25 November 2011

Swissroll bercorak Zirafah



Salam semua. Moga sihat-sihat sentiasa dan dirahmati Allah hendaknya. Minggu yang agak sibuk buat ita dan tak boleh nak mengadap blog lama-lama sebab suami ita guna laptop yang selalu ita gunakan. Kesian hubby laptop kena virus jadi untuk pastikan semua kerja-kerja berjalan dengan baik hubby guna laptop ita. Jadinya kena la ita curi masa sikit waktu dia berehat tak guna laptop untuk ita update disini.

Cerita tentang resepi hari ini, ita amat teruja bila tengok swissroll ni di blog kak wan. Cantik sangat dan keingin mencuba melonjak..:) Tunjuk kat hubby waktu tu duduk sebelah dia pun kata cantik dan kreatifnya orang yang buat swissroll ni katanya. Jadi nya ita godek-godek sekejap didapur itu pun banyak sangat acara tergendalanya sibuk dengan karenah anak-anak. Fathnin pun tak sabar tengok hasilnya.



Bagi ita kek ini lembut dan sedap. Tambahan ada rasa coklat jadi tidak rugi mencuba tambahan rupanya yang cantik. Lagi cantik jika coraknya agak rapat tapi ita tompok-tompok tu jarang la pula..disebabkan banyak adunan putih tu jadi ita tebalkan garisannya.. hasilnya jadi la seperti gambar tu. Nak lihat corak yang cantik boleh pergi ke blog kak wan. Cantik betul coraknya.

Resepi ini dari blog MissB@everybody East Well dan ita ambil resepi nya di blog kak wan. Ita kongsikan disini ye resepinya.



Swiss Roll Zirafah / Giraffee Swiss Roll
Sumber : MissB@everybody Easts Well


Adunan Coklat
Bahan A
3 biji kuning telur
15gm gula kaster
60ml air
40ml minyak jagung / minyak masak
75gm tepung gandum
1/2 sudu teh esen vanila

Bahan B
8gm serbuk koko
1 sudu kecil coklat emulco

Bahan C
3 biji putih telur
50gm gula kaster
1/4 sudu teh cream of tartar

Adunan Corak Zirafah
1 biji putih telur
2 sudu teh gula kaster
1 sudu teh tepung gandum
2 sudu besar dari adunan (yang di ketepikan)****

Cara-cara :
1. Sediakan loyang 10 x 10". Lakarkan dengan pen corak zirafah di atas sehelai kertas minyak. Masukkan ke dalam loyang, kemudian ambil sekeping lagi kertas minyak dan alas di atas permukaan kertas lakaran tadi. Gunakan berus, celup dengan sedikit minyak dan gris permukaannnya hingga rata untuk mengelakkan corak dari melekat di kertas apabila di keluarkan.





2. Adunan Coklat : Bahan A :
  1. Pukul kuning telur dan gula hingga berkrim, di ikuti esen vanila, air dan minyak.
  2. Pukul sebati dan masukkan tepung, kaup balikkan hingga rata.
  3. Ketepikan 2 sudu besar adunan *** (untuk corak zirafah).
3.
  1. Pukul bahan C hingga kembang dan bertanduk, kemudian kaup balikkan perlahan-lahan dengan adunan selebihnya dan bahan B untuk adunan coklat.
  2. Gaul hingga sebati.
3. Adunan Corak Zirafah :
  1. Pukul putih telur dan gula hingga kembang dan bertanduk.
  2. Masukkan 2 sudu besar adunan yang di ketepikan tadi di ikuti dengan tepung gandum. Kaup balikkan hingga sebati.
  3. Masukkan adunan ke dalam piping bag yang di gunting muncungnya dan pipe di atas lakaran corak zirafah tadi.
4. Bakar di dalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu pada suhu 170C selama 1 minit dan keluarkan dari oven. Ketepikan.
5. Tuang adunan coklat ke atas corak zirafah, ratakan dengan spatula. Hentakkan loyang beberapa kali untuk mengeluarkan buih yang terperangkap di dalam adunan.





6. Bakar pada suhu 190C selama 10-14 minit.
7. Bila kek telah masak, keluarkan dari oven dan pindahkan ke atas wire rack. Biarkan sejuk dengan permukaan corak zirafah berada di atas. Keluarkan kertas alasnya perlahan-lahan supaya corak tidak terkoyak.

8. Untuk mengulung : Potong bahagian tepi kek. Sediakan sekeping kertas minyak yang besar dan terbalikkan kek dengan permukaan corak zirafah di bawah. Sapu jem / filing yang di sukai dengan rata di atas pemukaan kek dan perlahan-lahan gulung padat dengan kertas minyak. Simpan di dalam peti sejuk selama 1 jam.


Filing
100gm whip cream
15gm gula kaster
(Putar hingga kental dan sapu di permukaan swiss roll)


29 Comments:

  1. ilahjy said...
    salam ita...
    cepatnya ita buat..semalam kak ilah baru print resepi dr k1..kretip betol k1 tu kan....mcm biasa lah dlm senarai menunggu...hehehe..
    izahdaut said...
    Itaaa i miss uu.. Wah cantiknya kek gulung jirrapah. Ni klu budak2 tgok ni sah2 truja. Boleh la masuk list. Tq ita n pnyumbng idea yg kreatif tu
    ☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...
    rajinnyer betul la kaka bikin
    ayu start fuyu ni penyakit M x dpt d elakkan....
    mmg catek jer tgk....kemas gituew
    Cendana Kasih said...
    lawa kulit zifapah ni... nampak gebu plak tu...

    Ita, pos sekeping yer... hehee
    nur easy said...
    kreatifnya.. ;)
    wa said...
    Lawanya..rajin betul Ita masak ...

    ita kalau dari yokohama station tu macam mana nak gi ke Fisherman market tu ek ?..senang tak?
    KakAsma said...
    Ita,
    lama tak jenguk Ita,tapi tengok kek tu mmg teruja rajin sunnguh ita buat yer..akak ada tengok kak wan buat,hehehe hanay org yang sabar ajer boleh buat tu...sedap tak???
    Kakwan (K1) - citarasawan said...
    Salam Ita, mecihlaa sudi cuba swissroll zirafah dn lagi K1 ada swissroll harimau pula nti sng ita cuba ni pula.. kulit rimau lagi sedapp hee hee...
    Mama Hawa/Mama Nani said...
    Salam Ita..
    baru nmpk kat blog kak1 hari tuh ... dh sampai kat Jepun daa. Pandai Ita :)
    dZana said...
    cantiknya ita.. akk mmg tak rajin cam ita.. klau buat apa2 semuanya main lebur jer.. jenis tak sabar la tu kan.. hihihi.. seronok anak2 ita dpt mkn swissroll yg cantik..
    εïз mummyHaza εïз said...
    wahhh cantik swissroll tu... mesti sedap... pandai k.ita buat :)
    K.Nor said...
    wahhh ada zirafah kat sini.. ehh swiss roll zirafah.. pandai ita ni tau... cantik jer tu :)
    quinnie said...
    rajinnya...saya masa tengok kat blog kak wan hari tu dah surrender dah nak buatnya..hehhhe.tapi cantik...:)
    Ida,Japan said...
    wahhh...cepatnyer..ita dh cuba resepi kak wan ni...baru tgk kt dapur k'wan hari tu...cantikk la ita...suka tgk,tambah2 dia possing ngan daun ginko tu he..he
    kzai said...
    ita..akak baru berangan nk mencuba kek ni..dh npk kt dapur ita dulu..cepat sampai ke japan..mabeles...
    Chah said...
    wushh, Ita sayapun baru menyebut2 ttg kecantikan kejadian swiss roll ni kt blog kak wan tu..tgk2 dah dipersembahkan dengan jayanya juga oleh Ita...cantik, terguda U!
    Ayu said...
    Assalam ita, waduh baru hari tu akak nampak kat dapur kak wan...memang dah masuk list tinggal nak jalankan project aje ..heheh..cantik corak zirafah ita ni..
    Amie said...
    tabiklah Ita...rajin betul buat kek yang cantik2 begini,...seronoklah anak-anak Ita...tentu mereka suka sangat ...
    sabar kagawa japan said...
    wow kak ita cantiknyeeee rajin betol akak ni mengekek time fuyu yer...kalo kite sure duk dlm futon ajelaa
    Roses_Leo09 said...
    salam ita
    resepi ni masih dalam KIV hanim
    berkobar2 rasa nak buat bila tgk hasil kek ita ni
    Kamalia said...
    Sgt cntikla k.ita..ade gak trnmpk dlm blog k.wan aritu..mmg rajin sungguh akk ni.
    Gee® said...
    hamboiii....nak..nak..zirafah...!!
    Chik Mimi said...
    cantiknya ita ,akak salute dengan ita rajin sungguh kalau akak heheh simpan aje niat tu sebabnya M banyak sangat
    Nieza said...
    cantikx2...kreatif tul la..akak belum ada keberanian nk buat kek gulung ni:)
    Mamasya said...
    Aslmkum Ita. Lajunya Ita...dah siap terhidang sroll Zirafah di blog Ita...nampak lembut. akak pun ada print resepi semlm tp tak tahu bila nak buat...
    Yatie said...
    Assalamualaikum Ita,
    waduh kreatifnya Ita ni, penyumbang resepi lagilah....mmng cantiklah swiss roo zirafah ni, akk mmng takde kerajinan nak wat kek2 mcm ni..kalau boleh nak wat yg senang2 jek..
    Hanis MY said...
    uwaaa pengsan... macam susah je nak buat huhu... tapi terliur sgt tgk, dh lama tak makan swissroll...
    Mieza said...
    ita..cantik bangat ehhhhh swiss roll giraffe nih..nak kena wat gak la ni..sukerrrr..cantikkkkk..kalau anak kak mieza tgk mesti suka banget depa tuh...c n p resepi dulu la jawabnya..
    Ijah EmoTemo said...
    aduhh terliur!

Post a Comment



Share it

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG