Salam semua. Alhamdulillah da sehari kita berpuasa. Moga Puasa yang dilakukan diterima oleh Nya dan mendapat manfaat yang sebaiknya. Semalam seharian tak dapat 'Online' kerana kesibukan rumah tangga. Moga diberikan kelapangan masa yang sesuai agar dapat dicuri untuk jalan-jalan dirumah kawan-kawan.
Bercerita tentang berpuasa diperantauan bagi ita ini adalah kali 4 ita berpuasa diperantauan dan InsyaAllah juga kali ke 3 untuk berpuasa dan beraya disini. Jika tentang juadah berbuka ita akan masak seperti biasa je seperti hari2 biasa hanya agak sibuk kerana perlu membuat kuih muih juga. Jika di Malaysia mungkin boleh masak 'main' menu sahaja dan kuih boleh juga dibeli jika tidak cukup masa.. tapi disini semua menu perlu di masak sendiri. Biasanya kalau mood rajin ita akan buat 2 jenis kuih sebab suami ita suka makan kuih muih sebelum makan yang berat2. Jadi kalau tak buat rasa serba salah dan tak seronok bila lihat suami makan seperti tak lengkap.
Hari ini ita nak share menu ikan sumbat yang ita buat semalam. Ita dan suami kalau berbuka suka masakan yang panas baru rasa seronok dan ringkas seperti ini. Jadi menu ikan selalu menjadi pilihan hanya ikan disini amat terhad untuk buat menu masakan seperti diMalaysia tu. Jadi ikan saba yang ita beli ini sesuai untuk dibuat ikan sumbat.
Resepi ini amat mudah dan sedap bila dimakan. Alhamdulillah suami sungguh berselera untuk makan ikan ini. Hilang penat memasak semalam. Ita gandingkan juga dengan Udang masak lemak cili api tapi tak sempat untuk share resepinya disini disebabkan kepenatan nak mengambil gambar..:) InsyaAllah lain kali jika berkesempatan ita kongsikan disini ye.
Okla resepi ini ita ambil dari rumah kak Ina KL.. Terima kasih kak atas perkongsian resepi yang sedap ini. Ita buat lebih sambal tu dan lumur sekali pada ikan juga.
Ikan Sumbat Sambal
sumber: kak ina KL
Labels: ikan
memang betul ler kan... kalau kat M'sia nie kuih muih memang boleh beli jer kalau x cukup masa nak buatnya... kat tpt ita memang kena buat sendiri kan ita...
n ikan sumbat sambal tu mmg sesuai tu makan masa berbuka... hubby akak pun suka selain ikan panggang kalau untuk berbuka nie
Itulah kebaikannya tinggal di perantauan. Si isteri berpeluang meraih lebih banyak pahala kerana memasak untuk suami terchenta. Mama sejak balik Malaysia ni, kurang banyak dah pahalanya sebab rajin masak kat luar. Hehehe...
p/s : Menjawab soalan Ita tentang kek chiffon tu, so far mama tak pernah lagi bakar kek tu dalam loyang selain dari loyang chiffon. Mama tak confident, takut nanti bila terbalikkan loyang sebaik saja keluar dari oven, dengan kek kek tu sekali terkeluar... wallahualam.
menyelerakan betoiii....
Best kalau makan panas2 dengan nasi panas2. Tak payah lauk lain dah. Apa pun selamat berpuasa buat ita n family.
mmg membangkitkan selera ni..
datang sini dapat idea buat ikan sumbat....
anak-anak kakak dah bising tak mahu makan ayam waktu sahur (kakak biasakan makan lebih hidangan ikan sejak setahun lalu), mungkin dah rindu ikan semula... nak buat macam masakan Italah pulak...
selera tgk ikan sumbat sambal ita ni....
akak pun suka berbuka ngan kuih muih dulu.. tp smlm takde kuih muih sebab bazar sesak giler.. so hubby just beli mee & balik goreng kat rumah jer.. tak beli apa2pun kat bazar ramadan tu.. hehe..
ikan sumbat ni mmg feberet ni.. sedap sgt2.. boleh cuba resepi kak ina ni..
Ni pow baru Sudah masak hikhik
Esok nk carik ikan nk buat ikan sumbat gak
Sedap giler Tgk siap Ada air asam tu hikhik (。-_-。)
kak diana.. tula penat kak nak masak je.. huhuuhuh tula suami ita pun suka gak
del thanks ye.. buat la dek senang je bakar atas kuali
kak gee.. tula kak sedap makan macam ni..:)
kak sam.. selamat berpuasa dan buerbuka ye kak.. terima kasih kak
kak ummi .. ita suka kak ikan2 gini nak beli tak de tempat nak beli
kak amie... sedap kak ikan.. tula kalau bulan puasa ikan lagi sedap la kak atambah makan dengan nasi panas
kak fiza jangan gitu kita kena teruskan juga kak.. insyAllah ok rasanya kaalu akak masak..
silah.. rajinnya masak.. bagus2 dah boleh kawen ni
As.. tu la ita suka tau as.. fariz pun gitu cuba la
yati iali selamat berpuasa ye.. sedap ika ni cuba la..:)
ayu haris car ayu akak suka menu2 gini
msti cuba ni kak ita...nyaman....