Salam semua. Sudah hari khamis hari ni. Bagi yang berpuasa sunat hari ni semoga kebaikan dan keberkatan akan dikecapi InsyaAllah. Beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut Ramadan al-Mubarak moga tahun ni kita akan sama-sama mengecapi kemanisan dan keindahan dibulan yang mulia ini.
Semalam ita cuba resepi Nasi Ayam Hainan. Selalu buat nasi ayam madu je hari ini cuba versi yang lebih sihat iaitu ayam yang tidak perlu digoreng. Anak-anak ita nasi ayam memang suka jadi nak bagi makan banyak buat nasi ayam. Tentu berselera makan belum nasi masak lagi dah lapar minta nak makan sebab bau harum nasi ayam tu membangkitkan selera. ..:) Banyak juga resepi yang ita cuba cari dan ita tertarik dengan resepi dari blog resepi raidah ni. alhamdulillah memenuhi citarasa kami.
Okla bagi yang inginkan resepi nasi ayam dan ingin mencuba versi ayam yang tidak digoreng boleh cuba resepi ini. Terima kasih pada tuan punya resepi.. Saya kongsi disini ye..
Nasi Ayam Hainan
Bahan-bahan:
Bahan untuk rebus ayam:
1 ekor ayam
Air ~ mesti cukup untuk tenggelamkan ayam
Garam
Serbuk pati ayam ~ kalau suka
2 inci halia ~ diketuk
Cara penyediaan:
- Sediakan periuk, letak air, garam, dan halia yang diketuk.
- Didihkan.Masukkan ayam . Masak anggaran 30- 40 minit. Angkat dan toskan.
*
~ Cucuk peha ayam untuk tahu jika sudah masak. Ayam tidak boleh direbus terlalu lama takut dagingnya tidak sedap jadi, pandai2 untuk agak. Jika tidak berdarah,bolehlah angkat ayam dan toskan airnya. Biarkan ayam betul-betul sejuk baru dipotong kalau tidak takut dagingnya hancur.
~ Resepi asal, ayam yg telah direbus perlu direndam di dalam air ais selama lebih kurang 10-15 minit. tetapi saya tidak merendam ayam tersebut.- ita pun sama
Untuk nasi:3 cawan beras
5 cawan air rebusan ayam - jika beras lembut kurangkan airnya bergantung kpd jenis beras yg digunakan
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk
Garam
1 sudu besar majerin
1 sudu besar minyak masak
ita tambah kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan ketumbar dan ditumis bersama bahan tumbuk.
Cara penyediaan:1. Beras dibersihkan kemudian ditoskan.
2. Panaskan majerin dan minyak, masukkan bahan-bahan tumbuk kemudian goreng hingga wangi.
3. Masukkan beras, goreng beras sebentar baru masukkan air rebusan ayam dan garam.
4. Tanak hingga masak.
*Resepi yg sebenarnya menggunakan lemak/kulit ayam tapi saya tidak menggunakannya.
Untuk sup:Air rebusan ayam
Daun sup ~ dihiris
ita tumis sekali bahan tumis nasi dan sup kemudian asingkan untuk buat sup dan nasi.ita letak juga kentang dan lobak merah. ita tambah juga 1 sudu kecil serbuk lada putih.
Cara penyediaan:~ bahan tumisan dicampur dengan air rebusan ayam tadi dididihkan.masukkan lobak merah dan kentang. Letaklah garam secukup rasa. Hidangkan bersama hirisan daun sup.
Untuk sos cili:10 biji cili merah
1 inci halia
2 ulas bawang putih
1 sudu besar gula
Garam
2 sudu besar jus limau nipis
1/2 botol sos thai
Cara penyediaan:1. Kisar cili merah, halia. bawang putih dan jus limau.
2. Masakkan dalam periuk. Masukkan gula, garam dan sos thai.
Untuk sos kicap:2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar kicap manis
5 sudu besar air rebusan ayam
1 sudu besar gula
Cara penyediaan:Campurkan semua bahan dan masak di atas dapur sehingga mendidih.
Bahan sampingan:1 batang timun ~ dihiris
2 biji buah tomato ~ dihiris
Salad ~ dihiris
Bawang goreng ~ ditabur di atas nasi dan di dalam sup
Minyak bijan ~ taburkan ke atas ayam yg telah dipotong.
sedapnyer tgk...2 hary lepas ayu dah buat chicken rice but yg mcm selalu la
nasib baik akak dtg kesini perut pun dh berisi...kalau tidak aniaya je...tengok nasi hainan tu dh terliur..belum lagi rasa...hehe
terliurnyaa.rajin ita buat nasi ayam dan pakej nya skali
waduh tak tahan tngk set nasi ayam hainan ni..laporlah...anak2 akak pun suka sangat nasi ayam, tapi akak tak pernah lagi masak yg mcm ni..best gak ya sesekali takyah goreng/bakar ayam tu...leh cuba ni..tq..
*same lak camera kite yek...tp akak tgk gambar ita lebih sharp.akak ingatkan ita guna pro dslr hehehee cadang aritu mmg nak let go, nak upgrade hikhik tp fikir2 kemudian, x jadilah.nnt2lah...
akak guna kit lens je ita...
terliurnya tengok......
umm..sedapnye tgk nasi ayam 2..tibe2 rasa lapo je..hehe..
memang pilihan menu yg sihat.... anak2 kak amie pun suka masakan begini.... tak perlu goreng ayam, rebus je....sedap!
kak gee.. kedai dah tutup lal.. dah abis..:)
kak sam.. thanks kak.. nanti ita angkut tau
ye as ayam gini lembut kan.. tak la penat nak mengoreng...:)
izah.. saja nak buat terliur dengan tembikai..:P
kak yatie.. boleh kak cuba sedap juga..:)
kak fiza.. tula kak saja ubah selera kak
hanis sekarang kan musim suika jadi minum la airnya
ariani.. salam kenal.. hari tu akak ada datang tapi tak leh komen.. tadi datang boleh komen tapi tak leh post sebab word verification tu plak.. ubah setting dulu yek..
kak amie..tula anak2 pun suka..
kak nieza.. sedap juga kak suka nasi ayam ni.. boleh buat mnu berbuka
wah sedapnya nie... tgk set nasi tu lg... ada air tembikai lagi.. mmg sedap sesangat... terliur sudah