30 June 2009

Kuih Lapis


Sebenarnya buat kuih ni sebab tak puas hati.. haritu nak makan kuih lapis tapi tak jadi lembik kuih tu.. guna resepi lain waktu tu.. hari ni godek-godek myr jumpa resepi ni.. Alhamdulilah jadi dan sedap plak tu... resepi dari tulip77.. thanks ye resepinya...maaf la ada juga ita menderhaka sikit kat resepi ni.. hehehe... fathnin ni suka plak kuih ni.. sampai minta bila dah habis.. eheheh.. suka sangat ita bila anak-anak suka makan .. resepi ita ambil dari myresepi ye..

Bahan-bahan ( loyang besar utk 40 org )
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula (leh kurangkan klu x suka manis sgt)
1 st garam
2 paket santan serbuk ( ita guna 1 paket je guna susu cair 1/2 cawan)
1 st minyak masak
3-4 titik sirap merah perasa ros atau pewarna kuning/hijau etc.
4 cawan air

Cara-cara
1.Dalam blender, masukkan gula,santan,tepung beras,tepung gandum,minyak,garam dan 2 cawan air.
2.Blend hingga semua bahan bersatu & tak berketul.
3.Panaskan air dalam kukusan.
4.Keluarkan adunan dari blender & isi dalam bekas. Tambah lagi 2 cawan air,kacau rata.
5.Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Letakkan satu bahagian pewarna kuning & satu lagi dgn pewarna hijau. Kacau biar warna sekata.
6.Utk memudahkan kuih ni dikeluarkan, sapu loyang dgn sedikit minyak dan letak plastik cling.
7.Masukkan 2 cwn adunan warna kuning & kukus selama 5 minit.
8.Lepas 5minit,masukkan pula 1 cawan adunan warna hijau dan kukus selama 2minit. 9.Kemudian selang seli warna hijau dan kuning hingga adunan habis.
10.Lapis yg terakhir warna hijau dikukus selama 20minit. Bila dah masak alih keluar dari kukusan dan tunggu hingga kuih ni sejuk.
11.Dgn hati2 tarik keluar plastik cling bersama kuih lapis tadi.
Utk lebih kemas,kuih ini blh dipotong dgn benang dan setiap lapisan kuih ini blh dibuka :)
* Jika guna loyang non stick, x perlu letak plastik cling, hanya sapu sekeliling dgn minyak

Udang Goreng Oat


Hari ni masak simple je udang goreng oat.. ini pun hubby yang request.. Alhamdulillah sedap.. Fathnin pun suka udang goreng ni.. jadi senang bagi makan oat atas udang ni je..


Bahan-bahan

8 ekor udang besar
4 sudu Tepung tempura atau tepung gandum pun boleh
sedikit garam
sedikit kunyit
sedikit paprika jika suka pedas
5 + 2 sudu oat
sedikit air
minyak untuk mengoreng

cara-cara
1. masukkan tepung gandum, garam,kunyit, paprika, 2 sudu oat dan air jangan terlalu cair.
2. panaskan minyak. sambil tu gaulkan udang bersama tepung tadi.
3. kemudiaan goleh udang tadi ke adalam oat pula. jika mahu kan tebal kulitnya ulangi step 2 dan 3 sebanyak 2 kali.
4. Goreng sehingga kekuningan

29 June 2009

Bawang Goreng Ranggup


Ini gambar bawang goreng ita buat makan dengan mee kari ita buat hari jumaat baru-baru ni.. sempena majlis baca yassin kat sini.. Gambar mee kari tak dapat nak snap.. heheheh.. hanya sempat ambil gmbar bawang gorengnya je.. sedap bawang goreng ni, tak rugi mencuba resepi ni..cedok resepi rumah ros.. thanks ye.. Ros akak c& P dari rumah Ros tau..

Bawang Goreng Rangup

2 biji bawang besar dihiris nipis
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
minyak untuk menggoreng

Caranya
1. Potong bawang nipis-nipis dan satukan dengan tepung tadi, gaul sebati ye..pastikan semua bawang disalut dengan tepung.
2. Panaskan minyak dan pastikan minyak betul-betul panas dan masukkan bawang, goreng hingga betul-betul garing dan kekuningan. api jangan terlalu perlahan, jangan terlalu kuat, kira guna api sederhana lah.
3. Sejukkan dan boleh lah disimpan didalam bekas kedap udara dan simpan di dalam peti ais untuk bawang goreng tahan lama. Selamat Mencuba.

28 June 2009



Seronoknya dapat kad terima kasih dari kak suzi dan teddy besar dari kak noorma.. thanks ye kak.. suka sangat ita.. Moga persahabatan ini berkekalan..

Jalan-jalan area Yokohama Eki

Ita kalau hujung minggu je memang lambat la tengok blog ni.. mana taknya hujung minggu biasanya kami buat aktiviti kekeluargaan.. hehehe.. abang dah busy dari isnin sampai jumaat biasanya dia akan peruntukkan paling kurang satu hari untuk kami bersama-sama jalan-jalan atau buat aktiviti kekeluargaan yang lain.. Setakat ni hari sabtu memang dah jadi aktiviti wajib pergi main badminton.. Jadi kadang sebelum gi main badminton tu sempat juga jalan-jalan tempat lain dulu sebelum pergi main. so semalam cadang nak jalan-jalan ke pantai ke tapi rasa takut tak cukup masa nak main badminton.. jadi kami pergi area yokohama station saja untuk cari sandal sebab dah masuk musin panas leh jalan pakai sandal je...





ini adalah jalan dari area Joinus ke Tokyu hands.. banyak kedai area tu.. Ada ABC mart, ASBEE, ini adalah kedai-kedai kasut yang glamour di jepun ni.. hehehe.. Tapi biasa la bila nak beli je otak ni kadang asyik nak convert je.. pastu nak cari sandal yang berkenan dihati tu bukan tak jumpa tapi tak sure sebab banyak yang ita berkenan tu meragukan kulitnya.. macam ada bintik 3 je.. jadi tak ambil.. last-last balik main badminton pergi Saty dan bei la sandal kat situ je...

Takoyaki


Hari ni cuba buat takoyaki.. Ini pun Aishashaheer yang belikan acuannya.. Thanks aisha dapat juga akak buat takoyaki ni.. Hubby ita sejak berada dinihon ni suka sangat makanan jepun.. so kena la belajar-belajar buat.. heheheh.. Ok la sedap ita guna resepi dari blog aisha juga.. resepi aisha ni ambil dari blog kak za.. thanks ye aisha...

Bahan-bahan-cukup untuk 16 biji takoyaki

150 gram tepung gandum
25 gram potato starch
1 biji telur
200 ml susu segar
200 ml air - tak sampai 200ml guna
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh serbuk pati ikan bilis
1 sudu teh garam
2 batang lidi sate
**Bancuh semua bahan dan biarkan seketika.

Kobis-cincang halus
Daun bawang-potong
Isi udang/sotong/sosej atau cheese
Bonito flake
Mayonis

Sos kicap
Campuran kicap manis, 1 sudu besar hoisin sos dan seasoning ita guna soso tomato + soso cili + kicap

Cara-cara

1. Bancuh semua bahan dan biarkan seketika.
2. Panaskan acuan takoyaki.Masukken sedikit minyak.
3. Bila panas,masukkan adunan tepung sebanyak separuh acuan.Kemudian amsukkan udang/sotong.
4. Taburkan daun kobis dan daub bawang.
5. Penuhkan acuan dengan adunan tepung,biar hingga melimpah ruah
6. Balikkan adunan dengan 2 batang lidi.
7. Letakkan sedikit minyak ke atas takoyaki,sambil terus memusingkan takoyaki dengan lidi sate hingga masak sekata.
8. Masukkan ke dalam pinggan,tuangkan sos,mayonis dan tabur bonito flake ke atasnya.

Sumber : http://zaliana.blogspot.com/search/label/Makanan%20Jepun

25 June 2009

Bun inti coklat dan kismis


Ini pun adalah diantara roti yang ita buat mlm tadi.. hehehe.. tapi intinya adalah pes coklat dan kismis.. Sedap sebab anak-anak ita suka.. pes coklat ni ala-ala nutella. Dalam resepi asal guna kacang merah tapi ita ada mood M sikit nak buat lagi pun kurang laku kacang merah kat rumah ni.. nanti penat je buat... Resepi ni ita guna resepi yang biasa ita buat tapi design ni tgk kat website cookpad japan..

Bahan-bahan
120ml susu segar
50g telur
300g tepung roti
3 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
60g butter
1 sudu kecil dry yeast


inti
Pes coklat
Kismis hitam

1. Masukkan semua bahan doh ke dalam breadmaker dan tekan butang doh.
2. Setelah siap tumbuk angin dan bahagikan beberapa bahagian. Ikut kebesaran sendii
3. amik satu dan canai memanjang dan letakkan pes coklat dan kismis.
4. tuttup bahagian yang telah diletakkan pes dan kismis tadi.
5. Potong memanjang dua atau 3 bahgian di tengah2 roti tadi..
6. setelah itu pusing.. setelah pusing buat bentuk bulat.
7. siap ..bakar pada suhu 180 selama 15-20 minit..

kalau tak faham tanya ye.. atau leh la gi cook pad...

Bun Sosej dan Cheese

bun 1


Meroti perkara yang biasa ita buat.. ita rasa dalam seminggu ada la dua tiga kali ita meroti.. hihiihi.. sebab itu la makanan paling kenyang dan senang nak makan kalau tgh lapar atau untuk abang bawa gi lab.. heheheh jadinya stok roti pun dah habis ita buat la juga roti untuk makan pagi esok kalau sempat jangan malam ni habis sudah.. sebenrnya ita suka design roti-roti ni.. siap pergi bakery tengok design lagi.. atau cari kat internet.. tapi kadang tak dapat yang menarik la.. hehehe.. so ini adalah sebahagian roti hari ni.. doh macam biasa ita suka guna resepi ni.. sebab lembut dan senang bentuk.. isi terpulang ikut suka.. sebab hubby suka yang pedas-pedas dan ita suka yang bercheese dan anak-anak suka sosej ita buat yang ada sosej dan letak cheese... bagi yang suka manis leh tukar2 inti contohnya kacang merah ke, jagung mayonis ke, kaya ke.. ita tempek juga resepi roti yang memang ita suka gunakan...

Bahan-bahan
120ml susu segar
50g telur
300g tepung roti
3 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
60g butter
1 sudu kecil dry yeast

topping bun 1
sosej dibelah 2
parutan cheese
parsley

inti bun 2
sosej dipotong nipis
sos cili/tomato
parutan cheese
parsley.

cara-cara
1. untuk dough ita masuk bread maker dan tekan butang doh.
2. untuk bun 1.. ambil satu ketul bahagian doh masukkan sosej ketika masukkan pastikan sosej berada dalam suduy 30 ke 45 darjah. taburkan cheese supaya menutupi sosej dan taburkan parsley..
3. untuk bun 2.. masukkan semua inti macam buat karipap.. dan potong 5 bahagian di atas bun tersebut.. siap..

Award dari Hasue

Award dari hasue.. thanks hasue.. sebab panjang2kan award pada kawan-kawan... thanks ye.. moga persahabatan ni terjalin berpanjngan ye...




Now I have to follow the rules and the rules are : -

1) Accept the award, post it on your blog together with the name of the person who has granted the award and his or her blog link.
Tahnks ye Hasue.. ita terima tau.... ini link hasue

2) Pass the award to 15 other blogs that you’ve newly discovered. Remember to contact the bloggers to let them know they have been chosen for this award.

ita nak bagi pada semua orang tapi macam hasue kata nanti tak de orang nak amik.. so ita taip juga la nama

1. kak suzi
2. Emi
3. kak Ieda
4. kak hana
5. kak ina Kl
6. kak mimi
7. Aishashaheer
8. kak ayu singapura
9. mama hawa
10. kak masz
11. kak noorma
12. kak asma
13. Ijan
14. cikwan
15. mazalia

harap sudi2kan ambil ye..

Asam pedas Daging


Asam pedas ni memang ita suka makan waktu kat melaka dulu.. Tapi kat sini nak buat tak pandai dan daun kesum tak de.. Tapi abang request nak makan jadi ita uba la buat.. nasib ada daun kesum lebih aisha bagi haritu dah kering dah.. hhehehe.. Resepi cedok hari dapur CMG.. halal ye resepinya...


BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg daging tetel (daging tetel = daging yang ada lemak2)( ita guna dagng biasa tak de tetel sini)
1 genggam daun kesom (dengan batang2nya sekali), cuci bersih dan toskan
2 kuntum bunga kantan
1 cawan jus asam jawa
1 cawan cili kisar
1 camca teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
8 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 1/2 inci halia*
1 camca besar lada hitam*
1/2 inci lengkuas*(*dikisar halus)
Air secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)

1. Daging tetel, dipotong (jika ketulannya besar), cuci bersih dan toskan. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 kisar halus hingga harum, masukkan sebrbuk kunyit dan cili kisar. Tumis hingga terbit minyak.
2. Masukkan daging tetel dan daun kesom tadi, gaul rata dan masak hingga daging tetel kecut. Tuang air secukupnya dan masak dengan api besar hingga mendidih. Kecilkan api dan terus merenih hingga tetel empuk.
3. Masukkan jus asam jawa, bunga kantan dan tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Biar mendidih 10 minit lagi dengan api perlahan. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas.

ini tip CMG yang tulis...
CATATAN MAT GEBU :- Kalau suka, boleh tambah serai titik, tomato, terung dan kacang bendi. Ikut lah kehendak hati masing2...Kalau masak malam, esok pagi makan, lagi terangkat u!!

24 June 2009

Rich Chocolate Pudding



Resepi yang mudah untuk puding.. ita saja buat sebab fathnin nak makan puding.. banyak dia makan.. ita buat dapat 7 bekas.. itu pun separuh adunan je.. resepi dari junjs11 myresepi...

Bahan-bahan ( 1 loyang sederhana besar )

* 1/2 cawan serbuk koko
* 1 cawan gula
* 1/2 cawan susu tepung
* 1/2 sudu teh garam
* 4 1/4 cawan air
* 4 sudu besar tepung jagung
* 1/2 sudu teh esen vanilla
* 3 sudu besar butter
* 1 paket serbuk agar2 (10-11gm)

Cara-cara

1. Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
2. Masukkan butter, kacau hingga pekat.
3. Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.
4. psssttt! ni akak tambah cara yer..untuk puding ni n puding2 lain, kalu nak senang keluarkan bila dah beku, basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding..bila dah beku, insyaAllah senang nak keluarkan.

Dah berkurun dah tag dengan award ni.. tah apa angin harini ada masa sikit dari pada mata ni mengantuk je baik langsaikan hutang ni.. 4 orang tu yang bagi tag yang sama.. so siap lega.. tambah emi seorang lagi bagi yang seakan-akan sama..
copy babge"2009 CUTE'S BLOGGER AWARD"untuk letakkandiblog anda.




2-Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award inikepada anda?
1. ros -onigiri aka tokey roti.. hehehehe.. nama sebenar dia rosmalina binti Abdul ghani.. sepatutnya kami jumpa dah tapi tak de rezeki ita tak gi gathering kat tokyo haritu.. tinggal kat toyosu tokyo.. kalau nampak sign toyosu ita suka ingat ros.. hihihh

2. kak ieda- seorang yang amat berdisiplin dengan berat badan dan berjaya turunkan berat badannya dan HL.. teruja ita.. seorang yang lembut hati dari pemerhtian ita.. ibu kepada 1 orng putera dan 2 puteri.. berada di kuantan pahang

3. Hasue - sebaya dengan ita.. baru je sambut birthday blan ni.. ibu kepada 3 orang cahaya mata.. nampak dari penulisan seorang yang kelakar...

4. Linda- baru tak barula kenal linda ni.. muda lagi.. baru 24 tahun.. sekarang di kuala lumpur.. dan ibu kepada 2 orang anak..


.3-Setiap blogger mesti menyatakan beberapa fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di tag).

fakta:-nama: Juwita Binti Jamaludin. Asal Bota, Perak tapi sekarang dah berkerja dan ada rumah di Batu Berendam Melaka. Ibu kepada 2 orang anak. seorang puteri dan seorang putera. Isteri kepada Fariz bin Ali. Sekarang sedang cuti tanpa gaji sebab ikut suami sambung Phd di Yokohama National University... Cita-cita nak buka kedai Stationary kalau tercapai.. sekarang ni sibuk meningkatkan skill memasak.. sebab kalau balik Msia tentu tak sempat punya.. hehehe.. lain la kalau ada Maid.. ahakkk..

4-Anda perlu memilih 6 award seterusnya dan menyatakan pada mereka diblog anda....'The blogger Award Friendship goes to':

bukan tak nak bagi.. heheheh tapi rasanya ramai yang dah buat anyway bagi yang belum buat tu leh la kalau nak buat ye...

second award from Emi


1- Copy Award Diatas Untuk Diletakkan Di Blog Anda - done
2- 5 Fakta menarik tentang Pemberi Award ini:

- Orang nya comel je.. walaupun tengok masak macam2 ..
_ Ibu kepada seorang putera iman namanya
_ Dari pemerhatian lembut je emi ni.. cakap pun lembut...
_ Insya Allah balik Msia kami akakn selalu juga jumpa sebab suami Emi Baru masuk kerja satu tempat hubby ita
_ tinggal di Tokushima, japan

2. yang no 2 tu emi akak jawab ikut yang atas je la yek malas nak taip lagi.. heheheh

Award dari Emi



Dapat award dari dari Emi..

What I need to do:
* Letak logo dalam blog - done

* Link orang yg kasi award - Sakura emi.. kami pernah jumpa sekalu waktu emi singgah kat rumah ita nak jalan2 tokyo.

* Bagi kat 7 org lain... So the award goes to :

-kak ieda, kak ayu, mama hawa, hasue, kak asma, as, kak suzi dan sesiapa yang sudi amik ye..

Sizzling Mee



Saja try resepi ni untuk buat sizzling mee.. tapi tak guna yee mee sebab tak de ita guna speggeti je.. sedap sangat bagi ita resepi ni.. tambah masuk banyak sayur baru puas makan.. alhamdulilah.. Resepi dari lilydvalley myresepi.. Tak rugi mencuba..

Bahan-bahan ( 2-3 org makan )

* 2-3 sanggul (gulung) yee mee ( ita tak guna ita guna speggeti)
* 5 ulas bawang putih
* 5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4( guna fresh mushroom)
* 1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa ( ita guna daging lembu )
* 3 biji cili kering- potong 2
* 2 sudu besar sos tiram
* 3 sudu besar kicap cair
* 1 sudu besar kicap pekat
* 1/2 in halia- hiris nipis
* Serbuk lada hitam ita letak 1 sudu kecik )
* garam- secukup rasa
* Beberapa titik Minyak bijan ( ita tak letak sebab tak de)
* 1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
* sedikit minyak utk menumis

Cara-cara

1. Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
2. Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
3. Masukkan 2 cawan air.
4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
5. masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
6. Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
7. Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
8. Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas2.

23 June 2009

Apam Gula hangus



Petang yang panas ni rasa nak makan sesuatu plak... nak buat puding mulanya tapi tetiba tengok resepi ni di myresepi terus rasa nak cuba.. hehehehe.. mula tgk naik cantik je.. bila buka je penutup saja nak tgk cadangnya.. terus tak cantik... menyesal plak buka penutup kukus tu.. hahahaha.. anyway yang penting rasa sedap... leh la makan untuk minum petang kami ... resepi dari hazz 63.. Jangan gelakkan ye.. Apam ku yang hodoh itu...


Bahan-bahan

* 2 biji telur
* 1 cawan gula pasir
* 1 cawan air
* 1/2 cawan minyak masak
* 2 sudu besar marjerin
* 2 sudu susu pekat
* 1 sudu teh soda bikarbonat.
* 1 1/2 cawan tepung gandum.

Cara-cara

1. Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air.kemudian sejukkan
2. Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin kisarkan anggaran 3 minit
3. Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.
4. Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.
5. Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit.
6. Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik.
7. Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya.

Berkebun

Hari ni masuk entry berkebun plak.. hehehehe.. kat sini sebenarnya dua tiga hari ni asyik hujan je.. jadi ada rasa macam ada mood M sikit nak masukkan entry.. hehehe.. Masak tu masak tapi bila bab nak ambil gambar tu yang macam kurang semangat hahahaha.. so harap cepat la mood tu datang balik... Dibelakang rumah ita ni sebenarnya tanahnya agak luas la.. jadi boleh la kalau nak berkebun kalau rajin.. Hari tu tengah kemas-kemaskan rumput yang tinggi di sekeliling rumah ni Aliza dan husband datang bagi anak pokok cili dan pudina.. Jadi ita dan adnin sibuk la menanam dibantu oleh aliza.. hehehe..


sebelum ni ita ada tanam serai, daun pandan dan kunyit tapi tak de rezeki mati.. sebab tanam waktu peak winter hari tu.. hehehe.. jadi tak menjadi.. bila adnin datang waktu musim bunga hari tu dia tanam serai dan halia menjadi.. seronok tgk serai dan halia dia segar dan cantik..


ita juga ada cuba tanam sawi.. jadi hari ni baru alihkan atas batas.. hehehe harap menjadi la sawi ku itu.. abang kata cuba tanam sawi dulu kalau jadi projek pertama ni nanti leh tanam yang lain plak....




selain dari pokok sayur2an ni nak masuk summer ni ada 2 pokok bunga yang masih berbunga.. Ita tak tahu nama dia.. tapi nampak cantik je bunga nya..


21 June 2009

Salam, semalam biasalah aktiviti rutin kami main badminton. Hari ni sepatutnya kitaorg nak pegi Minatomirai jalan-jalan, tapi dek kerana cuaca hujan kami lepak je la kat umah. Tengoklah lepas asar nanti kalau cuaca OK nak turun g Konan, Saty beli barang.

So sekarang ni Ita memasak la dulu. Nak tau tak kalau Ita masak anak2 buat apa? ha...taktiknya kena bukak komputer.

Inilah aktiviti lazim 2 org anak ita sambil ita memasak. Diaorg ni memang leka kalau tengok komputer. Biasanya tengok youtube la coz kat situpun ada banyak video pelajaran, ABC, anak muslim, upin & Ipin pun diaorg ni suka tengok. Kadang-kadang si kakak tu yg tolong klik bila dah habis. Si adik pulak kalau dia dah syok sangat sampai nak pegang screen komputer tu. Kalau perasan ada dalam klip tu adik fateh buat muka kelakar dia...hehehe...kalau perasan la...kejap jer dia buat...memang kitaorg mesti nak tergelak kalau dia buat muka tu...hehehe.... video

20 June 2009

Brownies cheese cake


Dah lama tak buat kek jadi rasa nak makan kek coklat dan cheese cake jadi ita try kek ni.. sedap.. tambah jika guna coklat yang sedap untuk kek coklat tu.. ita buat setengah aduanan je.. senang nak buat dan bahan pun mudah... resepi dari s shamen myresepi.. buat ni pun sebab cadang nak bawa g main badminton petang ni.. ramai leh makan .. kalau buat waktu hari biasa nanti ita yang makan banayk.. hehehe


Bahan-bahan ( Acuan 9 inci )

* **Bahan Brownie**
* 300gm dark chocolate
* 2/3 cawan gula
* 150gn butter
* 1 1/2 cawan tepung gandum
* 1 1/4 cawan whiping cream
* 1 1/4 cawan sour cream (saya guna plain yogurt)
* 2 biji telur
*
* **Bahan Cheese**
* 250gm cream cheese
* 1/3 cawan gula
* 1 biji telur

Cara-cara

1. Cairkan butter, chocolate & gula atas api sederhana.
2. Pukul telur..tak payah sampai kembang. kemudian masukkan kedalam adunan chocolate, kacau rata.
3. Masukkan pula tepung, whiping cream & sour cream. kacau sebati. Ketepikan sementara.
4. Sediakan pula adunan cheese. Satukan semua bahan, pukul sehingga jadi macam krim.
5. Masukkan adunan ke dalam loyang yang dah digris. Seelok eloknyer guna springform. Selang selikan antara brownie & cheese. (sebelah sebelahkan - bukan dari bawah ke atas).
6. Bila dah habis masukkan adunan ke dalam loyang, ambil chopstick@sudu@lidi, buat beberapa pusingan pada adunan. Jangan pusing lebih2 sangat!!
7. Bakar dengan kepanasan oven 180 degree celcius, selama 30 minit. Bila dah masak dia mmg lembik sikit..sejukkan sekejap. Kalau dah cool, nak masukkan dalam fridge pun boleh, baru senang nak potong.

Tag from Kak aishah dan Mama Hawa

NAMA-NAMA TIMANGAN ANDA:

Nama timangan memang dari dulu dah biasa dengan nama ita. Tapi sejak kerja kalau kat sekolah tempat ita kerja tu orang panggil ita JJ .. ada juga panggil JU tapi ita kurang suka sebab lembut gitu bunyinya.. hahahahha


ANDA SEORANG YANG :

Ita ni sebenarnya seorang yang mudah mesra sebenarnya.. tapi tengok pada orang.. kalau orang tu macam malu-malu ita pun jadi gitu la.. Suka mencuba sesuatu yang difikirkan menarik dan tak de kesan buruk selain itu amat berterus terang dengan sesuatu...


INSAN TERISTIMEWA?? DESCRIBE APA YANG MEMBUATKAN DIA TERLALU ISTIMEWA DIMATA ANDA

Ramaikan dalam hidup kita ni yang istimewa.. Tapi yang paling istimewa sekarang ni adalah suami dan anak-anak.. Rasa sejuk insan-insan ni.. selain mak dan adik beradik yang lain..

LAGU KESUKAAN ANDA:

Lagu yang digemari biasanya sentimental dan nasyid.. kadang tak kira kalau sedap lagu apa2 pun boleh.. heeheh

MAKANAN KESUKAAN ANDA??

banyak yang pasti yang sambal merah2 tu semua ita suka la...

WARNA KESUKAAN ANDA

biru, kuning or gold , pink

SIKAP YANG MEMBUATKAN ANDA STRESS:

bersepah setelah kita kemas.. dan kerja yg kelam kabut dan last minute

TIGA BENDA YANG MESTI ADA DALAM BEG ANDA:

1) handphone
2) purse
3) lipstik

KALI TERAKHIR ANDA MENANGIS DAN KENAPA??

Baru dua tiga hari lepas..Air mata kesyukuran.. punyai anak-anak yg semakin membesar

TAG 6 RAKAN ANDA:

Tak tahu la nak tag siapa harap yg suka nak buat tag leh buat.. heehe ade ke org suka buat tag.. haqaahhaaah

19 June 2009

Roti bijirin



Tengok stok roti dah habis. Ita memang sejak ada Bm memang selalu buat roti dan kalau beli roti dari luar pun kalau keadaan terpaksa je.. Selalu memang buat sendiri... sebab suka dan roti kat jepun ni bukan la murah sangat.. Saja buat loaf.. resepi ni pakai resepi Wholemeal loaf tapi saja ita masukkan semua yang ita rasa nak masuk.. hahaha sedap hasilnya.. senang bagi anak2 makan bijirin dalam roti je..

Bahan-bahan

* 140ml susu segar
* 1 biji telur
* 270 gm tepung roti
* 40 gm gula
* 1/2 sudu teh garam
* 30 gm butter/margerin
* 1 1/2 sudu teh yeast segera
* 1/2 cawan campuran Oat, prune dicincang, walnut, kismis.


Cara-cara

1. Breadmaker- masukkan bahan diatas mengikut turutan atau sebagaimana yg disarankan oleh breadmaker anda.
2. pilih fungsi untuk membuat wholemeal bread (sekiranya ada) dan "ON".
3. Tunggu sehingga selesai & sedia untuk di hidang.
* ita pakai button dough saja sebab nak bakar pakai tin ita sendiri bukan guna tin breadmaker.. so lepas dah siap masukkan dalam tin dan tunggu sejam ... baru bakar..
4.Bakar didalam oven yg telah dipanaskan selama 15-20 min pada suhu 200C.

Chili Pasta Bake



Pasta bake resepi yang ita suka masak. Senang dan sedap. Biasanya pakai spegetti tapi hari ni guna penne pasta ( macam macaroni tu ). Tapi penne pasta ni yang jenis besar.. jenuh nak makan satu.. ter rebus banyak kenduri pasta la hari ni.. heheheheh.. Hari ni saja nak share resepi dari belakang tin tomato cincang yang ita beli..

Bahan-bahan

300 g penne pasta
150 g daging cincang
1/2 biji bawang merah dimayang
1 sb serbuk cili
1 tin tomato cincang
3 sb sos tomato
sedikit garam
parutan cheese secukupnya

sayur terpulang ita letak
Lobak Merah
brokoli
mushroom
kobis
capsicum
daun parsley

cara-cara.
1. Masak pasta mengikut arahan di plastik belakang pasta.
2. tumis bawang dan daging. masukkan serbuk cili, tomato cincang dan soso tomato.
3. Masukkan sayur dan pasta. masak 2 minit.
4. letak di dalam bekas untuk dibakar dan taburkan cheese dan daun parsley.
5. bakar dalam suhu 180 selama 25 minit.

18 June 2009

Daging Lada Hitam


Daging masak lada hitam menu yang simple dan senang masak kalau tak tahu nak masak apa. Saja nak masukkan juga kat sini .. hihii.. walaupun ramai yang tahu masak lada hitam ni senang je.. hahahaha.. setengah orang buat macam-macam cara.. tapi ni ita buat yang paling mudah dan ringkas.. bagi tekak ita yang dah biasa makan hasil tangan sendiri ni ok je...


Bahan-bahan
300 g daging direbus dahulu jika nak kan lembut
1/2 biji bawang merah dikisar
3 ulas bawang putih dikisar
1 sk lada hitam (ditumbuk kasar)
1 sk sos tiram
1 sk sos lada hitam terpulang bagi yang rasa lada hitam lebih
1 sk kicap pekat
1 biji cili merah dihiris
sedikit garam
sedikit gula
1 biji kentang besar dipotong panjang optional
1/2 batang lobak merah dipotong panjang optional

Cara-cara
1. goreng kentang hingga sedikit kekuningan dan ketepikan
2.Panaskan 2-3 sb minyak masak dlm kuali dan goreng daging hingga separuh garing.
3.Di dlm kuali yg sama setelah daging nampak empuk masukkan bawang putih dan bawang merah.
3. setelah tu masukkan lada hitam dan juga kicap pekat. Kacau sebati. Maukkan lobak merah. Masukkan pula sos tiram, cili merahdan kentng yang telah digoeng tadi . perasakan dengan garam dan gula.Kacau lagi.

17 June 2009

Bubur jagung


Saja buat bubur jagung ni sebab hubby yang request.. hubby memang suka apa-apa yang berunsur jagung.. ehhehehe.. senang nak buat jadi desert kami petang ni..

Bahan-bahan

2 Tongkol jagung ( dihiris halus bijinya)
1 senduk gula ( mengikut kemanisan masing-masing)
1 cawan santan pekat
2 cawan air
sedikit garam
sedikit biji sagu (optional)

Cara-cara.
1. Masakkan jagung yang telah dihiris bersama air sehingga lembut sedikit.
2. masukkan gula.( setengah orang guna gula perang terpulang)
3. masukkan santan, dan garam
4. masak sehingga jagung masak.


Menu ni memang ita selalu buat.. tapi semalam tengok ros buat baru ita nak masukkan entry.. Proses ros buat dengan ita sama je.. jadi ita ikut resepi ros pula kali ini.. hanya ada juga menderhaka sikit sana sini.. gomen ya ros.. hihihiiihi.. sedap ikan tempura ni macam rasa keropok lekor sikit.. Hubby ita memang suka beli ikan ni.. walalupun agak mahal sikit.. sebab dah siap dibersihkan dan dipotong agaknya... Hubby ita siap tunjukkan macam mana kat kedai jual suruh ita buat macam tu.. dia suka tebal2 breadcrumbnya.. Fathnin pun suka.. asyik minta je buat ikan ni.. hehehehe..

Aji Fry
Bahan-bahanye
1 ekor ikan selar dibelah dua dan dibuang tulang. ( mcm fillet ikan)
3/4 cawan breadcrumbs
1 biji telur ( ita tak letak )
1/2 cawan tepung gandum ( ita guna tepung tempura)
sedikit lada sulah
sedikit garam
ita tambah kunyit

sos mayonis
2 sudu besar mayonis
1 sudu besar plain yogurt
sedikit hirisan daun pasley ataupn daun calery ( tak letak lupa la plak )

Caranya

1. Bersihkan ikan dan buang kan tulang yang ade pada isi ikan itu, potong dua jika bahagian ikan terlalu panjang.
2. gaul ikan dengan sedikit garam dan lada sulah, biarkan sebentar, dalam 5 minit, selepas itu golekkan ikan di atas tepung gandum ( pastikan ikan di salut tepung sepenuhnya).
3. Akhir sekali salut ikan tadi dengan breadcrumbs ( ita ulang 2 kali bagi tebal sebab hubby suka )dan goreng di dalam minyak panas sehingga perang. Angkat dan terus hidangkan, sedap dimakan bersama sos mayonis dan sedikti perahan lemon. Selamat Mencuba kawan-kawan

16 June 2009

Roti Arab


Hari n breakfast roti arab.. hihihihi.. semalam seharian jalan-jalan ke Machida.. rupanya besar bndar machida ni dan banyak shopping complex menarik.. tapi sayang lupa bawa camera jadi tak dapat la nak merakamkan detik-detik di machida hehehehe..
Insya Allah nanti mungkin pergi lagi.. Ok berbalik cerita roti arab ni.. meroti lagi yek.. wah banyak la yis masuk dalam badan minggu ni.. hihiihi.. yela itu yang senang kebetulan nak masak sardin dengan kari ayam.. jadi buat roti arab ni juga.. sedap hanya kurang kembung la sebab tak tunggu sejam kot.. tak pe lain kali buat lagi... resepi yang mudah ita ambil dari sofinar myresepi..

Bahan-bahan
2 sudu besar mentega
2 sudu besar minyak masak
2 sudu besar gula
300 ml air suam
6 g yis
500g tpg gandum

Cara-cara
1.mentega, minyak dan gula dibancuh dengan air suam
2.tepung di gaul dengan yis
3.Kemudian campur semua bahan dan uli hingga licin dan kental
4.perap selama 1jam dalam beg plastik yang tertutup atau bekas yang tertutup
5.Uli semula dan buat bulat2 dalam 18 biji
6.Canai nipis lebih kurang 0.4 cm
7.panaskan minyak dan goreng sebiji2, tunggu hingga roti kembung dulu baru terbalikkan.
8.Sedap dimakan bersama kari ayam dan daging

14 June 2009

Mexican Bun



Tak sempat rasa nak tengok blog dengan aman dua tiga hari ni.. Bukan busy sangat sebenarnya tapi macam tak cukup masa sebab Fateh dah mula jalan jadi memang kena awasi dia selalu.. Itu pun dalam jaga-jaga dia tu ada juga benjol sana sini kepala.. sebab jalan pun masih lesen L.. hihiih.. jenguk rumah kawn kejap2 je.. Terliur dengan roti dirumah cikwan so ita buat mexican bun ni... Asyik roti je yek.. bukan tak masak yang lain masak tapi tak sempat nak amik gambar.. jadi tak dapat la nak masukkan entry.. so resepi ni ita C & p dari rumah cikwan je .. boleh kan...

Bahan doh:-
60gm gula halus
300gm tepong roti
2 sudubesar susu tepong (anlene/low fat)
1 biji telor(saiz kecil)
30gm butter lembut
2sudukecil yis kering
140ml air (suam2 sikit=doh cepat naik)


Cara:- Sebatikan kesemua bahan kering, masukkan telor dan air, uli hingga menjadi doh kasar kemudian masukkan butter, uli lagi hingga adunan licin , lembut dan tidak lekat ditangan. Bulatkan dan tutup dengan plastik, penaikan doh 2xganda (biasanyer saya tunggu 2.5xganda). Setelah itu tumbukkan doh untuk mengeluarkan angin didalamnyer dan uli sedikit. Bahagikan kepada 10 biji. Ambil sebiji dan masukkan filling kemudian bulatkan semula kemas2 dan susun diatas loyang bakar. Tunggu doh mengembang 1x ganda@ 1.5 dari saiz asal tadi sebelom dipaipkan toppingnyer.


Topping:-
60gm butter lembut
50gm gula halus
1 biji telur
secubit garam
85gm tepong gandom
1 sudubesar nescafe larutkan dgn hanya 1 sudubesar air panas
1 sudukecil esen kopi


Cara:- Whisk butter dan gula hingga hancur masukkan telor , kacau sebati. Masukkan larutan nescafe dan esen, sebatikan lagi. Akhir sekali masukkan tepong dan gaul rata2. Masukkan kedalam plastik bersih, ketepikan hingga tiba masa untuk digunakan.

Filing ita guna
60 g butter
30g gula perang
10 g cream cheese

cara :- pukul semua bahan tersebut hingga ringan..

;;

Share it

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG