04 March 2012

Puding Jelly Kastad buah Raspberry




Salam semua. Diberi kesempatan untuk menaip disini. Minggu ini dalah minggu yang agak rehat sedikit bagi ita, dihujung minggu pun tiada aktiviti badminton dan tempahan yang perlu dihantar jadinya sempat ita menyediakan juadah yang istimewa dan melayan permintaan Fathnin untuk makan jelly atau puding kegemaran. Fathnin memang suka Puding atau jelly jadinya bila nampak puding atau jelly di kedai atau supermarket selalu minta ita buatkan dirumah. Nak beli dikedai terkadang tak boleh makan disebabkan kebiasaannya bahan yang digunakan menggunakan gelatin.


Jelly yang ita nak kongsi hari ini juga adalah permintaan fathnin. Kebetulan di kotak "dessert cup' yang ita gunakan untuk membuat jelly ini ada gambar jelly seperti yang ita buatkan. jadinya dah lama sangat fathnin minta untuk ita buat jelly seperti itu. Belum punya kesempatan untuk buat. Alhamdulillah hari ini terlaksana juga. Disebabkan tiada resepi yang diberi hanya gambar sahaja jadi ita olah mengikut gambar dan bagi ita jelly ini amat sedap. Hanya untuk buah itu ita rasa bagi yang tiada buah raspberry boleh tukar ke buah strawberry, ita guna pun buah raspberry yang frozen namun agak masam sedikit dibuahnya namun dijelly tidak. Bagi yang gemar strawberry boleh tukar ke buah strawberry ye.




Baiklah boleh lihat resepi yang ita kongsikan disini. Alhamdulillah menepati citarasa kami sekeluarga.Puding jelly ini mempunyai 3 lapisan lapisan yang bawah sekali iaitu lapisan biskut, lapisan kedua menggunakan kastad dan lapisan ketiga dalah jelly raspberry. Untuk adunan yang ita kongsikan adalah untuk 6 cawan seperti didalam gambar. Jika keluarga yang besar boleh gandakan sukatan dan ia amat sedap dihidangan secara dingin






Puding Jelly Kastad Buah Raspberry

Bahan-bahan ( 6 cup seperti didalam gambar)

Lapisan bawah

5-6 keping biskut digestive ( ita guna biskut digestive coklat)
2 sudu mentega dicairkan

cara-cara
  1. Hancurkan biskut dan gaul dengan mentega kemudian masukkan kedalam acuan puding dan simpan didalam peti sejuk.
Lapisan kastad.

2 cawan susu cair
1/2 cawan air
3 sudu besar tepung kastad
1/4 sudu kecil serbuk agar-agar
4 sudu gula ( mengikut kemanisan masing-masing)
sedikit esen vanilla

Cara-cara.
  1. Masukkan air, susu, serbuk agar-agar dan gula. Setelah itu masukkan tepung kastad dan titiskan sedikit esen vanilla. masak sehingga adak likat.
  2. Sejukkan sebentar dan tuang kedalam cawan yang telah di letakkan lapisan biskut tadi dengan ketinggian 3/4 tinggi saiz cawan.
Lapisan Jelly

2 1/2 cawan air
1/2 sudu kecil serbuk agar-agar
5 sudu besar gula ( bergantung kepada kemanisan masing-masing)
1 cawan buah raspberry/strawberry

Cara-cara
  1. Masukkan air didalam periuk dan masukkan semua bahan, masak sehingga semuanya sebati.
  2. Tunggu adunan ini sejuk sebentar sebelum dimasukkan kedalam cawan jelly tadi.
  3. Boleh dihias dengan buah raspberry atau Strawberry diatasnya.
  4. Simpan didalam peti sejuk sebelum dihidang.






13 Comments:

  1. CitarasaKu said...
    Salam...Juwita, nampak ceria sungguh dengan warna merah ...I like it.
    happyichigo♥ said...
    sedapnya....saya suka raspberries! masam manis dan merah...!!
    wa said...
    cantik dan menyelerakan...
    Qasey Honey said...
    nmpk sedap sgt n myelerakan
    ☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...
    kaya ngan raspberry betui la k.ita
    ayu pow suka bikin desert ni
    dah nak habes fuyu mmg laju la desert khen....oishii sou
    mama sara nur said...
    assalam
    salam kenal ye saranur74 blogsport

    merah mengancam puding jelly Juwita ni, sedap nih kalu dpt makan jelly
    ada raspberry lagi.. yummy
    Gee® said...
    Aduhh..geramnya tengok puding yg merah tu... terlior dibuatnya...
    ♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ said...
    Makan dessert time panas2 ni mmg bes! Terliur je tengok puding Ita...haihhh pass me one glass pls ;)
    Nieda said...
    Salam Ita.
    Meriah sungguh dessert yg merah itu. Sedap makan sejuk2. Nyaman masuk mulut.
    Hanis MY said...
    Salam kak ita... wahh sungguh menyelerakan la puding tu...

    rasa mcm nak tempah makanan dari kak ita, apa2 hanis pm ye...
    izahdaut said...
    busy ye ita.. alahaiii geramnyer tengok. buah2 masam langsung tak de dalam stok. tapi teringin sangat nak makan kombinasi kastard n jelly tu. kena masuk list dulu la nmapknya.
    sue-sama said...
    cantik warne die kak ita :)
    Sue @ Nenie said...
    Salam Kak Juwita..emm nampak sedapnya pudding ni, teringin nak cuba juga..CnP resipi dulu yaaaaa

Post a Comment



Share it

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG