Salam semua. Tentu ramai yang jalan-jalan dan menghabiskan masa dengan keluarga hari mingu macam ni. Hari ini ita keluar sekejap je pagi tadi tolong kawan pindah rumah lepas tu terus balik rumah, hari ini hari berehat-rehat sahaja. Saja tengok gambar-gambar dalam kamera tadi nampak ada gambar agar-agar yang ita buat 2 minggu lepas.
Agar-agar ni sebenarnya selalu sangat buat. Ita suka agar-agar ni tau. kalau mak ita buat dulu waktu kecil-kecil ita la yang tukang habiskan. Sedapnya.. ni tengah taip ni pun duk terasa-rasa di tekak. Bila tengok resepi tak de plak dalam blog ita ni.. Jadi ni ita masukkan entry ni.
Resepi agar-agar ni ita ambil di dapur kak hana resepi asal dari kak watie . Selalunya guna agar-agar bertali tapi kali resepi ni guna agar-agar serbuk. terima kasih kak hana atas resepi nya.
Agar-agar Santan Gula Melaka
Bahan-bahan
* 10g serbuk agar-agar
* 1/2 cawan gula merah
* 1/4 cawan gula putih
* 1150 ml air
* 120ml air campur 1 paket santan serbuk(Akak guna jenama KARA)
* 1 biji telur dipukul dengan santan tadi
* secubit garam
* 1 helai daun pandan
Cara-cara
Ayu pow peberet agar2 ni
Nk buat pow senang khen
Oishii sou
comel sungguh agar2 bentuk ketam tu ... suka tgk.. ehhehee... agar2 santan gula melaka mmg sedap sgt... fav kami skeluarga dr dulu hingga kini.. mmg best