Salam semua. Asyik tengok entry jalan-jalan je ye.. takut ada yang bosan plak. Mari kita segarkan mata dan perut dengan donut yang ita buat semalam ni. Alhamdulillah semalam diberi kesempatan untuk buat donut permintaan Fateh ni. Dah 2 hari juga dia minta tapi sejak balik bercuti ni memang tak sempat sangat nak buat kuih-kuih ni. Masak menu utama je. Penat dan banyak juga urusan kain baju nak kena selesaikan. Jadi hari ni disebabkan pergi bercuti dipertengahan hari minggu jadinya bila hujung minggu kena duduk rumah sebab papa pergi lab untuk buat kerja.
Fateh kalau donut memang suka. Dia suka donut yang ada coklat atas nya tapi kalau donut tu tak letak coklat gula je pun dia makan.. hanya tak leh la tengok ada yang coklat.. kalau ada 2 pilihan tu mesti ili yang coklat. Hari ini mamanya merajinkan diri untuk salut dengan coklat cair. Berebut-rebut dia makan dengan kakaknya. Ita selalunya buat donut frozen ni tapi dah lama rasanya tak buat tu yang hari ni buat dalam 15 ketul habis sebab semuanya makan dengan berselera.
Donut mayonis ni pertama kali ita cuba. Sedap donut ni lembut dan ita suka rasa dan teksturnya yang lembut didalam dan ranggup diluar. Lagi pun senang je masuk je semua dalam 'Breadmaker" sampai waktunya uli dan goreng. Alhamdulillah .. akan jadi donut pilihan lepas ni . Resepi ni dari Ros Jintanmanis. Tapi masa intai-intai tu di dapur kak yatie. Sedap donut ni .. Terima kasih buat ros berkongsi resepi ini ye.. ita panjangkan disini pula ye..:)
Donut Mayo
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahanya
330 gram tepung gandum
1 1\2 sudu besar mayonis ( ros guna mayonis jenama kimball)
1 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ( dipukul sedikit mengunakan garpu)
140ml air suam
1 1\2 sudu besar marjerin
3 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 1/2 sudu kecil)
sedikit serbuk gula sebagari salutan pada donut mayo ni nanti.
* ita guna coklat dan cairkan secara double boiler. Ambil donut yang telah sejuk dan telangkupkan kedalam coklat cair tadi. Kemudian boleh kemasnkan dengan sudu. Cairkan coklat putih dengan menggunakan microwave didalam zip lock. setelah itu potong hujung ziplock berisi coklat putih tadi. Boleh la dihias mengikut corak kesukaan.
Cara-cara
1. Buat doh, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
4. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye, biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan, gunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.
Labels: kuih muih
dah hulur piring suruh letak 3 ketul buat ayu ni...oishii sou
mmg fav kids la ni...adam pow suka sangat ngan donut
wah pagi2 kak nur dh kecur tengok donut ini...kak nur pun nk goreng donut juga ni tapi yg instant aje...hehe...cantik donut tu!
Bunyi best jer masuk semua dalam bread maker, cepat siap, cepat dimakan! yum... tak penah saya buat donut yg bubuh mayo. Sedap la nampak si kecil makan... :))
ita Thanks atas kata2 semangat n sokongan cuma nak lepaskan sikit je apa yang terbeban selama ni