Alhamdulillah terima kasih Majalah Jelita diatas kepercayaan yang diberikan. Terima kasih buat wartawan Norashikin M. Nor diatas kepercayaan yang diberikan. Buat rakan tidak perlu ita sebutkan namanya disini yang mempercayai dan memberi semangat pada Ita, terima kasih, moga Allah merahmati anda. :) Buat suami yang sangat memberi galakan dan kawan-kawan blog yang sama-sama dalam aliran ini terima kasih atas segala perkongsian kalian, kalian adalah semangat ita. Buat pembaca yang sudi membaca blog ita ambillah yang baik dan tinggalkan mana yang kurang baik dari blog ini, moga ia bermanfaat buat kita bersama. Dari 13 resepi yang ita kirimkan 5 resepi berjaya diterima setelah ditawarkan untuk meyumbangkan resepi dalam majalah ini. Semua resepi-resepi ini adalah resepi ita hasil olahan mengikut citarasa ita, ada juga resepi yang dilihat di televisyen Jepun dan ita olah sendiri mengikut citarasa ita. Moga ia bermanfaat buat ita dan mereka yang memerlukan. Terima kasih sekali lagi.
Selama ita berblog banyak yang ita belajar, dari tak pandai masak dah boleh lah masak sikit-sikit dan cuba pula membuka
Simple Homemade Cake untuk berbisnes dan memberi pilihan makanan halal di Jepun. Alhamdulillah semua ini adalah rentetan dari ita berblog. Membuka blog hanya pada mulanya adalah galakan suami yang menggalakkan ita supaya menulis setiap catatan anak-anak hinggalah aktiviti harian yang ita lakukan, resepi yang dicuba disini supaya ita boleh mengingati kenangan di Jepun apabila balik ke Malaysia nanti dan mengisi masa lapang ita, Namun amat besar kesannya pada ita hingga kehari ini. Bersyukur dengan nikmat- nikmat ini yang Allah turunkan.
Dari kamera biasa suami ita belikan hingga lah suami ita belikan DSLR untuk ita rakamkan segala kenangan ita dan gambar jalan-jalan kami dan juga kegunaan untuk Ita kongsikan resepi di blog ini.Dari berblog timbul minat dalam bidang masakan dan juga membuatkan ita lebih mendalami ilmu fotografi walaupun masih belum mahir sepenuhnya namun ita tidak pernah untuk berhenti belajar. Kagum dengan kehebatan gambar masakan kawan-kawan di blog membuatkan minat dan semangat amat membara. Hanya sejak kebelakang ini kesempatan untuk menaip disini amat terbatas, melawat blog kawan-kawan dan meninggalkan pesan membuatkan kemanisan itu amat ita rindui. Namun ita harus memilih dan positif supaya tidak tamak dalam semua hal, apabila ita memulih untuk berbisnes mungkin ada sesuatu yang perlu ita korbankan. Alhamdulillah Allah memudahkan segalanya.. Diri ini amat-amat bersyukur dan terasa amat kerdil dengan nikmat-nikmat ini. Semoga ia bermanfaat dan terus maju lagi dari hari ke hari. InsyaAllah
Lepas ni sure Kak Juwita lebih bersemangat memasak dan berblog..
Alhamdulillah...syukur dengan apa yang telah dikurniakan pada kita kan Ita. sekali lagi k.ct amat2 berbangga pada teman2 yang duduk diluar negara, tidak pernah kenal rasa jemu untuk mencuba resipi2 yang baru.
semoga perkongsian ilmu yang Ita berikan diblog mendapat keberkataan dariNYA Insya'Allah..Tahniah sekali lagi ya :)
so proud of u @.@
x terkata akk nie
semoga ju terus berjaya
memang akk suke tgk pic2 ju dan juadah2 yg ju pamerkan
seronok .. & hope always succes dear ! ... ;)
Very proud dgn blogger yg berjaya.
Akak tumpang gembira dan berbangga dngn penganugerahan ini..sememangnya Ita mmng layak..moga terus sukses...