20 June 2011

Nasi Arab



Salam semua. Hari ni agak lewat untuk memasukkan entry. Mana taknya selesaikan urusan rumah tangga dulu. Tambahan hari ini ita dan suami berpuasa jadinya ita masak agak istimewa sedikit menunya. Sejak kebelakangan ni cuaca di Yokohama tak berapa baik asyik hujan je. Jadinya banyak kain baju yang tak sempat dibasuh jadi hari ni sibuk mengerjakan kain baju je. Ingatkan panas hari ni sebab ita memang terlupa nak tengok ramalan cuaca, bila petang hujan pula kelam kabut angkat kain dijemuran yang banyak tu dan jemur la didalam rumah.

Untuk menu berbuka hari ini ita masak nasi arab. Sedap nasi arab ni dan ini hasil jalan-jalan cari idea nak masak untuk berbuka dari rumah Mat Gebu. Resepi asal ada lah resepi kak hanieliza. Tapi ita ikut cara mat gebu yang masak guna daging bukan ayam. Ita buat macam tu disebabkan ita masak lauk ayam panggang lada hitam untuk dipadankan dengan nasi arab ni.Jom kita lihat resepi yang sedap ini.



Resepi : Hanieliza fotopages
sumber: Dapur Tanpa Sempadan


Bahan-bahan

4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 30 minit, toskan
350 gram daging lembu, potong besar dan rebus hingga empuk
6 cawan air guna air rebusan daging)
1/3 cawan kacang pis
1/3 cawan kismis
2 biji cili merah, hiris kasar2
1 tangkai daun sup, hiris
1 tangkai daun ketumbar, hiris
2 camca besar minyak sapi
2 camca bear minyak masak
1 camca besar serbuk jintan manis*
1 camca besar serbuk jintan putih*(*disatukan dan bacuh dengan sedikit air)
1/3 cawan bawang goreng
Garam secukup rasa

Bahan Tumis
1 helai daun pandan
3 biji bawang merah, hiris halus
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
2 inci halia, hiris
1 kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 camca teh jintan manis biji
1/2 camca teh jintan putih biji

Cara -Cara

  1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, tambah serbuk jintan manis dan putih yang telah dibancuh tadi, tumis hingga terbit minyak.
  2. Masukkan daging, kacau dan tambah beras. Goreng beras bersama bahan2 selama 1 minit. Tuang beras tadi ke dalam rice cooker. Tambah air (stok daging), perasakan dengan garam. Tambah daun ketumbar, kacau dan masak hingga kering.
  3. Masukkan kacang pis, kismis dan cili merah. Bila nasi masak, gemburkan. Tabur dengan hirisan daun sup dan bawang goreng sebelum dihidangkan bersama acar dan lauk2 kegemaran..


20 Comments:

  1. ☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...
    Nasi Arab datang dah....yummy
    Uiks sana ujan ek? Sini panas walaupow mentari x bersinar tp cukup buat Ayu mandi 3 Kaliヾ(@⌒ー⌒@)ノ
    Cendana Kasih said...
    Ita.. bang Jebat akak suka betul makan nasi arab ni, tiap2 minggu mesti nk ke restoren Arab.. sampai perut pun dh macam pak arab..hahaha... ada respi ni leh la akak masak sendiri.. asyik nk kayakan tokeh kedai jer, tak jadi niiii....
    Hanis MY said...
    yummy yummy... suka dengan gambar last tu... nk minta kak ju amek gambar hanis dgn hubby la hehe mesti cantik!
    Amie said...
    assalam,
    dua hari belakangan ini tak selera nak makan nasi...agaknya letih, kak amie tgk nasi arab ni rasa macam nak cuba buatlah, w/p tak pernah makan sebelum ni...suka tgk daging yg menyorok tu...
    Ummi said...
    Assalam Ita, amboiiihhh jauhnya pi makan nasi, kat Arab eh..cuci2 mata tgk fadang fasiiir....hehe...nampak sedap, akak pun x penah buat lg rasanya nasi arab ni...tumpang makan rumah Ita boleh?
    Yatie said...
    Assalamualaikum Ita,
    menyelerakan sungguh tngk nasi arab ni..akak teringin gaklah nak buat..bilalah agaknya angin ghajen tu nak mariiiii..hehhehee..
    Juwita Jamaludin said...
    Ayu saja pelbagaikan resepi nasi ayu.. tapi akak suka nasi ni sedap bagi akak... ayu try la nanti..:)
    Juwita Jamaludin said...
    kak noorma akakkan rajin masak leh buat sendiri kak.. tapi nak makan sekali sekala tak pe.. hihihihi tapi resepi ni bagi saya sedap kak..
    Juwita Jamaludin said...
    Hanis.. hihihihi thanks ye,.. mana pandainya bukan photographer profesional gambar makanan ni boleh la sikit2.. itu pun tak menyerlah...:)
    Juwita Jamaludin said...
    kak amie.. hihihi memang letak daging tu yang menyorok tu.. bagi saya tak rugi cuba resepi ni sedap kak..
    Juwita Jamaludin said...
    kak ummi meh la makan ada lagi tu memang masak banyak untuk hubby buat bentou esok..( isteri malas nak masak banyak kali..)
    Juwita Jamaludin said...
    kak yatie.. leh je kak sedap nasi ni.. ita makan dengan ayam pangang je kak..
    Umie said...
    Bapaku pulang dari kota
    bapaku belikan kereta
    kereta kecil warna merah
    boleh ku bawa ke sekolah

    hehehe..comel kereta merah tu..turun dari kereta nampak pulak nasi arab akak yg oishii tu..nikmatnya kalau ada depan mata skrg ni..;-)
    Nieza said...
    wah sedap tu layan nasi arab dikala hujan...kat sini pun sama gak ujan gak lately ni summer dlm ujan thn ni agaknya..hehe
    Ida,Japan said...
    emmm..sedapnyer nasi arab, belum pernah buat lg...nanti2 bole try juga
    Ita...b'kenaan rempah beriani tu kn...rempah tu mmg kt kotak dia tulis Bombay Biryani( product Pakistan)...k'ida beli dgn org Bangladesh yg tiap2 minggu dtg b'niaga halal food kt tmpt k'ida ni..ayam,daging, sosej sume akak beli kt situ la..
    indahhouse said...
    Salam kak Juwita,
    selamat berpuasa sunat buat kak juwita dan suami.
    Memang nak try nasi arab ni. nasi arab kak liza mmg banyak bahan skit, tapi tentu berbaloi rasanya. Aritu dah try yg versi mudah, hubby dah trsengih sbb baru bbrp hari seblom tu try kat restoran zam zam. kalu try yg ni, mesti lagi lebar sengihnya. Bukan pak arab jer pandai buat kan, kak? ;D
    ☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...
    arrr bab nasi memang ayu suka buat compare ngan cake sebab tertiba mokmok hary tue hikhik...but nasik carrot akak kasi recipe tu memang terbaek dari ladang la...semua suka kata sedap!
    Kamalia said...
    kak ita..sedapnye nasi arab..nnt nak cube resipi ni pulak.dulu guna resipi lain rsnye kot..
    Gee® said...
    Amboi Ita, masa bila pulak jumpa pak arab nih...? diam2 yer seludup pak arab ke jepun...ni sah srh pak arab jadi chef ni... sedap nampak nasi tuh.... hehehe
    Aarthi said...
    Hai Dear

    This looks yummy....you have a lovely blog...Please check out my blog..It is for food lovers and person who love to cook..You could find so many recipes that you can easily try at home..I update this blog on a regular basis…So please follow me and motivate me..Thank you
    http://yummytummy-aarthi.blogspot.com

    Aarthi

Post a Comment



There was an error in this gadget

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG