu serbuk koko
Cara-cara
1. Masukan semua bahan-bahan dan puku hingga kental.
2. sedia untuk di masukkan ke dalam cream puff
Ini bagi mereka yang tidak suka kastad yang menggunakan telur ita kongsikan resepinya disini, ita akan tetap menggunakan resepi ini..:)
Bahan
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu teh vanilla
1)Larutkan tepung kastard dan gula kedalam susu.
2)panaskan hingga mendidih dan pekat.Masukkan butter dan vanilla...sejukkan...
kat sini pun sama la Ita semakin sejuk..kekadang temp dah turun minus dah waktu mlm. akak ni mkn sokmo jer kejanya..mana tak bam bam kan..hehe
Fathnin yg shomell. Cream puff yg mama die buat pn cntik gak..
pssst..sy xpenah buat ni,sbb kat sini ade kedai yg bole dibeli cream puff nih.ni pun stlh ditanya ingredients oleh adik2 geng amer.jd rs yakin nk beli tu tinggi la sikitkn..
Ayu pow dh nk start posa gak ni
Jenis2 ni Ayu x pernah try Takut x jadi ngeee
Suhu dh sejuk khen nasib baik selera Ayu blh control lg ngeee
Kak Cek tak penah buat lagi Cream Puff ni...byk dah tgk kengkawan blog dok buat..kot sampai seru nanti lehla kak cek cuba buatnya...:D
p/s: fathnin sgt comel dlm pic kat ats tu... =)
tahniah untuknya ye...
suka tengok cream puff tu... comel and gebu!
sedappnya tgk cream puff tu.. x pernah buat lagini, nanti ader masa nak try buat juga... suka :)
lama akak tak buat cream puff ni. akak rasa.. dlm byk2 kuih manis yg akak buat.. CP nilah yg paling husband akak suka.. hihi.. biasa dia memang kurang sikit ngan kuih2 manis ni.. tp hairan ngapa dia minat pula ngan CP ni.. hmm.. terliur pulak akak tgk CP ita ni...