Assalamualaikum.. Alhamdulillah diberi kesempatan dan kerehatan badan hari ni setelah sibuk dalam minggu ini. InsysAllah esok ada lagi tugasan yang menanti apabila ada hari yang rehat seperti hari ini, dapat la ita menjenguk sekejap blog kesayangan ita ini. Bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan sehingga hari ini, semoga ita akan sentiasa sabar dan bersyukur dengan apa yang ita perolehi.
Semalam adalah hari jadi ita. Seronok sangat semua keluarga, teman dan teristimewa suami dan anak-anak ita mengembirakan ita semalam. Yang paling terharu walaupun suami ita agak sibuk semalam sebab ada conference yang perlu dia hadiri dan membuat pembentangan kertas kerja namun tetap meluangkan masa untuk membuat kejutan. Terima kasih abang diatas kejutan dan hadiah. Moga abang akan sentiasa diberikan kemudahan dalam segala urusan dan berjaya dunia dan akhirat ye. Fathnin pun curi-curi tulis kad untuk mama supaya mama rasa gembira ,sama juga dengan fateh yang diajar oleh kakaknya walaupun hanya contengan sahaja tanpa huruf mama amat hargainya.
Pertama kali dalam hidup buat dan hias kek sendiri dihari lahir. Sebelum ni tak pernah pun, selalu buat untuk anak-anak je. Ita mulanya pening juga nak buat kek apa.. bila nampak noorsha buat terus nak buat dan ita cari resepinya dirumah kak noor. Terima kasih kepada Dayang jack dan Rahel benjamin diatas gabungan resepi yang sedap dan menarik. Untuk membuatkan kek ini lebih rasa coklat ita tambah coklat mousse diatasnya dan diletakkan topping diatasnya.. Bagi yang belum mencuba boleh la mencuba kerana ia amat sedap..:)
Resepi ini ita ambil didapur kak nor resepi asalnya dirumah rahel namun ita olah sedikit untuk meletakkan chocolate mousse diatasnya ye.
Bahan:
1 adunan Chocolate Cake*
SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE
resepi : DapurKu SaYang@dayangjack.blogspot.com
Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko (DJ guna Cap Kijang)
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air sejuk (air sejuk dari peti ais)
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
secubit garam
1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung ~ k.nor lebih suka guna melted butter
1 sudu kecil cuka atau jus lemon
Cara-cara :
- Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek.
- Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
- Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
- Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
- Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
- Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.
Bahan Lapisan Keju:
250g cream cheese
70g gula kastor
20g tepung gandum
1 biji telur saiz L
1 sudu teh jus lemon
25ml air
3 sudu besar blueberry filling (tak letak pun tak apa)
Cara:
1.Panaskan air dalam periuk pengukus.
2.Adunan kek coklat dibahagi kepada 2 bahagian.
3.Ambil satu bahagian adunan kek coklat, tuang ke dalam loyang dan kukus
selama 15 minit.Angkat dan tekankan sikit dengan sudu supaya rata.
4.Kemudian pukul cream cheese,gula,tepung gandum,jus lemon dan air
sehingga berkrim.Tambahkan telur.Pukul rata.
5.Tuangkan adunan cream cheese ke dalam kek coklat kukus tadi.Ratakan.
6.Letakkan (dot2kan guna sudu kecil) blueberry filling dipermukaan adunan
cream cheese tadi.Kukus lagi selama 15 minit.
7.Kemudian tuangkan lagi baki adunan kek coklat tadi di atas lapisan cheese
dan kukus lagi selama 30 minit dengan api sederhana kuat.
pesan:
*air kukusan hendaklah betul2 mendidih sebelum mengukus kek.
*balut tudung periuk dengan tuala/kain bersih agar kek tidak terkena wap.
*tiap lapisan kek dikukus dengan api sederhana sahaja.
Chocolate mouse
2o0 ml whipping cream
2 sudu gula
3 sudu serbuk koko dibuat pes
1 sudu besar gelatin halal + 4 susu besar air sederhana panas
Cara-cara
- Masuk semua bahan kecuali gelatin dan pukul.
- Bila hampir gebu masukkan gelatin dan pukul hingga gebu.
Cara meletakkan chocolate mouse
- Setelah kek diatas siap dan sejuk tanpa mengeluarkan dari loyang masukkan lapisan coklat mousse. ratakan dan simpan didalam peti sejuk. ita guna loyang yang boleh dibuka dari bawah.
Ganache
200 ml whipping cream
500g cooking chocolate- ita guna 2 bar coklat meiji
1/8 cwn golden syrup- ita tak letak
4 sudu serbuk koko- ini ita tambah
cara
- Didalam periuk kecil atau double boiler didihkan whipping cream
- Dengan menggunakan api yang kecil masukkan cooking choc. kacau sebati
- tambahkan golden syrup( jika perlu)
- setelah sebati kacau dan boleh padamkan api.
Cara menghias
- Setelah kek yang disimpan didalam peti sejuk siap keluarkan dari loyang. kemudian tuangkan coklat ganache diatas kek tersebut. ratakan dan hias mengikut kegemaran.
oishisou kek tu..huhuu
sedap tgk kek tu...cntik deco kek tu...
nk tnye skitla kak, wording and other deco tu pkai fondant icing ke? cantik tul la kek akak tu. jeles ssgt nih hihi....
Rajinnyer akak buat Mcm step ni
Dah Mcm kek SR la Oishii sou
wahhhh...cantikknya kek...
moga dimurahkan rezeki dan diberkati dunia & akhirat
InsyaAllah...amin
cantiknya Kak Ju deco2..
ayu tak terer2 lnsung..
tgn keras..
Happy Birthday Kak...
semoga yg diimpikan dan diinginkan tahun ni dikurniakan Allah dan dipermudahkanNYA.
Insyaa Allah.
aduhduhduhh.... terpukau tengok kek yg Ita deko ni.. tersaaaaaaaaaaangattttlahh cantiknyerrrr!! kalau rasa tu.. dah tentu2lah sedapkan.. gabungan rasa coklat & cheese.. tak siapa akan menolaknya... tahnia Ita berjaya deko yg begitu cantik & happy belated birthday buat Ita.. moga sentiasa dirahmati Allah hidup mu disamping family tersayang... aminn...
sory sgt2 akak lambat wish
cantik kek
pandai ju buat
tertarik akak tgk
sedapp je mata memandang terus turun ke tekak huhuh jelessss2 ;))