17 May 2011

Jelly oren


Nampak tergolek-golek oren dalam peti sejuk. Nak makan ada rasa masam-masam sikit tak manis sangat. Jadi teringat pada resepi fruit jelly. Terus potong dan godek-godek didapur. Resepinya pun agak mudah dan senang untuk dicuba. Alhamdulillah percubaan yang berjaya. Sedap jelly ni sebab ia menggunakan rasa oren yang sebenar. Rasa oren yang masam tadi bila ditambah dengan gula jadi manis. Baru la laju nak makan. :P. Dua tiga hari terajin plak nak selongkar resepi2 yang tak pernah dicuba. Bukan apa baik penuh kan masa dengan cuba resepi2 ni sebelum balik ke Malaysia nanti. Lagi pun dapat penuhkan masa, lepas dah home schooling Fathnin dan Fateh. Waktu buat ni pun memang libatkan dua orang kanak-kanak ni. Sambil belajar timbang-timbng dan tolong kacau2 adunan... :) Okla jom kita tengok resepi jelly ni. Resepi ni dari kak yani myresipi. Ita share disini ye.

Sumber : Yani myresipi

Bahan-bahan

  • 2 biji limau- large size
  • 4g serbuk agar-agar
  • 500ml air + jus limau
  • 50g gula
  • secubit garam

Cara-cara

  1. Potong bahagian atas limau. Dengan kedua belah tangan, picit sedikit untuk keluarkan jusnya. Kemudian tarik keluar isi dengan tangan.( ita potong dua je di tengah-tengah)
  2. Isi limau tadi diperah untuk ambik jusnya.
  3. Masukkan air dan jus limau, agar-agar, gula dan garam ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih. (sebelum tuang ita tapis dahulu buang serat2 limau bagi hasil yang cantik)
  4. Tuangkan ke dalam kulit limau tadi. Biarkan sejuk dan jelly keras. ( Kalau guna limau pastikan kulitnya tu tebal. Untuk nampak cantik letak limau didalam cawan atau acuan yang sepadan dengan saiz limau.



7 Comments:

  1. ☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...
    Kretifnyer k.ita recipe pow senang leh try nnt hikhik
    Dh byk copy recipe from blog ni d(^_^o)
    zacky ~786~ said...
    lame tak mkn limau ..
    kzai said...
    salam ziarah ita...lama x singgah kt dapur ita..
    bila tgk jelly fruit ni tingat dulu akak beli buah oren sampai busuk dlm petiais...gara2 nk wat jelly ni yg tgh hangat masa tu...kesudahan nye cik tong yg mkn..kdg2 kite merancang...tp masa yg menentukan...hehehe..
    mizz-siti said...
    kreatif la...boleh try gak ni..
    Juwita Jamaludin said...
    ayu.. yup kreatifan resepi ni .. akak pun suka nak buat pun mudah.. buat guna mikan senang sikit dari orenji

    zacky.. beli la kalau lama tak makan.. :)
    Juwita Jamaludin said...
    kak zai.. tu la asyi k terliur tgk kek2 akak.. ita pun baru berkesempatan nak buat kak..

    achu.. cuba la.. mudah je
    sue-sama said...
    akak sgt kreatif! thumbs up
    !

Post a Comment



Share it

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG