Salam semua. Salam hujung minggu. Tentu esok pelbagai aktiviti telah dirancang tambahan jika di Malaysia cuti sekolah telah pun bermula. Bagi ita disini seperti biasa aktiviti-aktiviti hujung minggu sahaja seperti membeli belah barang dapur dan bersantai bersama keluarga.
Layan resepi cold pasta/ pasta sejuk yang amat mudah ini. Selalu dengar lagu 'cold spagetti' dinyanyikan oleh kumpulan wiggle rancangan untuk kanak-kanak. Fateh dan Fathnin suka juga layan cerita tu. Jadi mama dia pun dah biasa dan kadang-kadang dah hafal lagu kegemaran anak-anak. Anak-anak zaman sekarang memang sangat celik IT tak perlu ajar banyak pandai sangat meneroka jadinya kalau lagu-lagu kartun di Youtube memang pandai sangat buka tambahan guna iphone atau ipad , hanya ibu bapa perlu mengawasinya selalu supaya tidak tersasar.
Untuk Pasta sejuk ni amat mudah hanya perlu rebuskan pasta dan boleh masukkan semua sayur-sayuran kegemaran dan digaul dengan perasa kegemaran sama ada berbentuk berkrim atau minyak sayuran. Kemudian di sejukkan didalam peti sejuk sebelum dihidang. Ita dapat resepi ni dari resepi kawan ita yang bawa waktu majlis hari raya aidiladha tempohari dan ita cuba pula dirumah. Resepi asal dari 'easy salad recipes'.
Pasta Sejuk
Bahan-bahan
semua bahan-bahan ini cadangan boleh sesuaian kan mengikut citarasa.
Pasta - lebih menarik jika berwarna warni
ayam cincang, sosej, meatball- letak mana yang ada bahan dirumah
sayuran -brocoli, lobak merah, celery, tomato, timun, bawang merah, capsicum
Perasa- oregano, basil, lada putih, lada hitam, garam, parmesan cheese
untuk bahan-bahan gaul ada 2 pilihan
berminyak
1/4 cawan minyak sayuran
3 tbsp. cuka/ jus lemon
1 ulas bawang putih dicincang halus
1 tsp basil and/or oregano
garam dan lada putih
atau
Krim
1 cawan mayonis
2 tbsp jus lemon
1 ulas bawnag putih dicincang
1 tsp. basil
garam dan lada putih
Cara-cara.
If Adam Tgk ni mesti dia Mintak suruh buat
Sbb dia mmg suka benda gini
Sedap mudah plak buat ekkk
e'eh! minyak zaitun tu sama brandlah dgn yg akak biasa guna.. hehe..
kak ilah pernah juga buat mcm ni kak ilah beri nama kerabu..sbb kering main gaul2 jer..sedap..
saya tak pernah try buat spaghetti sejuk ni. di supermarket memang banyak dijual ni... anak2 sekarang memang cepat belajar tambah pula banyak kemudahan komuter tab dsb. Macam2 boleh mereka belajar di internet. tp memang betul lah akak kata, kena awasi juga :)
Kak Naz setuju dgn Ita. Budak2 zaman skrg mmg sungguh celik IT. Kitalah pula yg kena memantau agar tak tersasar kan..
Pernah mkn pasta sejuk ni tp belum pernah buat di rumah.
betul tu anak2 skrg ni mmg celik IT....semua maklumat diorg dah pandai cari di komputer..
Oh, bagus juga. Teringat pasta yg jiran pernah bagi. Tapi warnanya putih sbb banyak mayonis, tapi sedap dan sejuk. Memang sesuai utk hidangan tetamu kan? simpan jer dalam fridge. :)